As Salam semua
Dah ramai dah blogger kat luar sana cerita pasal tips menjadi seorang blogger hebat. Uiish bukan satu dua blog, banyak juga. Tapi nasib-nasiblah. Ada yang jadi, ada yang tidak. Tapi tips yang bakal aku bagi ni, kalau kau amalkan for sure menjadi. Believe me.
Satu. Kau kena cantik
Kalau kau tak cantik, jangan haraplah kau nak jadi blogger hebat, apatah lagi blogger retis yang bakal dijemput ke semua event, majlis-majlis rasmi dan tak rasmi, juga gathering. Sebab bila kau cantik, kau akan menaikkan lagi mutu gambar-gambar event tu. Kalau ada rezeki korang, terus korang dapat jadi spoke-person mahupun model untuk produk-produk terkenal dan terkemuka yang memang mengeksploitasi wanita secara diam-diam.
Dua. Kawan dengan blogger-blogger yang cantik jugak
Ye, ini kira inisiatif untuk yang tak berapa cantik lah. Kau kawan dengan blogger-blogger yang cantik, mesti tempias tu dapat punya. Kira korang boleh mencapub sama-samalah. Kalau yang tak cantik ni apa je ada? Nak bawak majlis pun malu. Lagi yang gemuk kan? Haish, babailah!
Tiga. Kau kena sombong
Kau jangan layan blogger-blogger bawahan, newbies, mahupun blogger picisan. Apa kelas dorang tu. Boleh bawak manfaat apa je dekat blog korang kan. Buat penat jari je melayan mereka. Baik kau layan dengan membalas komen rakan blogger yang hebat-hebat je. Dorang boleh sumbang fame,traffic, comment dan segala macam kepentingan dalam blogging. Yang ikan-ikan bilis ni, kau bohlayan je. Buat tak nampak.
Empat. Boyfriend Kacak
Ye, satu lagi daya penarik utama. Kau boleh gunakan boyfriend korang tu. Orang memang suka baca kisah-kisah suap-suap makanan antara kau dengan dia. Dalam sehari tu, kau cuba update blog kau dengan 6 entry aktiviti bersama boyfriend kau. Gerenti, naik rating blog kau.
Lima. Gambar Banyak-banyak
Ini juga memang superb-idea. Aku sarankan, korang yang bercita-cita nak jadi blogger femes amous ni, tepek gambar korang sampai 20 keping dalam satu entry dengan posing berbeza. Tajuk entry hanyalah "Makan." dengan caption tak sampai sepuluh patah perkataan. Aku boleh jamin, memang korang pemes lepas tu. Sebab otak readers dah terlekat muka kau sorang! So mana-mana pergi, memang muka kau je dorang ingat disamping posing yang pelbagai.
Jadi, apa kata korang? Cubalah. Sebab keberhasilannya sangat dijamin. Aku? Takpelah, sebab syarat pertama lagi dah fail.
p/s: Think it another way round, and you will get what i mean! tq
Advertisement