Sejak projek teater muzikal The Secret Life Of Nora (NORA) diumumkan pada Mac lalu, ramai pihak sibuk memperkatakan tentang muzikal terbitan Enfiniti Vision Media ini. Mana tidaknya, rata-rata di antara mereka begitu teruja dan tidak sabar untuk menunggu projek terbesar dari produksi yang pernah menerbitkan muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) dan P.Ramlee The Musical ini.
Pagi tadi, satu lagi rahsia NORA telah didedahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di The Black Box, Enfiniti Vision Media di The Strand, Kota Damansara. Majlis yang berlangsung dalam format program bual bicara ini adalah bagi mengumumkan barisan tenaga produksi untuk muzikal NORA yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula pada 29 September hingga 16 Oktober 2011.
Menariknya tentang muzikal NORA, ia bukan saja menampilkan barisan tenaga kreatif profesional tempatan, malah ia juga turut menggunakan khidmat dari individu yang pernah menjayakan projek bertaraf antarabangsa.
“Kami memilih individu tersebut selepas membuat beberapa pilihan dari kalangan bakat tempatan dan luar negara. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan masing-masing di mana dengan kepakaan tersebut, saya harap mereka dapat melaksanakan pementasan ini dengan berjaya sekaligus membangunkan lagi industri seni di Malaysia.
“Kami tahu ia satu risiko yang besar apabila memilih mereka yang hampir separuhnya daripada kalangan mereka masih baru. Namun, selain memberi peluang kepada mereka, kami di Enfiniti juga memang gemar menyahut cabaran,” jelas Penerbit Bersekutu NORA, Izan Satrina yang juga merupakan Naib Presiden Kumpulan Operasi Enfiniti Vision Media.
Mereka yang terlibat terdiri daripada Steven Dexter selaku Pengarah, Raymond Miranda (Penulis), Weng Onn San (Komposer), Jerome Kugan (Penulis Lirik). Alfian Sa’at (Penulis Teks & Lirik Bahasa Melayu), Roslan Aziz (Pengarah Muzik), Pat Ibrahim (Pereka Tari), Francis O’ Connor (Pereka Set), Raja Maliq (Perunding Set), Moe Kassim & STYLO (Pereka Kostum), Nick Richings (Penata Cahaya), Chedd Eddie Yusoff (Penolong Pengarah) dan Melissa Teoh (Pengurus Produksi).
Menurut Steven Dexter, pengarah British yang pernah mengarah teater Peter Pan dan Pirates of the Penzane, beliau memberitahu begitu teruja dapat berkolaborasi serta bekerjasama dengan Penerbit Eksekutif, Tiara Jaquelina serta produksi dari Malaysia.
“Idea dari Tiara untuk mementaskan muzikal gabungan dari kisah penyiasatan dan cinta ini sangat menarik minat saya. Bagi saya, ia adalah idea yang asli, baru dan membuatkan saya berasa teruja sejak dari awal. Saya memang amat menyukainya apatah lagi dapat bekerjasama dengan tenaga produksi yang hebat.
Bagi pengarah muzik, Roslan Aziz yang pernah bekerjasama dengan Enfiniti dalam pementasan PGL dan P.Ramlee the Musical sebelum ini, beliau melahirkan rasa bertuah kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan produksi tersebut.
“Selepas PGL, Enfiniti ada menelefon saya bertanyakan sama ada ingin terlibat dengan produksi ini. Bagi saya, ia bukan satu perkara yang sukar untuk saya membuat keputusan kerana inilah peluang yang saya nanti-nantikan sekian lama.
“Syukur, Alhamdulillah, saya rasa bertuah kerana dapat tawaran dari pihak Enfiniti untuk terlibat dalam muzikal ini apatah lagi Enfiniti begitu bersemangat untuk membawa muzikal ini ke peringkat antarabangsa. Ia juga sesuatu yang sangat menerujakan apabila dapat bekerjasama dengan ramai orang baru yang berpengalaman.”
Apabila ditanya apakah bentuk muzik yang akan diketengahkan dalam NORA memandangkan pementasan ini akan dibawa ke peringkat antarabangsa, Roslan menjawab, “Sejujurnya, saya sendiri masih belum dapat bayangkan muzik dalam NORA itu macam mana. Saya pasti, ia akan menerapkan elemen keMelayuan dan ‘fusion’.”
Selain muzik, produksi ini akan menterjemah pementasan muzikal era 60an dan membawa penonton menjelajah ke dunia yang cukup mengagumkan dengan gerak tari ala “cirque du soleil” termasuk adegan lagak ngeri yang cukup mempersonakan.
Bakal dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, NORA mengisahkan seorang wanita yang cukup dikenali di pentas kabaret yang kemudiannya terpaksa menyertai sebuah organisasi perisikan bagi menyelesaikan masalah pemedagangan manusia. Berlatar era 60an di Malaya, muzikal komedi ini akan melihat perubahan Nora dari seorang penari kabaret yang cukup dramatic kepada seorang agen perisik yang terlatih. Nora mempertaruhkan nyawanya demi menjayakan misinya selain terjebak dalam percintaan.
Produksi The Secret Life of Nora bakal memulakan latihan pada Julai depan setelah pengumuman barisan pelakon yang bakal menjayakan pementasan itu dibuat pada penghujung bulan ini.
sumber gua.com.my
Pagi tadi, satu lagi rahsia NORA telah didedahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di The Black Box, Enfiniti Vision Media di The Strand, Kota Damansara. Majlis yang berlangsung dalam format program bual bicara ini adalah bagi mengumumkan barisan tenaga produksi untuk muzikal NORA yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula pada 29 September hingga 16 Oktober 2011.
Advertisement