Selasa, 30 September 2014

Susuk Tubuh Hantu Di Rakam CCTV Polis Kes Pembunuhan


Kejadian aneh dan menakutkan dilaporkan terakam dalam sebuah kamera cctv Polis. Peristiwa aneh itu adalah terakamnya Susuk tubuh makhluk ghaib oleh kamera pengintai tersebut.

Kejadian ini pertama kali disedari oleh Polis bernama Karl Romero. Lelaki ini bekerja di pejabat polis wilayah Espanola, New Mexico.

Pada mulanya Romero menyangka, apa yang terakam di cctv itu adalah seekor serangga. Namun, sesaat kemudian dia baru sedar bahawa susuk tubuh itu lebih menyerupai makhluk halus.

kelihatan susuk tubuh tersebut sedang menyeberangi sebuah jalan. Romero pun mengambil kesimpulan roh yang tertangkap kamera ini adalah roh dari seorang warga tempatan yang mati akibat dibunuh.

"Saya percaya itu merupakan susuk tubuh hantu," jelas Romero seperti dipetik dari Mirror, Isnin (29/9/2014).

"Saya belum boleh memastikan tapi saya tahu ada sebuah kes pembunuhan yang belum diselesaikan," lanjutnya.

Kenyataan Romero memang tidak boleh diterima akal sihat. Namun, lebih mengejutkannya lagi pengalaman ghaib tersebut juga dirasakan sejumlah orang yang bekerja atau tinggal di kawasan di mana hantu tersebut terakam CCTV.


          

Kisah Bergambar Gadis Pel@cur Berusia 16 Tahun


Cerita bergambar ini mengenai seorang gadis kecil yg cantik bernama Ah-V . Ah V umur 16 tahun dengan pakwenya Xiaowu (berumur 28, dipenjarakan dua kali total 5 tahun, pengangguran )


Zhao Tielin adalah seorang jurugambar dokumentari. Dia mengambil foto-foto pelacur desa Cina. Untuk membangun kepercayaan dengan para pelacur, Zhao menjadi teman mereka. Zhao sangat miskin pada waktu itu seperti pelacur, sehingga mereka percaya padanya secara perlahan-lahan.


Setelah lama bergelumang melayan nafsu lelaki

Ah-V akhirnya hamil tanpa diketahui siapa yg telah hamilkan dia.Ini kerana dia masih baru dalam bidang ini dan selalu mengalah dengan pelanggan yang enggan memakai kondom

 Ah-V memilih jalan gugurkan kandungan

Dia sudah hamil empat bulan dan dia tidak ada duit untuk gugurkan kandungan.Doktor kata dia janin dah besar sangat.

Kerana Ah-v tidak ada duit membayar bilik ,mereka meletakkan dia di lorong belakang dengan tabung digantung pada pagar seperti tali pengikat anjing

Ah-V berkali2 disuntik semasa pembedahani, dia menghabiskan semua duit simpanan Ketika dia meninggalkan klinik merasa sedih dan lemah, gadis-gadis lain semua tertawa di belakang punggungnya dan menyebutnya "gadis bodoh"

kadang-kadang ada jer pelanggan yang membayar dengan duit palsu.Ah-V yang berasal dari kampung tak pernah bersekolah senang-senang je ditipu lelaki kurang ajar

Kalau bisnes baik..Ah V suka bersiar-siar seperti remaja lain
 sering pakwenya meminta duit dari Ah-V " mana duit !!" Teman lelaki yang tak pernah bekerja membuatkan dia menanggung makan dan minumnya.
 Ketika Xiaowu ucapkan Ah-V: ". Aku mencintaimu, aku akan menikahimu" cuma rayuan palsu, tapi Ah-V merasa bahagia dan selamat tika mendengar kata-kata ini.

 sedang proses tawar menawar
Ah-V meminta pelacur lain Ah-Lan untuk memeriksanya kerana dia khawatir telah terkena penyakit kelamin
 Kadang-kadang Teman lelakinya terpaksa mengusir "pelanggan" yg tidak bayar berpatutan
 Ah-V gembira jika bertemu pelanggan yg hensem

jika ia mendapat 13 pelanggan dalam sehari dia boleh mendapat duit lebih.tapi terkadang ia jadi sangat lemah bahkan tdk sanggup bangun dari tempat tidur setelah melayanipelanggan seramai itu

 Sering pakwenya pukul Ah-V kalau kurang pelanggan
 hari itu dia tdk mendapatkan pelanggan dia pun menangis, Ah V hanya lah seorang gadis kecil yang terpaksa menjadi dewasa terlalu cepat.


Bersalahkah dia? Menjadi mangsa kerakusan dunia....


Wanita Cantik Berusia 60 Tahun Kahwini Lelaki Berusia 28 Tahun

Foto Liu Xiaoqing, Wanita yang cukup Cantik berusia 60 Tahun ini berkahwin dengan Lelaki Tampan Berusia 28 Tahun

Liu Xiaoqing, bergambar dengan suaminya Yi Gang Bukan hanya itu, berkat kecantikannya, Liu Xiaoqing juga sudah beberapa kali memenangi gelaran Miss Kecantikan untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bahkan baru-baru ini beliau memainkan peranan dalam sebuah filem dimana  Liu berperanan menjadi gadis berusia 19 tahun.





Senin, 29 September 2014

Fenomena Aneh Remaja China Berdating Dengan Sayur Kubis

Fenomena aneh yang sedang berlaku di China, di mana sekumpulan remaja memilih berdating dengan kubis, bahkan lebih gila lagi mereka membawa kubis untuk berjalan-jalan di tempat awam bahkan di sebuah festival tanpa ada rasa malu.

Karenah para remaja tersebut kini telah berlaku di beberapa bandar-bandar besar di China, para pakar psikiatri China mengatakan ianya cukup membimbangkan dengan sikap aneh para remaja tersebut.

Dipetik dari orange.co.uk. "Itu adalah cara mereka untuk bercakap dan berkongsi sesuatu. Dan cara aneh ini sudah terjadi di beberapa bandar besar di China, "jelas Psikiatri dari Universiti Beijing Wen Chao.




Gambar Petugas Bandaraya Di Kejar Dengan Pisau Potong Daging


Seorang pemilik kedai berlari sambil memegang pisau dapur mengejar seorang petugas dari Chengguan (petugas bandaraya) dengan pisau dapur di jalan Foshan, wilayah Guangdong pada 23 September, 2014.

Peniaga itu sebagai pemilik kedai, enggan untuk membuang tanda-tanda iklan dan menggunakan kekerasan, kata laporan.

Polis tempatan terpaksa melepaskan tembakan amaran dan menghentikannya. Lelaki itu kemudian dibawa ke pejabat polis.

Tiada yang tercedera dilaporkan selepas peniaga itu diberi tembakan amaran



Bandar Yang Dipenuhi Wanita Tanpa Lelaki Ini Sedang Perlu Suami

Sebuah bandar kecil di Brazil yang keseluruhnya terdiri dari perempuan muda 'cantik' telah membuat kenyataan untuk para lelaki-lelaki tunggal (single) datang memilih salah satu dari mereka sebagai teman wanita atau isteri di bandar yang penuh peraturan yang dikuasi oleh para wanita.

Bandar Noiva do Cordeiro, di tenggara Brazil, mempunyai populasi 600 orang yang sepenuhnya perempuan yang bekerja sebagai petani, lelaki yang telah berusia 18 tahun keatas diarahkan angkat kaki dari bandar itu dan beberapa orang suami sahaja hanya dibenarkan pulang ke bandar itu pada hujung minggu.

Dan sementara itu mungkin terdengar sempurna untuk beberapa orang, para remaja perempuan di bandar itu semakin kecewa dengan ketiadaan lelaki - dan telah merayu untuk para lelaki bujang yang memenuhi syarat untuk melangkah ke depan.

"Aku belum mencium seorang lelaki untuk masa yang lama," Nelma Fernandes, 23, penjelasan kepada laman Mirror.

"Kita semua bermimpi jatuh cinta dan berkahwin. Tapi kami suka tinggal di sini dan tidak mahu  meninggalkan bandar ini untuk mencari suami."
Bandar ini mula di buka pada tahun1890-an, dan ketika seorang perempuan muda bernama Maria Senhorinha de Lima dan keluarganya dipulaukan oleh gereja Katolik tempatan kerana dituduh berbuat zina.

Perlahan-lahan, semakin banyak perempuan tunggal dan para ibu bergabung dengan komuniti itu. Pada 1940, seorang pendeta Anisio Pereira memperistri seorang perempuan muda berusia 16 tahun dan mendirikan gereja di komuniti itu.

Namun, pendeta Anisio kemudian menerapkan aturan ketat, iaitu melarang penduduk minum minuman keras, mendengar muzik, memotong rambut, atau menggunakan alat perancang keluarga.

Ketika pendeta Anisio meninggal dunia pada 1995, para wanita ini memutuskan untuk tidak lagi membiarkan lelaki menentukan kehidupan mereka. Salah satu perkara pertama yang mereka lakukan adalah membubarkan organisasi keagamaan yang dianggap berat sebelah.

Kini, para wanita yang berkuasa di bandar kecil itu. Mereka mengerjakan semua hal sendiri, mulai dari bertani, merancang pembangunan bandar, hinggalah ritual keagamaan.

Minggu, 28 September 2014

Tak Berkenan Ke Dengan Model Terbaru Proton Iriz 2014?

 Sumber gambar : Paultan.org

Proton Iriz yang juga dikenali sebagai Proton Compact Car (PCC) adalah model terbaru keluaran Proton. Model Proton Iriz ini bakal menggantikan Proton Sawwy. Sekali tengok memang nampak sporty kereta ni..sesuai untuk golongan muda. Kalau ada duit lebih, boleh dah korang start usha kat Proton.

Spesifikasi Model Terbaru Proton Iriz 2014


Model terbaru Proton Iriz menggunakan teknologi terbaru iaitu VVT, menggantikan  Campro. Dengan dua pilihan enjin, 1.3 dan 1.6 liter, ianya mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork 148Nm, selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 km/j. Proton Iriz juga  dipadankan dengan transmisi manual dan automatik, serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

Harga Model Terbaru Proton Iriz 2014

Untuk model terbaru Proton Iriz 2014 ini, harga yang ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, transmisi manual dan automatik.


GAMBAR MODEL TERBARU PROTON IRIZ & PROTON IRIZ ACTIVE 2014



 So, macam mana? berkenan tak..hehe

Nanning Gym Pusat Latihan Terkejam Di China

Ini mungkin menjadi salah satu sebab mengapa China kerap memenangi pingat di Sukan Olimpik. Tidak hanya satu disiplin yang diterapkan, tapi juga kekerasan latihan. Inilah yang berlaku di dalam Nanning Gymnasium di China.

Pelajar yang sebahagian besar berusia lima tahun perlu menjalankan rutin latihan seperti seorang atlet profesional. Mereka benar-benar dilatih menjadi seorang ahli di bidangnya.

Ukiran wajah menahan sakit terlihat jelas saat menjalankan latihan. Bahkan ada juga beberapa kanak-kanak yang menjerit dan menangis. Untuk menjadi sorang atlet Gimnastik yang handal, kaki mereka harus diinjak oleh jurulatihnya. Tujuannya adalah agar kaki mereka menjadi lurus dan lentur.

Beberapa foto latihan yang dimuat naik di Internet menunjukkan betapa ektremnya latihan di gym tersebut. Di mata negara Barat, hal ini memberi wawasan pada mereka untuk mengetahui mengapa para atlet China di London 2012 kelihatan licik dalam berenang, menyelam dan Gimnastik dalam menuju kemenangan.

Nanning Gymnasium adalah salah satu tempat latihan atlet yang sangat berdisiplin dan paling kejam yang ada di negara China. Namun, banyak orang tua yang tetap menyekolahkan anaknya demi menjadi seorang juara, seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail.











Top