Berita Gembira : Ayah Aku Hampir Pulih Dari Strok. Alhamdulillah!!!

- 07.54
advertise here
Salam semua

Adakah korang semua masih ingat TRAGEDI 6 DISEMBER yang berlaku pada aku? Sapa- sapa yang mungkin terlepas entry aku ni, korang boleh baca dengan KLIK KAT SINI. Baiklah, setelah hampir 4 bulan ayah aku terbaring dan tak dapat berjalan, hari ni aku nak kongsi kegembiraan aku pada seluruh dunia bahawasanya ayah aku dah boleh berjalan semula. Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga! Takde berita gembira lain yang dapat bagi aku happy sempena besday yang beberapa jam lagi ni  selain daripada berita daripada mak aku yang bagitau ayah aku dah boleh berjalan semula. Sangat-sangat bersyukur pada Allah.


Walaupun dia berjalan menggunakan tongkat dan mesti ada orang yang jaga, tapi sekurang-kurangnya dia dapat mengawal langkahnya dah cukup bagi satu family gembira. Ayah aku dapat berjalan semula selepas dia dibawak berjumpa dengan salah seorang pengamal perubatan yang diiktiraf daripada negeri China iaitu Hj. Ismail.

ni aku amek kat google. lupa nak snap hari tu.

Advertisement
certificate perubatan dari Negeri China *sori tak paham, tp blh agak lah !

yang baju kuning tu ialah Hj. Ismail.
Dia menggunakan kaedah rawatan akupuntur elektrik yang bertujuan untuk melancarkan aliran darah ke bahagian-bahagian yang tak dapat begerak tu (kaki dan tangaan).

mesin elektrik yang digunakan

Semasa proses rawatan.
*aku takut nak pegang. sebab takut kena elektrik sama
Masa aku datang tu, memang ramai lah orang. Dari Singapore ada, dari Indonesia pun ada. Tak kira peringkat usia. Ada yang tua dan ada yang baby seawal usia 10 bulan. Semuanya berkaitan masalah saraf. Ada sorang baby ni anak kepada seorang cikgu berusia 4 tahun, buta dan lumpuh akibat terjatuh daripada buaian ketika bayi yang mengakibatkan kecederaan pada otaknya. Kesian aku tengok sebab baby tu comel sangat!!! Perasaan aku waktu dekat situ hanya satu... BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT ALLAH!

pesakit menunggu giliran di luar rumah

Hj. Ismail tengah urut seorang pesakitnya *sori gambar curi2 takut kena marah =)
Selepas rawatan elektrik tu, ayah aku disuruh buat latihan untuk berjalan dengan bantuan dua orang pekerja beliau. Sesi latihan jalan ni mengikut peringkat. Mula-mula jalan lurus, lepas tu jalan dekat kawasan batu-batu, jalan nombor lapan, dan sesi yang terakhir ialah sesi menaiki tangga. Buat masa ni ayah aku dah sampai stage menaiki tangga tu. Maknanya dah nak habis sesi rawatan. Menurut Hj. Ismail, kalau kes macam ayah aku ni, dia akan kuatkan kaki dahulu. Kalau kaki dah kuat, secara tak langsung tangan juga akan berfungsi dan kuat sama.  Kalau korang nak tau jugak, untuk rawatan kat sini, harganya sangat berpatutan, macam kes ayah aku ni, 1 jam rawatan elektrik, 30 minit urutan dan 30 minit latihan berjalan hanya RM 20 sahaja! Sangat murah dan aku serta family memang tak berkira asalkan ayah aku dapat sembuh segera. 

rawatan yang disediakan dan waktu rawatan
Wall of Fame *gambar pesakit yang dah sembuh! Alhamdulillah

Ni pun sama! Ramai dan tak kira bangsa!

Sesi latihan untuk ayah aku ni jugak mesti diamalkan di rumah. Alhamdulillah ada salah sorang kawan ayah aku  sanggup untuk membantu. Pakcik Yatim namanya. Dialah yang bawak ayah aku ke pusat perubatan tu tiap-tiap hari dan bila takde rawatan, dia akan datang rumah dan buat sesi latihan berjalan tu. Terima kasih banyak-banyak pada dia!

Sesi latihan kat rumah. *ayah dengan tongkat saktinya! sempat senyum tu aku amik gambar!

Pakcik Yatim tengah jaga ayah untuk balance badan dan jalan

Tatih...tatih....! hehehe 
Aku sangat bersyukur sebab banyak perubahan positif yang ayah tunjukkan. Dia antara pesakit strok yang cepat pulih pada pandangan aku. Tahap pulih seseorang pesakit strok tu bergantung pada kekuatan semangat pesakit jugak.  Tapi untuk ayah aku ni, aku dan family memang sangat terharu dengan bantuan yang diberikan banyak pihak dalam membantu kiteorang sekeluarga. Dari segi kewangan, tenaga dan masa. Alhamdulillah sebab semua tu kuasa Allah untuk menggerakkan hati kawan-kawan ayah aku, mak aku dan sanak saudara untuk membantu. Aku tak tau nak balas macam mana. Semoga Allah je yang memberi kebaikan kepada semua yang membantu.

Aku sentiasa berdoa semoga Allah mudahkanlah ayah aku untuk pulih seperti sedia kala sebab dia dah rindu sangat nak ke masjid dan nak laungkan azan. Dia dah rindu sangat nak pakai jubah dan serban dia. Dan aku satu keluarga rindu sangat nak jalan-jalan satu family dengan suasana happy dan gembira macam dulu!

Jadi, sementara kita ada mak dan ayah ni, jaga dia elok-elok. Sentiasa beri sokongan pada dia sekiranya dia sakit sebab takde ubat yang lebih berharga selain sokongan moral daripada anak-anak. Aku percaya, semangat dan kekentalan ayah aku merupakan hasil sokongan aku dan seluruh kaum keluarga dan sahabat handainya. Alhamdulillah, doa kamu semua untuk ayah aku dimakbulkan Sang Pencipta! Amin.... 

Kepada korang yang baca entry ni, sekiranya  ada ahli keluarga mahupun rakan-rakan yang turut menjadi mangsa angin ahmar/strok ataupun masalah saraf seperti masalah pinggang, tulang belakang, gout dan macam-macam lagi, korang bolehlah mencuba atau mencadangkan rawatan ni. Untuk itu, aku letak kan nombor telefon dan alamat Hj. Ismail ni. Harap entry ni dapat membantu mereka yang memerlukan.

Janggan tanya aku arah nak ke sana tau, sebab aku tak ingat dan waktu pergi tu aku tertidur dalam kereta! =)


p/s: Aku dan adik aku mula happy sebab kiteorang percaya ayah akan dapat datang tengok kiteorang grad!!!
 

Start typing and press Enter to search