1.YOUR BLOG IS ABOUT MONEY
Tujuan blog sebenarnya nak puaskan hati pembaca di luar sana dengan apa-apa je la entry yang ditulis. Tapi bila tujuan tu dah beralih kepada nak buat duit, secara tak langsung anda telah mengabaikan kehendak pembaca. Kalau blog anda ada bermacam-macam iklan, dari atas sampai ke bawah sampai nak loading pun dah setengah jam, anda telah menghantar mesej bahawa buat duit adalah lebih penting daripada kepuasan orang yang datang melawat ke blog anda. Bila dah kena macam ne, diorang serik nak datang ke blog anda lagi.
2. YOUR BLOG IS ALOOF
Maknanya bila anda tulis sesuatu entry, orang akan komen. Tetapi anda hanya accept je komen tersebut tetapi tak reply atau tak balas balik kunjungan orang yang melawat blog anda tu. Tidak memberi maklum balas kepada komen menyebabkan pembaca akan berasa seolah-olah anda tidak menghargai komen daripada mereka. Kalau anda dah famous pun, sekurang-kurangnya ucap la terima kasih kepada yang sudi datang ke blog anda tu.
3. YOUR BLOG IS UNREADABLE
Blog anda susah orang nak baca. Ini mungkin disebabkan oleh poor design dan cara anda menulis. Jangan jadikan entry anda tu sebagai buku teks. Memang banyak info, yang tu tak nafikan. Anda suka tak buku teks? Pembaca nak benda yang ada info tapi santai. Background tu jangan bagi serabut dan pilih font yang standard seperti Times New Roman,Arial dan Calibri. Kalau font anda pilih tu berbelit-belit macam ular, orang baca sikit dah blah. Sebelum nak publish, baca dulu tengok mana ada silap boleh la baiki.
4.YOUR BLOG IS RADIO
Kena ingat, selera kita dengan pembaca tak sama. Orang masuk blog anda nak baca entry, bukan nak dengar muzik. Bila dah jadi macam tu, rasanya ramai yang tak suka. Apatah lagi kalau orang yang surfing tu dekat public seperti library, masuk je blog anda bunyi lagu. Kalau muzik lagu tu " I'm Too Sexy" malu la orang dengar. Kalau anda nak letak jugak muzik tu, pastikan pembaca boleh turn on samada nak dengar atau tidak. Jangan bagi automatik. Disebabkan benda tu, orang yang datang ke blog anda berkurangan.
SAMBUNGAN : Kenapa Orang Tak Suka Komen Blog Anda?
Advertisement