"Alamak. Entri aku takde orang sudi nak komen la. Sedihnya.."
Aku buat blog dan tulis entri sebab nak dapatkan feedback dan bertukar-tukar pendapat dengan pembaca. Dan kebanyakan respon dari pembaca ini la yang penting untuk melihat apa yang patut diubah dan apa yang perlu dikekalkan. Bukan semua orang suka komen entri kita..kadang-kadang ada yang suka baca je pastu tutup. Ikut mood masing-masing. Dan ada jugak yang komen tanpa baca entri terlebih dahulu..hehehe..biasa la, blog kita ni ada pembaca tegar dan pembaca senyap (silent readers).
So, antara sebab entri korang takde orang komen :
Advertisement
2. Letak word verification
3. Loading blog yang tersangat lambat.
4. Entri banyak bercerita pasal hal peribadi <-- takde idea nak komen, baca je la.
5. Entri banyak berkaitan contest <-- takde idea nak komen, wish good luck je.
6. Tulisan yang font tersangat kecil, pening kepala nak baca.
7. Blog korang banyak silent readers.
8. Dia tak komen entri aku, buat apa aku nak komen entri dia <-- ada yang jugak ke fikir camni?
Bagi aku, even dapat satu komen, dah cukup menggembirakan. Terasa ada orang hargai penulisan kita. So, ini pendapat aku..korang pulak macam mana? 10 pengomen yang terpantas akan menerima hadiah percutian 1 hari 1 malam di YourDreamResort..kekekeke
P/S : Terima kasih kepada Eesya Lavigne kerana sudi buat review untuk blog ini. Nak blog korang direview jugak jom terjah blog cik nurul :)