Jumat, 30 Januari 2015

Kepada 0320551200 - Jangan Telefon Lagi Boleh Tak?

Dari bulan lepas lagi asyik terima panggilan dari nombor ni 0320551200. Mula-mula tak nak angkat sebab malas nak layan panggilan dari salesman yang jual insuran tu. Tapi kalau tak angkat takut nombor mana-mana menteri yang nak bagi job ribu-ribu ke..melepas..hehe. So, ada satu hari tu adalah terangkat sekali.

Insurans : Hai, boleh bercakap dengan Encik Nik?

Aku :(Sape pulak ni..dalam fikiran mesti orang yang nak promote insuran ni) ye saya (jawab lambat-lambat)
 
Insurans : Saya dari Bank Rakyat, encik ada masa tak?
 
Aku : Saya tengah kerja ni..sekejap tu boleh la.
 
Insurans : Ok, kami ingin kenal kan..bla bla bla...insuran dari kami ni..pot pet pot pet (tak fokus apa yang dia bebel..haha)

Sebelum dia pot pet lagi, aku terus letak telefon and off sekali..

Hari ni je dapat 5 kali call dari 0327247300 dan 0320551200 . Aku rasa sekarang ni makin menjadi la gangguan dari telemarketing ni. Bayangkan tengah drive, tiba-tiba handphone berbunyi. Cepat-cepat kita angkat ingatkan ada panggilan penting dari mana-mana orang, bila angkat rupanya telemarketing. Tengah tidur, tengah masak, tengah mandi, bila dengar panggilan konpem korang lari nak jawab panggilan tu kan. Memang angin satu badan la bila kita jawab, dia nak promote insuran yang boleh jadi scam. Ganggu privasi orang je.

So, kalau dapat nombor macam ni, jangan percaya sangat..terus save no ni, 'PENIPU'. Kalau dapat je panggilan dari nombor tu, terus reject. Berhati-hati semua. Jangan bagi apa-apa info pun kat diorang..entah dari mana dapat nombor kita ni..sudah tentu dari pihak tak amanah, lelongkan nombor kita.

Antara nombor yang korang jangan angkat

0320750000, 0320366888, 0320550700, 0322039688 , 0327874200, 03-2724-9600, 0327263500 , 0320366888, 0320941222 , 01112315979, 01112164979, 0379629200, 036044400, 0320551200, 0327261700, 0327247300 dan banyak lagi.

Kamis, 29 Januari 2015

Blog Tak Update Sebulan -Trafik Jatuh Merudum!

 Tugas guru bukan sibuk dengan megajar je, sibuk sekali kena usha dengan bapa budak :)

Disebabkan sibuk dengan tugas kerja sebagai guru kelas, guru bahasa inggeris, guru rumah sukan merah, guru pengakap, guru kelab persatuan bahasa inggeris, guru kelab futsal, guru ICT, guru data, ketua panitia bahasa inggeris..maka inilah yang terjadi pada blog aku. Buka Nuffnang boleh tengok pola penurunan trafik untuk bulan ni. Jatuh merudum ke dalam gaung. Nak buat macam mana, awal tahun memang sibuk. Fokus banyak untuk budak-budak sekolah ni. 

 Statistik trafik blog bulan Januari 2015 :(

Last update 2hb Januari 2015. Ni dah nak masuk bulan 2. Kesian blog terabai. Kalau blog ni jenis ada perasaan, dah lama rasanya aku kena cerai talak 3..hahaha

SEBAB TRAFIK BLOG JATUH MERUDUM

2. Blog kena malware.
3. Blog tak update, sebab malas, tak ada idea, sibuk etc.

Janji dalam entri nak update 10 entri sebulan, masih tak tercapai jugak. Patutlah earning dari Nuffnang tak naik-naik. Ada tak blogger yang trafiknya tetap mencanak naik walaupun jarang update ? Meh kasi tip sikit macam mana nak update blog time sibuk atau time tengah malas..

Senin, 05 Januari 2015

10 Tip Fesyen Untuk Lelaki Rendah


Bagi lelaki yang mempunyai fizikal yang rendah, mungkin agak susah untuk mereka memilih pakaian yang sesuai dengan tubuh badan. Memilih pakaian tanpa meneliti terlebih dahulu boleh menyebabkan anda kelihatan lebih pendek dari saiz yang sedia ada. Risau untuk berfesyen? Tak perlu bimbang sekiranya anda mengamalkan 10 Tip Fesyen Untuk Lelaki Pendek di bawah ini.


1. Pilih pakaian yang bercorak menegak dan saiz corak menegaknya kecil. Jangan pilih pakaian bercorak melintang.

2. Pilih saiz baju yang sesuai dengan saiz badan. Tidak terlalu ketat, hanya 'ngam-ngam' dengan bentuk badan. Elakkan dari membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar kerana anda akan kelihatan seperti kanak-kanak.

3. Jika anda memakai tali leher, pilih tali leher jenis skinny tie. Untuk aksesori lain seperti jam dan tali pinggang, anda digalakkan memilih yang bersaiz kecil dan ringkas.

4. Saterika seluar anda untuk mengelak daripada nampak tak kemas. Bila tak kemas, anda akan nampak lebih rendah dan tak terurus.

5. Pilih baju t-shirt yang berleher V berbanding baju t-shirt yang berleher bulat.

6. Elakkan dari memakai kasut yang mempunyai tapak yang tinggi.

7. Jangan simpan rambut terlalu panjang. Gaya rambut spike lebih sesuai.

8. Elakkan membeli atau memakai pakaian yang warnanya terlalu terang kerana ianya akan menampakkan bentuk tubuh anda yang rendah.

9. Pakai jaket yang ada satu atau dua butang sahaja. Elakkan dari memakai dua lapis jaket.

10. Jangan pakai tali pinggang yang mempunyai warna yang berbeza dengan pakaian. Contoh, memakai baju dan seluar berwarna putih, dipadankan dengan tali pinggang hitam.

Jangan lupa share 10 Tip Fesyen Untuk Lelaki Rendah dengan bf korang
..hehe. Jom shopping, bonus masuk 15hb ni :)


Blog Berwajah Baru 2015 - 1 Wishlist Dah Tertunai



Entri pertama untuk tahun 2015.Selamat Tahun Baru Bloggers. Mungkin dah terlambat, alah lambat 5 hari je kot..hehe

Blog dah berwajah baru. Perubahan boleh tengok dari segi header , tabs, sidebar,  footer, post dan navigation. Maknanya satu wishlist dah termakbul..tinggal lagi 3 untuk wishlist blogging.  Throwback wishlist yang aku buat masa bulan 12 hari sempena tahun baru.

1. Janji akan update blog sekurang-kurangnya 10 entri sebulan.
2. Selalu luangkan masa untuk blogwalking dan komen blog my followers.
3. Penjenamaan semula blog melalui penukaran template blog yang lebih responsive SEO.
4. Bakal beralih dari domain blogspot.com kepada domain com.


DESIGNER BLOG NICK NASHRAM


Keseluruhan blog ni hasil design blogger Sheda Ucu..dari header sampai ke footer. Tema tahun 2015 ni, aku letak warna hitam, putih dan biru. Ramai je blogger designer ni tapi pilih Sheda jugak. Yang tak kenal dengan dia meh baca biodata dia sikit. 

Nama             : Sheda Ucu
Blog               : http://www.shedaucu.com/

Kalau korang nak tahu, Sheda ni full time designer..bukan setakat design blog je, design cover facebook dan lain-lain. Service memang tip top. Benda yang aku nak dalam blog tu semua dia  masukkan. Untuk memudahkan kerja dia nak design blog, digalakkan korang pilih mana-mana blog contoh sebagai rujukan masa dia nak design blog korang tu. Kalau tak jumpa jugak, korang design dulu atas kertas rupa bentuk design blog yang korang nak, pastu hantar kat dia.

Bila dah siap design, Sheda akan bagitahu korang dulu samada design tu ok ke tak. Selagi pelanggan tak puas hati atau ada nak tambah mana-mana bahagian, dia cuba buat lagi sampai pelanggan dia betul-betul puas hati. Amacam? Kalau berminat, boleh pm dia kat facebook atas tu.

PRESTASI BLOG


Trafik blog bermula dengan baik awal tahun 2015. Jumlah pageview makin bertambah. Earning nuffnang boleh la naik sikit-sikit. Pagerank masih lagi PR3. Cuma ranking alexa masih ke laut. Untuk tahun ni fokus untuk SEO dan advertorial. So, perancangan anda pada blog untuk 2015?


Top