PROGRAM realiti tarian Mari Menari merupakan antara rancangan realiti mencungkil bakat pasangan dalam bidang seni tari yang telah mendapat sambutan hangat orang ramai.
Setelah menyaksikan pasangan Raziff dan Alia muncul juara pada edisi sulung, kini rancangan tersebut kembali menemui penonton untuk musim yang kedua.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, kejayaan rancangan Mari Menari sebelum ini jelas membuktikan bahawa seni tari merupakan satu cabang seni yang mendapat perhatian orang ramai.
“Peserta yang bersaing hanyalah terdiri daripada orang biasa, namun mereka masih mampu untuk menghasilkan rentak tari yang mengagumkan menerusi latihan dan kesungguhan yang tinggi.
“Jadi untuk musim terbaru, saya merasakan tiada masalah besar buat peserta kerana rata-rata mereka tentunya sudah faham dengan selok-belok dengan rancangan ini,” ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.
Menurut Azlin, persaingan pada kali ini menampilkan sepuluh pasangan yang akan merebut gelaran juara Mari Menari 2. Selain setiap peserta dilatih oleh jurureka tari profesional, mereka turut dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Belalang dan Ray.
Antara peserta yang diletakkan dalam kumpulan Belalang seperti pasangan Nita, Mizi, Wan, Razman dan Faiz serta diketuai oleh seorang kapten jurureka tari iaitu Mohd Zulfarqar Awaluddin.
Kumpulan Ray pula akan diketuai oleh Ray Redzuan Awang dan disertai oleh lima lagi peserta yang terdiri daripada pasangan Nora, Ummi, Bibi, Azlin dan Sarah.
“Tugas kedua-dua ketua jurureka tari ini bukan sekadar memberikan tunjuk ajar, galakan motivasi dan membuat pemilihan lagu, malah mereka ini akan menjadi sumber inspirasi kepada setiap pasangan.
Lebih menarik lagi, saingan pada kali ini juga menampilkan empat pasangan suami isteri dan tiga pasangan adik dan kakak, manakala terdapat juga pasangan ibu dan anak, bapa dan anak serta abang dan adik.
Sementara itu, persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50 peratus juri dan 50 peratus lagi adalah menerusi undian daripada para penonton.
Malah, persaingan kali ini turut membuat pembaharuan terutamanya dengan memperkenalkan pelakon Vanida Imran dan Harith Iskandar sebagai juri profesional di samping terus mengekalkan khidmat Joseph Gonzalez.
Rancangan realiti Mari Menari akan memulakan siaran pertama untuk episod pengenalan pada 17 Jun ini dan diikuti siaran langsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu bermula pada 18 Jun 2011.
Sama seperti musim lalu, rancangan tersebut juga masih lagi mengekalkan Awal Ashaari dan Lisa Surihani sebagai pengacara.
Setelah menyaksikan pasangan Raziff dan Alia muncul juara pada edisi sulung, kini rancangan tersebut kembali menemui penonton untuk musim yang kedua.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, kejayaan rancangan Mari Menari sebelum ini jelas membuktikan bahawa seni tari merupakan satu cabang seni yang mendapat perhatian orang ramai.
“Peserta yang bersaing hanyalah terdiri daripada orang biasa, namun mereka masih mampu untuk menghasilkan rentak tari yang mengagumkan menerusi latihan dan kesungguhan yang tinggi.
Advertisement