As Salam semua
Betul pepatah Melayu, "rambut sama hitam, hati lain-lain". Memang susah nak diduga hati orang. Didepan mulutnya manis sekali. Melihat matanya penuh simpati seolah-olah memahami apa yang dihadapi, tapi nun jauh di dalam hatinya penuh benci. Penuh dengan iri hati. Aku tak faham kenapa di dunia wujud orang yang macam ni. Orang yang berani menabur pasir dalam periuk nasi orang lain demi kepentingan diri.
Layakkah orang sebegini digelar manusia? Bertambah pelik bila pelaku-pelaku yang sebegini adalah seorang perempuan. Bukan ke sepatutnya perempuan itu seorang yang mudah memahami. Melihat kesusahan orang dengan empati. Tapi dia... mencucuk jarum dan duri. Sabarlah wahai hati....
Aku kena kuat. Kalau aku lemah, semua orang akan lemah. Ini dugaan keluarga aku. Mungkin kau belum pernah merasainya. Tapi salah ke kalau kau cuba memahami apa yang kami alami? Janganlah pura-pura memberi belas ihsan tetapi kau lah sebenarnya orang yang penuh dengan racun. Meracuni minda dan hati orang lain supaya mereka juga berkurang sifat belas ihsan itu pada keluarga aku. Iri hati kau tu membunuh aku dan keluarga aku! Kenapa perlu kau bertindak macam tu? Apa yang kau cemburu sangat dengan keluarga aku? Jadilah manusia yang berani, kita bertemu. Bukan main kotor cara orang penakut macam tu! Walaupun aku anak perempuan, tapi aku sanggup buat apa sahaja demi mempertahankan keluarga aku! Kau belum kenal kot siapa aku... Oh lupa, kau kan pengecut. Tak seberani aku menempuh dugaan hidup!
Tak apalah, aku cuma mendoakan keluarga kau sihat walafiat, dilimpahkan rezeki dan dijauhkan dari segala kesukaran. Biarlah keluarga aku yang tanggung semua ni. Biarlah kami yang mengerti. Kerana kami adalah insan yang terpilih untuk dinaikkan darjatnya disisi Illahi. Aku tak perlukan simpati pura-pura dari kau. Aku percaya, hikmah Allah itu pasti...terima kasih sebab 'simpati' kau tu wahai perempuan talam dua muka!
p/s: menangis dalam hati...
Advertisement