As Salam semua
Kalau kau pernah baca entry ini dan ini, aku rasa korang mesti dapat faham perasaan aku. Mana taknya, selamba ajer cikgu tu menayang kan. Sungguh aku geram menahan nafsu. Walaupun TF ada dekat je dengan kawasan UM, tapi memandangkan poket kelihatan semakin menipis, makan telan liur sahajalah bila mana CPB post entry-entry menayang dia tu. Kata orang, kalau betul-betul nak sesuatu kenalah usaha. Jadi, aku pun cari alternatif untuk merasa jugak keenakan dan kelazatan serta kemanisan pencuci mulut alaf baru ni. Akhirnya jumpalah dengan Yogurtlicious! Yippie!
Aku tak boleh nak comparelah kesedapannya dengan TF sebab aku memang tak pernah rasa TF. *ada sapa-sapa nak belanja?* Tapi kalau compare harga, aku rasa YL memang akan menang. Big size cup dia hanya RM 9 sahaja complete dengan 2 jenis buah, 2 jenis flavour dan tambahan satu topping hanya RM 0.60. Murahkan. Dia tak kira pakai gram. Itu yang seronok tu. Sebab kalau ikut berat, kita amek takut-takut. Melainkan, memang kau dah spent RM 50 semata-mata nak makan benda kiut miut tu. Untuk flavour pulak, ada 4 jenis. Originial- masam, Almond Honey *masa aku pergi dah sold out, mesti sedap ni*, Chocolate Lava dan Strawberry Love. Nak tengok mana aku punya pilihan?
Penuh tak? Kalau kat TF berapa agaknya ye? |
Aku amek topping waffle love tu. Hanya RM 0.60 dan flavour Chocolate Lava + Strawberry Love |
Buah pulak- Kiwi + Sea Coconut yang sangat manis. Peghhh!~~~ |
tu Smoothie Strawberry Watermelon! Fresh up~ |
Rasanya ok lah kan kalau setakat nak lepak-lepak chill out sambil makan benda ni. Sejuk je tekak rasanya. Nyaman sampai ke usus. Manis pun tak manis sangat, masam pun boleh tahan. Last but not least, nah ini gambar keriangan sambil berposing gumbira bersempena hari orang kaya katanya! Hahaha.
tenten |
seysey |
p/s: Sebenarnya buat sendiri pun boleh. Beli yogurt, beli buah fresh! Yummy~
Advertisement