As Salam semua
Setiap orang kena uji. Itu biasa kita dengar. Ada ujiannya besar, ada ujiannya kecik cenonet je. Tapi semuanya mesti kena uji. Boleh bagitahu aku sapa kat dunia ni yang terlepas daripada ujian? Kalau ada, please tell her/him... you are LIAR! Secara spiritualnya memang itulah yang aku katakan untuk menenangkan sang hati. Rileks kan sekejap sambil gosok-gosok dada, walaupun mata dah rabak air mata berjurai-jurai keluar. Itulah perangai aku. Setiap kali aku rasa geram yang terlampau, air mata ni tak payah disuruh, keluar je macam air hujan monsun tu! Laju berderai satu per satu.
Kadang-kadang bila aku dah tak kuat, aku akan menyesal dengan takdir. Kadang tu, aku rasa takut sendiri sebab seolah-olah aku ni manusia tak beriman. Patutke salah kan takdir dan menyesalinya! Bodoh! Cepat-cepat aku padamkan bisikan iblis Laknatullah tu. Kalau ikut, mahu terpesong iman aku.
I think twice...
Insan itu diuji ada sebabnya. Bukan Allah bagi suka-suka.
Satu. Untuk menyucikan dosa-dosa lampau.
Dua. Untuk meningkatkan taraf manusia disisi-Nya
Tiga. Untuk menguatkan dan memotivasikan diri sendiri dan orang lain
Itu yang sepatutnya. Positif. Aku kena positif. Memang akan ada beribu malahan mungkin berjuta dugaan dan cabaran hidup. Jadi aku kena kuat. Aku kena redha dan redah semuanya. Seorang diri ataupun bagaimana, hidup aku yang baru injak 23 tahun ni perlu diharungi. Jangan menyesali apa yang dah berlaku. Walaupun aku buntu, tapi tak kan semua benda mesti selamanya kusut kan? Pucuk pangkalnya, SABAR. Itu aje. Kalau aku dapat hadapi ujian pada hari ni, Insya-Allah ujian yang mendatang jugak aku dapat tempuhi. Untuk penutup, ini ada satu kuots menarik...
“Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.
Life is life, fight for it.”
p/s: Ujian manusia itu berbeza-beza!
Advertisement