Salam semua
Memang tak on time. Mintak maaf banyak-banyak pada semua yang tersenarai untuk di promote pada minggu ke-5 ni. Aku ada kelas sejak awal pagi lagi dan keadaan internet yang kurang bagus menyebabkan niat aku terbantut. Maafkan aku ye. Untuk minggu kelima ni, Alhamdulillah semua blog ada kecuali satu blog yang tak dapat dikesan iaitu blog Mr. IF. Aku tak pasti apa sebabnya. Tapi aku dah cuba refresh banyak kali, masih tak dapat.
Jadi sekiranya, Mrs IF ada baca blog ni kalau tak keberatan boleh inform aku bahawa blognya telah diremove atau bagaimana. Ini adalah supaya aku tak rasa bersalah sebab tak promote blog Mrs.IF. Seperti biasa aku ingatkan pada yang lain, mode masih lagi dalam Most Recently Update. Kiranya, korang rajin update, nama korang sentiasa kat atas lah.
Seriously, aku suka dengan blog-blog yang aku promote sebelum ni. Macam-macam cerita. Lagi-lagi part musim raya. Sakan sangat beraya. Apa pun, all the best & happy blogging semua!
Advertisement