Sabtu, 23 November 2013

4 Perkara Yang Wajib Ada Di Blog Anda - Part 2


FOLLOWER BUTTON
Ada sesetengah blogger bila kita nak follow balik tak ada widget follower. Kepada blogger baru yang masih terlupa nak pasang benda ni, cepat-cepat la pasang benda ni. Bayangkan korang suruh aku telefon tapi tak bagi nombor? Benda ni wajib pasang ye kalau nak orang join blog kita. Korang boleh pilih sama ada nak pasang "Google Friend Connect" atau pun "Google Plus".

BLOG ARCHIVE
Tempat ini adalah simpanan entri korang yang lama daripada tahun mula-mula korang berblogging sampai la sekarang. Dan kebanyakan blogger suka selongkar blog archive ni lebih-lebih lagi kalau entri korang menarik.

LINKWITHIN
Kalau malas nak ping entri, pasang je linkwithin/related post. Sebab benda ni boleh menaikkan pageviews dan trafik blog korang. Nak tahu linkwithin tu macam mana, cuba tengok bawah entri ini, ada 4 post linkwithin. Cara nak pasang linkwithin boleh tengok kat SINI.

SOCIAL NETWORK WIDGET
Kena ingat, tak semua yang baca blog kita adalah blogger. Kadang-kadang tu diorang tak boleh nak komen sebab tak ada akaun. So, bila ada widget macam ni, sekurang-kurangnya bila ada perkara yang nak ditanya, bolehlah "keep in touch" dengan Facebook. Manalah tahu tiba-tiba yang bertanya tu boleh jadi kawan rapat..mungkin jugak dia tu bakal jodoh korang..kekeke

So, kalau korang rasa 4 widget ni belum ada lagi dalam blog korang, elok la buat dengan segera. Kalau ada cadangan lain widget mana yang wajib ada dalam blog boleh la tulis di ruangan komen.

Senin, 18 November 2013

Hati-Hati Dengan Tanda Pelik Di Luar Pintu Rumah


Terbaca benda ni kat facebook semalam. Tak tahulah betul ke tak. Cepat-cepat balik rumah tengok ada tak tanda pelik kat luar pintu rumah. Semua clear..kalau ada cuak jugak kan..hehe. Teringat cerita Ali Baba Bujang Lapok, dimana penyamun tu sebelum diorang nak mencuri pergi usha dulu rumah pastu tanda pangkah. Rasanya pencuri zaman sekarang ni mesti diorang ciplak idea daripada cerita ni. So, balik rumah nanti korang check la ye pintu rumah tu. Selamat bercuti :)

Sabtu, 16 November 2013

Dah Tercapai Ke Wishlist 2013 Korang?

Alhamdulillah, 3/6 daripada Wishlist Untuk Tahun 2013 dah tercapai separuh. Yang tak tercapai lagi terpaksa bawak ke tahun 2014 la nampaknya. So, yang dah potong tu maknanya yang dah dapat la..hehe



1. Kamera DSLR Nikon
2. Peti sejuk Toshiba

3. Tv Plasma Panasonic
4. Sony Xperia Z1
5. Kereta Toyota Vios
6. Calon isteri


Semalam baru pegi usha Sony Xperia Z1. Harga memang lebih kurang dalam RM 2399..tersedak kejap. Yang buat aku minat sebab kamera 20.7-megapixel. Pendek cerita smartphone no 1 buat masa ni.
1. Sony Xperia Z1
2. Htc One
3. Samsung Galaxy Note 3
4. Nokia Lumia 1020
5. Iphone 5s


Nak dapatkan gadjet mudah je. Ada duit, pergi kedai terus dapat. Nak cari calon isteri lain pulak cerita. Balik bercuti kat kampung, soalan pertama yang akan ditanya "Kereta dah ada..penumpang kat sebelah bila nak cari"..senyum tak perlu kata apa-apa :)
  

Selasa, 12 November 2013

5 Sebab Kenapa Lelaki & Perempuan Tak Kahwin


Terbaca dalam majalah Wanita, antara faktor utama lelaki dan perempuan yang berumur 25 tahun ke atas dan masih tidak berkahwin.

1. Masalah kewangan.
2.Tidak berjumpa calon sesuai.
3. Kemajuan kerjaya.
4. Selesa hidup membujang.
5. Komitmen terhadap keluarga.


Kalau korang tengok faktor tidak berjumpa calon yang sesuai, peratusnya lebih kepada perempuan. Tak berjumpa ke memilih? hehe..sila jawab.

Senin, 11 November 2013

Seringgit Je Ada Dalam Dompet


Sudah berapa kali dompet hitam itu dibuka..dengan harapan manalah tahu terselit duit kertas yang lain. Hampa..cuma tinggal seringgit sahaja dalam dompetnya itu. Tabung duit syiling botol air mineral dah dikorek..buat belanja pada minggu lepas. Dengan duit seringgit itu di dalam tangan, makanan apalah yang boleh dibelinya. Untuk mengalas perut, dia terpaksa membeli mee segera dan baki selebihnya itu disimpan.

Nak pinjam dengan kawan, segan pulak rasanya. Terpaksa dia gagahkan hati menefon emaknya untuk meminjam RM 100 sebagai bekal untuk menyara hidup pada minggu tersebut. Hampir menitis air matanya mengenang nasib belajar di perantauan. Siapa dia? Aku la tu..hehe. Teringat masa susah belajar kat universiti dulu. Even dapat biasiswa KPM, still tak cukup. Mujur ada biasiswa mak ayah. Alhamdulillah, sekarang dah kerja gaji beribu-ribu masa nak balas jasa diorang pulak.

Senin, 04 November 2013

Lelaki & Perempuan : Siapa Yang Perlu Propose Dulu?


Lelaki yang propose dulu memang dah biasa. Baru la gentleman..tapi tak semua gentleman. Lelaki pun macam perempuan jugak. Kadang-kadang malu lebih..malu tapi mahu..hehe


Perempuan yang propose dulu memang rare dan tak ramai buat. Cuma bila perempuan yang nak start dulu tu..kena hati kental macam rambo la. Takut kena reject? Kena reject tu benda biasa..aku pun pernah dapat anugerah ni 2 3 kali. 

P/S : Kalau dah suka sama suka, kena perlu tunggu satu pihak propose dulu?

Jumat, 01 November 2013

Jatuh Standard Dating Naik Motor


“Pernah kawan lelaki satu sekolah ajak dating, setiap kali dia ajak, saya bagi la alasan sibuk, takut mak marah, tak cukup dewasa lagi nak dating. Tapi sebenarnya bukan tak nak, dia hanya ada motor je mana ada standard dating naik motor”...macam cantik je..macam cantik je..(ok, yang ni tambah je..hehehe)

Kadang-kadang orang sibuk mencari pasangan hidup yang sempurna tanpa sedar dan lihat diri sendiri adakah dia cukup sempurna untuk pasangan dia :) 

P/S : Naik motor la bagus..minyak mahal..rm 50 tak penuh lagi tangki minyak kereta..hehe



Top