Kepahitan Yang Menginspirasikan Kemanisan!

- 08.50
advertise here
As Salam semua

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai. Sekejap je lagi. Macam mana dengan azam? Pasang baru lagi atau teruskan yang lama je?Kehkehkeh. Jangan give up! Itu paling penting. Kalau give up maksudnya kau dah kalah sebelum berjuang. Lagi kena boo. Jadi baik kau buat betul-betul azam kau tu. Kasi termakbul semuanya. Becerita pasal azam... hmmmm aku senyum sorang-sorang. Dalam hidup aku, aku rasa aku lebih suka panggil azam sebagai impian. Impian lebih dekat. Tak seserius azam. Tapi matlamatnya sama. Nak semua yang dihajati dapat dicapai. 

 Kalau korang tanya aku apa impian aku, for this time being aku cuma nak satu je. Aku nak ayah aku pulih seperti sedia kala. Kembali aktif dan ceria. Dah takde sugul-sugul dan muka masam mencuka. Hanya nak dengar ketawa, ketawa dan bahagia. Oh. Dah mula dah hati aku sayu. Sebak sekejap. 


Kalau korang nak tahu, dalam adik beradik aku... aku paling rapat dengan ayah. Kadang-kadang tu dulu, mak aku sendiri mintak bantuan aku sekiranya ada apa-apa hal terhadap ayah yang perlu dinasihatkan. Sebab bonding aku dengan ayah sangat kuat. Malahan, ayah jugak boleh terima dan dengar pandangan aku dengan hati terbuka.  Mungkin sebab tu lah, masa ayah sakit aku lah anak yang satu-satunya ada kat rumah. Allah sedang menguji ketabahan aku melihat orang tersayang terlantar sakit. Oh, sungguh aku yang terseksa. 

Masa ayah aku jatuh sakit, aku hilang punca. Aku buntu. Untuk beberapa hari aku menangis kat tepi koridor hospital setiap pagi. Bukan menangis mengenang nasib, itu namanya aku tak redha dengan ketentuan Allah, tapi aku menangis sebab aku rasa aku sangat looser ketika tu. Aku tak pandai nak berdikari. Aku takde tempat bergantung dan aku tak tahu macam mana aku nak survive dalam hidup tanpa ayah. Maksud aku, dalam keadaan keterbatasan keupayaan ayah aku. Sumpah, masa tu aku rasa aku anak tak guna! 

Tapi, salah sorang kawan aku nasihatkan aku. Dan nasihat dia betul-betul memberi semangat pada aku...

"Semua orang sayang ayah dia. Takde anak yang tak sayang ayah. Bila kita sayang seseorang tu, kita mesti kena uji. Adakah kita sayang dia dengan seikhlasnya atau bagaimana. Kalau kita ikhlas, kita kena redha.  Ini ujian untuk ayah kau tapi satu anugerah buat kau. Anugerah untuk jadi anak solehah! Anak yang berbakti pada kedua orang tuanya. Inilah masanya. Kau beruntung. Sebab aku tak dapat!" 

Aku menitik air mata bila dapat SMS dari kawan aku tu. Dia seorang lelaki. Yang telah kehilangan ayah sejak  kecil lagi. Betul apa yang dia cakap. Sekurang-kurangnya, aku berpeluang untuk berbakti pada orang tua dan merasa lagi nikmat kasih sayang seorang ayah tapi dia? Menumpang  kasih pada ayah tiri. Yang pasti tak akan sama. 

Entahlah, tak pasti bila penyakit ayah akan sembuh. Aku selalu sedapkan hati aku sendiri kata semuanya akan jadi ok. Esok atau lusa, tak kisahlah asalkan ayah sembuh seperti sedia kala. Sejak ayah sakit tu lah, macam-macam impian aku. Aku nak bukak rumah jagaan pesakit strok dan  kalau boleh nak berbakti pada orang seperti ini. Aku nak orang lain memahami keadaan mereka. Psikologi dan mentally. Kau nampak tak, daripada impian membawa kepada azam. Sememangnya banyak hikmah yang Allah tunjukkan pada aku sekeluarga bila ayah sakit ni. Masing-masing memberi kekuatan tersendiri dan mematangkan aku serta adik beradik aku. Lagi-lagi dalam urusan berdikari hidup ni. It just like a turning point pada diri aku sendiri. Sebab kepahitan itu akan menginspirasikan kemanisan! 


p/s: Aku nak ayah dapat tengok aku masa graduasi nanti dan menikahkan aku di hari bahagia nanti...




Advertisement
 

Start typing and press Enter to search