Dugaan Utama Bila Jauh Dari Mak

- 21.48
advertise here
As Salam semua

Selalunya kalau kat rumah masa cuti hari tu, order je nak makan apa mak mesti buatkan. Tak kisahlah walaupun aku kena pegi supermarket dulu untuk beli barang. Mengidam punya pasal kan. Tapi, bila duduk jauh dari keluarga ni, satu cabarannya ialah tang makan. Tekak ni pun satu, macam-macam je yang dimintak. Macam tak paham pulak orang jauh dari mak. Huhuhuhuhu *menangis dalam hati*

Entah angin meroyan apa, pagi ni aku mengidam nak makan mee kari. Mee kari yang penuh udang, fish cake, fish ball, kerang, tauhu jepun, telur rebus dan kari yang maha pekat lagi lazat. Aduhai sedapnya...mahu berulang makan kalau dapat kan. Fikir-fikir kalau nak pergi Noodle Station mahal je lebih, bukannya sedap sangat pun. Sikit pulak tu!  Terus telefon mak, mak cakap "Kau gigit je lah jari tu dulu...nanti balek mak masakkan!"  kehkehkehkeh.

sumber : Potret Kasih
Kesudahannya, yang mampu memenuhkan perut  hari ini ialah Nasi Ayam Penyet. Beli kat cafe RM 4.00. Memang dugaankan bila jauh dari mak ni. Sebab mak kan sumber makanan utama untuk anak-anak sihat macam aku ni. Thanks mak!

p/s: Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...




Advertisement
 

Start typing and press Enter to search