
Ceritanya:
Mata saya sangat kagum dengan seni bina Islam ni. Seni khat di sekelilingnya bagi satu impak pada setiap mata yang melihat. Rasa terpukau. Hati saya betul2 rasa rindu pada Rasulullah dan jiwa saya mengajak menjejak kaki ke sana. Saya terkenang sejarah kehebatan Islam satu masa dulu. Saya teringat pada tokoh-tokoh Islam yang pernah saya belajar dulu. Pada saya. kubah ini bukan sahaja melambangkan kehebatan seni bina Islam tapi turut menjadi simbol bahawa Islam merentas masa dan zaman. Kubah ini teguh seteguh hati saudara Islam kita di sana. Dan tiba-tiba saya juga terfikir, nasib Kubah As- Sakhra ni pada masa depan anda kita tidak berusaha mempertahankannya....
haa... nilah penyertaan saya! harap diterima dan moga ada rezeki saya!
* Kalau ada rezeki, saya ingin menziarah bandar-bandar sejarah Islam.