SITKOM Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Senario termasuk program pencarian bakat penghibur, Sinaran Pasport Kegemilangan, antara program terbaik pernah mencatat ‘rating’ tinggi penonton suatu ketika dulu.
Tidak terkecuali, program terbitan ‘in-house’ seperti Melodi, Majalah 3, Malaysia Hari Ini dan Nona sentiasa diminati ramai hingga siaran diteruskan sampai sekarang.
Bagi penonton setia TV3, pastinya merindui zaman populariti program terbaik ini kembali disiarkan di TV. Berita baik buat peminat, impian menyaksikan penampilan awal penyampai Wan Zaleha Radzi, Ezah Aziz Fawzy, Aznil Nawawi dan Azwan Ali menjadi kenyataan menerusi kehadiran saluran baru penuh nostalgia bergelar Emas.
Menawarkan program terbaik yang pernah ke udara di TV3, pengenalan saluran Emas memberi tarikan baru pada saluran HyppTV yang dipancarkan menerusi perkhidmatan UniFi disediakan Telekom Malaysia (TM). Ini juga menyaksikan kerjasama Media Prima Berhad (MPB) bersama TM.
Menariknya, Emas menampilkan konsep saluran retro kontemporari Televisyen Protokol Internet (IPTV) yang pertama di Malaysia. Bagi pelanggan UniFi, saluran ini dapat ditonton secara percuma selama sebulan sehingga 30 Jun ini.
Bermula 1 Julai nanti, saluran ini boleh dilanggan secara ‘ala carte’ pada caj RM3 sebulan. Saluran Emas mempunyai dua slot utama iaitu dari jam 1 hingga 3 petang manakala 8 malam hingga 12 tengah malam.
Antara program yang disiarkan semula, Sinaran Pasport Kegemilangan, Senario, Melodi, Nona, Kenali Malaysia, drama Pengantin Popular, Detektif dan bermacam lagi program menarik.
Majlis pelancaran program ini disempurnakan Pengerusi MPB, Datuk Johan Jaaffar bersama Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie di perkarangan lobi Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.
Beberapa bekas penyampai TV3 turut hadir sama memeriahkan acara antaranya, Datuk Mahadzir Lokman, Datin Zalina Azman, Wan Zaleha, Raymond Goh, Razak Abdullah, Nizal Mohamad dan Azwan Ali.
Bagi Razak, menyambut baik kewujudan saluran baru ini dijangka memberi tarikan baru kepada penonton untuk mengimbau kembali program terawal TV3 yang pernah mencatat sambutan menggalakkan daripada penonton.
Katanya, program awal terbitan TV3 memberi keistimewaan tersendiri pada penonton dari aspek proses dan kualiti penerbitan.
Bekas pembaca berita ini percaya penonton berminat menyaksikan program ini disiarkan semula.
“Memberi tarikan, program seumpama ini membawa kupasan lebih mendalam pada sesuatu subjek yang diperbincangkan.
“Antara yang menarik perhatian ketika itu adalah Memo yang membincangkan pelbagai topik.
“Sebenarnya, banyak subjek yang dibawa hari ini sudah disentuh dalam program lalu.
“Walaupun teknologi berkembang, masyarakat masih mahu menyaksikan program dulu kembali ke TV mereka,” katanya.
sumber metro

Advertisement