AZHAR SULAIMAN Mengaku Dirinya Murtad!!! dan hukuman bagi orang yang murtad.

- 04.13
advertise here
Ini lah puncanya apabila seseorang yang tidak mengenal hukum islam.
sanggup mengeluarkan kata-kata yang boleh memesongkan akidah,
dan kerana poltik dia sanggup berkata sedemikian....apakah politik boleh menjamin kita di akhirat kelak?dan kerana politik jugalah melayu sesama melayu sanggup berperang sesama sendiri,

islam tidak menyuruh seseorang islam itu berperang sesama islam,
walaupun dengan kata-kata..
jadikan lah pekara ini sebangai iktibar kita semua.janganlah kerana bencikan seseorang kita sanggup mengeluarkan kata-kata yang boleh membuatkan kita terkeluar dari akidah islam...
 
Disebabkan kerana tuan guru nik aziz berkata sedemikian!!

"Tuan Guru Nik Aziz menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup".

 
 
Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad.
Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan sebab-sebab tersebut.


a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata-kata.
Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.


Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya" . Atau dia berkata,"Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata,"Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim,apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata,"Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku", maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.
 
 Bismillahirahmanirahim.
Allah berfirman, ertinya :
Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu dia mati, sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosaklah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) .

(surah al-Baqarah : 217)
Rasulullah bersabda, ertinya :
Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.

(Hadis riwayat al-Bukhari)
 
 
Hukum Orang Murtad.
Orang murtad dikenakan ke atasnya beberapa hukum iaitu, pertama; disuruh bertaubat, kedua; dihukum bunuh kalau tidak mahu bertaubat, ketiga; dirampas hartanya (ditarik hak milik harta), keempat; terputus hubungan suami isteri dan tidak boleh pusaka mempusakai antara suami isteri, ayah ibu dan anak-anak, kelima; penyembelihannya tidak halal dan pahala ibadatnya terbatal. Dibawah ini diterangkan hukum-hukum secara ditil.

a) Disuruh Bertaubat.
Apabila seseorang telah sabit murtad, dia perlu diberi nasihat dan kaunseling, juga disuruh bertaubat beberapa kali. Jika tidak mahu bertaubat setelah disuruh berulang kali dia mesti dibunuh. Tempoh masa untuk bertaubat tersebut � mengikut Jumhur ulama� � selama tiga hari tiga malam, tetapi mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa dia diberi peluang suruh bertaubat selama kira-kira dua puluh malam.


Apabila seseorang murtad itu sedar dan mahu bertaubat serta mahu memeluk Islam semula, taubatnya diterima, dengan melalui beberapa perkara: Pertama, dia perlu mengucap dua kalimah syahadah semula. Kedua, dia perlu membuat pengakuan atau ikrar di atas apa yang dia ingkar yang menyebabkan dia menjadi kafir (murtad), dan melepaskan diri daripada segala ajaran yang menyalahi agama Islam. Umpamanya jika dia murtad dengan sebab percaya adanya dua Tuhan atau mengingkari risalah Nabi Muhammad S.A.W., maka sewaktu bertaubat dengan mengucapkan dua kalimah syahadah, dia perlu membuat pengakuan yang Tuhan hanya satu bukan dua, dan mengaku memang betul dan benar bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi akhir zaman.

b) Dijatuhkan Hukum Bunuh.
Apabila orang yang murtad tidak mahu bertaubat setelah dinasihatkan dan dikaunseling dalam masa tempoh yang ditentukan, maka tidak ada jalan lain dia mesti dijatuhkan hukum bunuh dengan segera dengan dipancung lehernya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., baginda bersabda, ertinya:

Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.

(Hadis riwayat al-Bukhari)


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search