Salam semua
P/s: tak bermakna aku melupakan kawan-kawan lama aku. Aku sayang korang jugak!!! Korang sangat bermakna dalam hidup aku.
Cuti semester 4 bulan sangat bermakna pada setiap student kan? Aku juga. Tapi, satu pengorbanan harus dilakukan. Sumpah sedih! Sebab aku akan berpisah dengan permata-permata peneman setia aku yang 3 orang ni. Aduhai. Luluh jantung ni bila dengar lagu "Ratuku" ni. Setiap bait liriknya membawa maksud yang sangat mendalam pada kami. Lagu ni, lagu fevret kami melalak dalam kereta.... Terlalu banyak kenangan kami lalui.... Mereka sentiasa ada. Susah dan senang. Tawa dan nangis. Terima kasih sayang!!! Kirin, Akim dan Kal. Inilah hadiah persahabatan kita. Moga kita kekal bersama dan berjaya!