Anda Blogger Dari Negeri Mana?

- 20.46
advertise here
 
Walaupun followers aku untuk setakat ini baru mencecah dalam linkingan 600+ tapi tak semua aku tahu diorang dari negeri mana. Kalau blogger yang sama negeri dengan kita pun masih lagi tak perasaan dalam dunia blog ni. Lain la kalau masing-masing tulis entri guna dialek negeri sendiri. Dialek Kelantan, dialek Kedah, dialek Perak on the spot boleh tahu asal dari negeri mana.

Teringat masa sesi pengenalan/ice breaking di IPG-UPSI dulu...masing-masing kononnya cakap ala-ala KL dengan kawan yang baru jumpa..padahal orang tu satu negeri dengan kita je pun..hahaha. Best jugak kalau dalam dunia maya ni ada sesi pengenalan macam ni. Bukan apa, nanti kalau korang nak pergi ke tempat lain boleh la mintak tolong sesama blogger. 
 
Ok, yang tak tahu lagi, aku blogger dari negeri Kelantan...study di Kedah dan Perak dan sekarang bekerja di Johor. So, korang blogger dari negeri mana? Nanti boleh la tengok blogger dari negeri mana yang ramai :)
 
 
 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search