Maafkan Aku Papa, adalah sebuah drama yang mengisarkan pengorbanan seorang bapa demi kebahagiaan anaknya. Drama yang penuh emosi pasti memberi mesej serta pengajaran kepada penonton dengan persembahan istimewa dari barisan dramatis hebat iaitu Siti Fazurina yang menyandang watak sebagai Hanis satu-satunya anak perempuan seorang bapa tunggal bernama Salim lakonan Faizal Husin.
Sejak kematian isterinya, Salim yang bekerja sebagai pemandu teksi terpaksa bekerja keras demi mencari sesuap nasi bagi menampung kehidupam mereka dua beranak. Hati ayah yang mana tidak gembira tatkala menerima berita bahawa anaknya Hanis berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Oleh itu, Salim terus berusaha bekerja kuat mencari rezeki untuk membiayai kos pembelajaran anak kesayangannya. Dia sanggup berkorban demi menunaikan permintaan Hanis yang kini berada di Univeristi. Namun, apa yang dilakukan oleh Salin tidak seperti diharapkan, Hanis suka berpoya-poya dan menghabiskan masanya berhibur bersama rakan-rakannya malah lebih meghampakannya, Hanis tidak mengakui dirinya gadis miskin dan tidak mengenali bapanya.
Adakah Hanis akan sedar dan kembali ke panggal jalan ? Bersama pelakon Siti Fazurina, Faizal Husin, Zila Bakarin, Kathy Azean dan Nabila Nasir dalam Maafkan Aku Papa mulai 13 Jun, jam 1.30 tengahari hanya di TV2.
Advertisement