Hebat, Polis Bantu Wanita Melahirkan Bayi Didalam Kereta Peronda.

- 19.00
advertise here


Sebuah peristiwa luar biasa terjadi di Jingdezhen, Hangzhou, China. Seorang polis trafik dari Jiangxi bernama Xu Chunpeng membantu  seorang wanita yang hendak bersalin di tepi hihgway.Dikutip dari  Shanghaiist, Isnin 4 Mei 2015, kejadian tersebut bermula ketika wanita hamil yang tidak disebutkan identitinya itu menghubungi pihak polis bahawa kereta yang dikemudikannya rosak di lebuhraya. Padahal, ketika itu ia hendak ke hospital  untukbersalin

Beberapa polis trafik menuju ke lokasi. Terdapat tiga polis yang ke sana, yakni Xu Chunpeng, Xiao Jiaofeng dan Zhan Guozhen. Setibanya di lokasi, mereka melihat wanita hamil itu sedang mengerang kesakitan dan terlentang di sisi jalan .




Tanpa berfikir, ketiga-tiga mereka kemudiannya membawa wanita yang hamil ke hospital. Xu Chunpeng kemudian meminta salah seorang kawannya untuk memandu kereta ke Hospital Rakyat di Jingdezhen.

Namun, dalam perjalanan wanita hamil itu mengaku tidak boleh melambatkan lagi proses persalinannya. Hingga akhirnya Xu Chunpeng memainkan peranan sebagai bidan dan membantu kelahiran anak wanita itu di dalam kereta peronda.




Kira-kira pada 11:26 waktu tempatan, wanita itu akhirnya melahirkan bayi dengan bantuan Xu.


Berita kebaikan Xu kemudiannya tersebar di seluruh negara. Kes ini berlaku selepas media tempatan memberitakan profil Xu yang dianggap bijak. Tidak menghairankan, kemudian Xu diberi pujian daripada penduduk di China.

"Saya sangat terharu dengan tindakan beliau ( Xu),"
komen seorang netizen .

"Beliau adalah pegawai trafik yang terbaik di China. Tetapi wanita hamil tidak boleh keluar ketika beliau hendak melahirkan. Nasib baik, dia dan bayinya selamat," komen netizen lain.

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search