Salam semua
Nak join satu segmen menarik sempena Hari Guru yang bakal diraikan esok. Ini juga adalah sebagai penghargaan kepada semua cikgu dan cikgi di Malaysia. Terima kasih cikgu!

K - Kelas. saya akan pastikan menjadi yang paling attractive sekali. Takde bosan-bosan ni.
A - Amalkan pengajaran yang berbentuk kefahaman, bukan semata-mata kejar sillibus
L - Latih anak murid dengan segala sifat mahmudah supaya jadi manusia yang baik
A - Akan sentiasa jadi BFF pada semua anak murid saya
U - Ubah persepsi anak murid yang malas belajar "Study is Fun you know!"
L - Lakukan aktiviti sama-sama. Baru happy dan mesra.
A - Ambil berat masalah setiap pelajar dan cuba selesaikannya dengan baik
H - Happy dan sentiasa bersemangat bila mengajar. Supaya diorang pun happy dan bersemangat
S - Sentiasa menjaga penampilan dan tingkah laku saya
A - Anggap anak murid sebagai keluarga
Y - Yakin dengan setiap kelebihan dan kebolehan anak murid saya
A - Akan prihatin dengan setiap perubahan pelajar saya
S - Support anak murid saya dalam segala bidang yang dia ceburi
E - Elakkan diri saya jadi cikgu yang ditakuti sebab saya nak dihormati
O - Olah sesuatu pengajaran dengan menarik
R - Raikan birthday anak murid saya setiap bulan. Bagi dorang happy.
A - Awasi anak murid saya dari terjebak benda-benda tak elok
N - Naikkan semangat dorang dengan bagi penghargaan dan pujian
G - Gambar sama-sama dengan anak murid pastu tag and komen dekat FB banyak-banyak.
G - Garang! Itu sangat perlu. Tapi biar kena pada tempat dan masanya!
U - Usahakan yang termampu untuk didik anak murid jadi orang berguna
R - Redha dengan setiap ilmu yang saya berikan
U - Untung-untung, jasan dan pengorbanan saya sebagai guru di balas di akhirat kelak.
Last but not least,
Selamat Hari Guru, Cikgu.
Advertisement
Tanpa Cikgu, Siapalah Saya Hari Ini.