Senin, 28 Oktober 2013

Aku Cikgu Garang?


Semalam baru balik kursus PBSMR Tingkatan 3 kat SK Ismail. Sekolah ni tak ramai murid..tapi suara cikgu riuh rendah. Garang suara diorang.Teringat balik masa sekolah rendah dulu, tangan aku ni selalu ada tanda birat kena rotan. Sebabnya tak siap kerja rumah BM. Perut selalu senak sebab kena pulas tak siap kerja masa pendidikan seni..padahal seni tak masuk UPSR pun..hehe

Tapi memang respect kat cikgu sekolah rendah. Berapa ramai budak sekolah rendah bermasalah? Jarang kan. Kalau sekolah menengah? Hurmm..tak payah cakap. Aku tak garang tapi tegas :) 



Amacam, ada gaya jadi cikgu seni tak? Berbaloi kena cubit masa sekolah rendah dulu..haha. Kalau budak-budak malas nak belajar, salah satu cara nak tarik diorang macam ni la.


Rabu, 16 Oktober 2013

4 Sebab Kenapa Perempuan Cantik Susah Dapat Jodoh


Hasil daripada interview dengan dua orang perempuan cantik, so ni la hipotesis yang aku buat kenapa perempuan cantik ni susah dapat jodoh. Nak tahu kenapa, baca kat bawah ni.

1. Terlalu Memilih Pasangan
Korang percaya tak dari segi luaran, perempuan cantik memang suka pada lelaki yang hensem. Kalau boleh, nak yang tinggi 7 kaki, badan berketak, muka macam Shah Rukh Khan, hidung mancung..macam-macam lagi la. Maklum la orang cantik, kriteria untuk jadi pasangan dia mesti menepati taste dia jugak. Selepas tu barulah diselidik kerja apa. Kerja tu mestilah setaraf atau lebih tinggi dari perempuan tu. Katanya lagi “kami bukan terlalu memilih, tetapi mencari yang sepadan,secocok, sekufu dan seangkatan dengannya”.

2. Gaji Dan Pangkat Tinggi Dari Lelaki
Dah la cantik, pastu kerja gaji beribu-ribu ringgit pulak sebulan. Lelaki yang kat luar cuak nak masuk line tu. Pada mata lelaki, takkan la perempuan cantik dan bergaji tinggi tu nak pandang lelaki yang kerja biasa ni. Sebab tu la daripada awal, lelaki tak nak ambik risiko pergi usha perempuan cantik..bukan apa, takut bertepuk sebelah tangan je. Kena reject seminggu tak makan nasi beb.

3. Serik Nak Bercinta
Siapa kata perempuan cantik tak pernah putus cinta? Tersilap pilih lelaki buaya, parah la jawabnya. Bila dah putus cinta, mungkin rasa fobia kot bab-bab bercinta ni. Dah tak percaya dan malas nak taruh harapan kat mana-mana individu yang sibuk duk usha dia..takpa la, dia nak forever alone..huhu. Maybe sebab ni pun perempuan cantik lambat dapat jodoh.

4. Tidak Serius
Dah elok-elok couple dengan orang tu, putus sebab ada lelaki lain. Alasan yang di bagi takde jodoh. Macam mana nak ada jodoh kalau tak serius dalam hubungan. Ambik perhatian ye..khas untuk lelaki dan perempuan yang tak istiqamah dalam perhubungan tu.

P/S : By the way, bukan semua perempuan cantik macam ni ye..hehe. Terima kasih kepada 2 orang wanita cantik, Nabilla Affiqqah dan Hana kerana sudi di interview :)


Entri lain yang anda mesti baca :

Minggu, 13 Oktober 2013

Beraya Di Perantauan Kali Yang Kedua


Disebabkan cuti hari raya aku tak diluluskan, terpaksa la beraya di perantauan. Bila dah kena raya kat tempat orang, so terpaksa la sediakan semua kuih raya sendiri. Kuih raya in the making kat atas tu..heheh

Esok dah nak raya..nak ambil kesempatan la nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada pengunjung blog yang sederhana ni. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa. Rajin-rajin la lepak kat blog ni :))  

 P/S : Nak duit raya hijau, beraya kat rumah aku di Johor ye.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Kembar Blogger Nick Nashram


Orang cakap dalam dunia ni kita ada sorang lagi kembar..cuma tak tau dia dari negara mana, bangsa apa dan jenis agama. Ok, ni adalah kembar aku..nama pun hampir sama. Pegi mana-mana mesti orang keliru yang mana satu aku, yang mana satu kembar aku. Yang paling bestnya bila malas nak pergi kuliah, suruh je kembar pergi..lecturer pun seriously tak perasaan masa tanda attendance..hehehe

Kalau keturunan korang ada kembar, kemungkinan nak dapat anak kembar tu konpem ada. Orang tua cakap jangan makan buah pisang kembar, nanti dah kahwin dapat anak kembar..haha. Bestkan kalau ada kembar seiras. By the way, yang dapat pakwe/makwe kembar tu, jangan tertukar pasangan sudah la :)

 P/S : Cerita kat atas tu adalah rekaan semata-mata..aku takde pun kembar  :)

Selasa, 08 Oktober 2013

Duit Dalam E- Penyata Gaji Aku Hilang Kena Hack!


Bayangkan korang duk tunggu gaji masuk, sedar tak sedar rupanya gaji korang tu dah kena godam dengan hacker. Cuak tak kalau kena macam tu? Sekarang ni dah heboh dengan e-Penyata gaji kena godam. Kadang-kadang takut nak check slip gaji online
 
Khas untuk cikgu-cikgu ye, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada sekolah-sekolah untuk memberi senarai nama guru-guru dan kakitangan sekolah bagi tujuan pengemaskinian maklumat pengkalan data Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Kalau dapat surat dari mana-mana email, tu penipu namanya. Macam ni la rupa surat palsu dalam email tu ye.


 
Tapi sistem e-Penyata gaji katanya ciri-ciri keselamatan tu dah di upgrade. Kena update no h/p dan email. So, kalau password korang tu kena reset, automatically notification akan dihantar kat korang samada melalui sms atau email. Macam-macam la orang nak paw duit orang sekarang ni :(


P/S : Tajuk entri tu saje je buat gempak..gaji dah masuk woiii 10hb ni..hehehe


Top