Ini adalah baki rentetan entri yang lepas di mana saya tak sempat upload kerana kesibukan tugas.......
Hero nampak gembira bila nampak kami...siap berdiri lagi tu....kalau ada kaki depan dia dah tabik agaknya...
Di bawah ni adalah rakaman video ketika sesi melawat Hero hari Sabtu lepas....
***************************************************************************
Pagi Isnin sebelum pergi kerja, saya terkejut melihat Pak Tam seolah-oleh menyusu dengan anak-anak bulus ni....rupa-rupanya, dia nak tiru apa yang anak bulus tu buat...dia tak menetek, cuma menjilat-jilat badan Si Baby tu jer...
Mama Hero menamakannya anak bulus yang ni Shinosuke ( kalau tak silap )


Dah penat bergurau, Shinosuke ni lepak kat tangga..


Si Shinosuke ni plak pegi ke dapur menghabiskan makanan Pak Tam..nak jer saya halang dia dari makan makanan tu, tapi tak sampai hati pulak...


p/s :
Hati ini masih tak habis2 mengucapkan syukur kerana segala dugaan dapat saya tempuh dengan jayanya. Ini semua adalah berkat doa anda semua. Yang mana tak tahu apa dugaan yang saya alami, rajin2la korek entri kat dalam blog ni..klik jer kat older post pada perenggan bawah setiap entri tu....
Ada sesiapa lagi yang nak beli stiker ekslusif Hero ni??
Advertisement