Pada 15 Julai 2010, selepas pulang dari bekerja, kami sekeluarga terkejut melihat Hero terbaring di lantai dengan keadaan badannya menggigil dan bulunya meremang. Kelihatan juga dengan jelas bulu-bulunya gugur sehingga menampakkan bahagian kulit terutamanya di bahagian kedua belah telinganya. Gambar di bawah kelihatan wife saya mengusap-usap Hero..Hero langsung tak boleh bangun.

Pada keesokkan harinya, Hero masih bertahan lagi... kami bercadang untuk membawanya berjumpa dengan Dr Intan. Keadaan Hero pada pagi 16 Julai masih sama. Bulunya meremang dan badannya menggigil. Suhu badannya panas sehingga boleh dirasa dengan tapak tangan.
Keadaannya asyik baring jer...
Sementara bersiap-siap untuk ke klinik, Pak Tam sedang menjalankan tugasnya...'mengganggu' kami dengan mengejar dan mencakar2 kaki. Sambil2 tu, dia nak bergurau dengan anak bulus 4 ekor tu...
Cerita dan videonya ada di perenggan bawah...
Advertisement
Beginilah keadaan Hero ketika sampai di klinik Dr Intan di Kelana Jaya...keras macam patung...
Ketika membawa Hero ke klinik, saya disapa oleh 2 orang perempuan..dia bertanya kepada saya samada ni kucing parsi ke? Saya jawab taklah, kucing biasa jer...saya tak bagi tahu yang nama dia Hero dan kudung...
Matanya dah bersinar kembali...
Inilah rupa testis Hero yang membengkak...

Ubat pil saya kerat kecil-kecil dan letakkan dalam wet food...
**********************************************************************
Di bawah adalah rakaman video mengenai Hero yang sakit pada 16 Julai 2010
**********************************************************************
Rakaman video di bawah ni adalah perkembangan terbaru Pak Tam
**********************************************************************
Pada masa ni, saya memang hangin betul dengan Pak Tam...Dia sajer nak tayang corong lampu dia tu kat orang...orang tengah bersiap-siap pakai baju, dia plak buat hal...dah satu kerja saya nak panjat bumbung plak... sayup jer nampak kepala dia...
Bila dipanggil-panggil tak mahu datang...bila saya nak capai kaki dia, dia lari plak...mencii...
Tapi bila saya dah dapat...ha ha ha .....Pak Tam dah tak boleh lari dah...tapi jangan risau...saya grab dia perlahan-lahan...takut menyakitkan dia plak... hampir 15 minit masa aku terbuang...bertuah betul Pak Tam ni...
Dia nak juga pergi ke bumbung tu....nakal betul....
Lepas saya babab buntut dia, baru dia menyesal...
Saya ada link komuniti yang baru iaitu kakimotong.ning.com ...anda amat dialu-alukan untuk menjadi ahli group ini dan upload gambar / video haiwan kesayangan anda...