Singapore Toy, Game dan Comic Convention (STGCC) 2011

- 12.02
advertise here

"Singapore Toy, Game dan Comic Convention" (STGCC) akan kembali pada 20 & 21 Ogos di Suntec International Convention and Exhibition Centre, Singapura tahun ini!

Antara tarikan-tarikan yang terdapat di sana adalah siri-siri poster bagi filem ‘Superhero’ yang akan dipamerkan di majlis tersebut. Mempamerkan kelahiran dan perkembangan filem superhero melalui poster asli dari era klasik tahun 1970 hingga zaman epik moden sekarang.

Selain itu, Pop Corn Pop yang sememangnya terkenal dengan pengkhususan dalam ‘memorabilia’ perfileman asli, akan mempersembahkan cetakan asli ‘Superman’ tahun 1978 yang bernilai RM1837.50 (S$750) hinggalah sepanduk Captain America yang terbaru.

Bagi peminat filem ‘Iron Man’, ‘Green Lantern’, dan ‘Captain America’ yang akan ditayangkan di pawagam Singapura Jun dan Julai 2011 ini, mereka berpeluang mendapatkan poster-poster asli tersebut di gerai Pop Corn Pop di STGCC.
Advertisement

Tiket-tiket akan di jual pertengahan Jun 2011 ini. Pembelian tiket boleh dibuat di www.singaporetgcc.com. Untuk keterangan lanjut tentang STGCC, layari www.singaporetgcc.com

sumber gua.com.my
 

Start typing and press Enter to search