Salam semua
Okeh, ada sapa-sapa yang belum berbuka puasa lagi? Kalau belum, pegi dapur rumah sendiri. Tonggak air botol. Hehehe... Baca title pun korang dah tau aku nak bincang apa kan. Jadi, moh lah kita terus je matlamat hari ni tak yah bagi aku membebel panjang.
YAKIN DIRI
Advertisement
Sesetengah pendapat memberikan ciri-ciri anak ketiga sebagai seorang yang yakin diri walaupun jika dilihat pada fizikalnya, korang macam tak mampu, tapi kredibiliti korang adalah sebaliknya. Korang mudah bergaul dengan siapa sahaja dan korang tampil yakin dengan diri korang. Pembawakan diri korang amat disenangi kawan-kawan.
SUKAR BERTOLAK ANSUR
Mungkin dipengaruhi oleh persaingan antara adik beradik, korang dikatakan paling sukar untuk bertolak ansur. Korang tak mudah mengalah dan kadang kala sikap keras kepala boleh terbawak sama. Dalam sesebuah perbincangan, korang akan mempertahankan hujah korang dan kadang kala boleh menyebabkan orang lain terasa hati.
MUDAH KASIHAN
Sikap anak nombor tiga adalah kaya dengan pemurah dan perasaan kasih sayang. Korang sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan ini dan kadang kala sikap mudah kasihan korang menyebabkan korang mudah terpedaya. Jadi, hati-hatilah yer!
BOLEH MENYERLAH TAPI MENYEMBUNYIKANNYA
Melihat kepada potensi, korang boleh menjadi seorang yang sangat menyerlah. Tapi disebabkan sikap pemalu korang, adakalanya korang hanya berdiam diri dan melepaskan peluang yang ada. Korang perlu bijak untuk memilih platform untuk menyerlah kerana platform korang boleh membantu korang untuk lebih berjaya.
SIKAP MALAS DAN MANJA
Anak ketiga dikategorikan sebagai seorang yang manja sehingga kadang kala membawa kepada malas. Korang perlu di'push' oleh sesorang atau sesuatu untuk korang terus ke hadapan. Sedangkan potensi diri korang sememangnya ada. Malahan kadang-kadang sikap malas korang ni boleh membawa kepada kejatuhan diri sendiri.
TIDAK SUKA MENIMBULKAN MASALAH
Korang sangat optimis dalam menangani masalah. Sering melihat masalah dalam sudut yang positif dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Korang juga akan cuba membantu seberapa yang korang boleh dan akan menyenangkan orang lain seadanya. Sikap korang ni sangat disenangi kawan-kawan. Sebab tulah korang ada ramai kawan!
Ha, macam tu lah perangai anak nombor tiga. Kena atau tak dengan perangai korang? Kehkehkeh. Tepuk dada tanya selera. Yang baik diteruskan, yang kurang baik dibuang dan diperbaiki. Ok! Semua tu cuma kajian, yang penting bagaimana pembawakan diri kita untuk jadi insan yang berkualiti.
p/s: korang nak kenal perangai anak nombor berapa lagi? Nak tau perangai anak no.1 TEKAN SINI & nak tau perangai anak no. 2 pulak, TEKAN SINU.
p/s: korang nak kenal perangai anak nombor berapa lagi? Nak tau perangai anak no.1 TEKAN SINI & nak tau perangai anak no. 2 pulak, TEKAN SINU.