Rabu, 25 September 2013

Blogger Dan Cikgu Berambut Pacak





















Kenapa aku suka buat rambut pacak?
1. Mudah nak urus.
2. Tak perlu ambik masa lama nak sikat.
3. Pengaruh daripada pemain bola sepak.
4. Nak bagi nampak style..tapi tak style pun..hahaha

Cikgu sekolah aku kata rambut macam duri landak..cicak jatuh konpem terus mati..hehe. Aku dah cuba tukar style rambut tapi macam tak masuk la. Ingat hujung tahun nanti nak botak la.Kalau lelaki, berani tak korang nak botakkan kepala? Kalau perempuan, berani tak nak jalan dengan bf korang yang botak? Ok, kelas bersurai :)


Senin, 23 September 2013

Kenaikan Gaji Baru 2013 Kakitangan Awam Pada Bulan Disember?



Sebelum ni, sekitar bulan Julai, semua kakitangan dan penjawat awam dah terima kenaikan gaji tahunan yang baru. Ramai yang tersengih termasuk la aku..hehehe. Tunggu dulu, berita gembira bukan setakat tu je. Ini kerana......

Berdasarkan maklumat yang diterima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014.Sumber.

Mintak-mintak la betul..jangan khabar angin je. Nak jugak belanja kawan-kawan blog ni pekena coconut shake..hehehe :)


Minggu, 22 September 2013

Ayat SMS Yang Boleh Buat Awek Korang Senyum

Agak-agak susah tak nak ambik hati perempuan? Orang kata perempuan ni complicated sikit. Kena usaha kuat nak bagi awek/isteri korang happy. Korang sedar tak benda yang kecik dan simple pun macam SMS sebenarnya dah cukup untuk buat pasangan korang tu rasa dirinya dihargai.

Ni contoh ayat SMS yang boleh buat pasangan korang tersenyum..hehe
 

Bila Awek Korang Tengah Bersedih


Bila perempuan kata dia sedih, time tu la dia perlukan korang untuk dengar dia punya masalah. Yalah, dengan sape lagi nak share masalah tu kalau bukan dengan soulmate dia kan. Tapi ade jugak lelaki yang buat dek je. Bila awek dia sedih layan tak layan je. Tak bolehlah camtu..sedih,suka,pahit,masin..sama-sama la kongsi :)
 
Bila Awek Korang Cerita Kecantikan Perempuan Lain


Kadang-kadang perempuan memang akan puji mana-mana perempuan lain yang dia nampak cantik sebab nak tengok respond dari korang..hahah. Tapi kalau korang respond puji perempuan tu lebih-lebih macam kat atas tu, konpem la jealous..siap tarik muka lagi. Siap sedia la nak kena pujuk seminggu.

Bila Korang Busy Tahap Dewa


Dalam relationship even sibuk camne pun, takkan la tak boleh contact langsung. Ala, satu mesej pun dah kira ok..at least korang tunjukkan effort yang korang tu ingat kat dia. Ni tak, bunyi mesej masuk ingatkan pakwe dia yang hantar, rupanya mesej celcom..hahah. Sape yang dapat pasangan yang camni, memang nasib malang..huhu. Makan hati tiap-tiap hari la awek tu.

Apa kata anda..hehehe :)


Sabtu, 14 September 2013

Jenis-Jenis Blog Yang Ada

Blog Gossip
"Artis baru Malaysia berbikini di Bali", "Gambar Artis Malaysia pakai baju ketat"..antara tajuk-tajuk yang ada dalam blog gossip. Keluar je khabar angin artis berbikini, artis cerai, artis gaduh..ramai je yang taip kat goggle nak baca. Orang kata buat blog gossip ni trafik mencanak, komen ratus-ratus, follower ribu riban. Tak teringin ke?

Blog Info
Selalunya blog macam ni kurang dapat tumpuan dan orang masuk pun sebab nak cari sesuatu. Memang bagus info tu tapi entah la kenapa orang tak minat nak baca blog jenis macam ni..mungkin la sebab cara penulisan yang skema. Sebab tu kadang-kadang bila aku dah dapat info yang aku nak, terus tutup..tak singgah dah pastu..haha

 

Blog Peribadi
Bukan semua orang suka baca kisah peribadi kita..kisah kau dating ke, kisah kau putus cinta ke..mungkin pada sesetengah pembaca ok, tapi mungkin sesetengah lagi menyampah. Tapi peduli apa aku..hahaha. Cuma, untuk blog peribadi nak tarik ramai pembaca, make sure jumlah follower tu at least mencecah 1k. Susah nak menulis untuk puaskan hati semua pihak kan..lainlah kalau kita ni famous giler macam Hanis Zalikha atau Fatin Liyana

Blog Copy Paste
"Amboi, rajin betol copy paste entri orang". Aku tak marah, siap puji lagi ni..haha. Memang ada blogger yang kerja dia duk copy entri orang je. Takde masalah, cuma macam biasa la bagi kredit kepada orang yang tulis tu. 

Agak-agak blogger korang jenis mana satu?

Entri lain yang mesti dibaca :


Kamis, 12 September 2013

To My Other Half - Puisi Ciptaan Dua Blogger


Poem ni actually ciptaan dua blogger..aku dengan blogger hana. Dan idea nak tulis poem ni datang dari dia..kreatif betul cikgu hana..nanti bagi idea lagi..huhu. Semalam dah ada syarikat rakaman telefon kata nak ambil poem ni nak buat lagu..ok, yang ni tipu je..hehehe. Kalau yang dah kahwin tu, camne eh korang dengan pasangan berjumpa?

P/S :  Those who are still single, don't worry because someone special you haven't met is out there for you. Yang dah ada pasangan tu, setia pada yang satu..jangan main kayu 2 3 dan 4..hehe


Minggu, 08 September 2013

Apa Dah Jadi Dengan Blogger Nick Nashram?


1. Jari terkena pisau masa potong ayam..terpaksa kena jahit. Mujur tak terpotong jari tu. Sekarang ni nak menulis pun susah. Tu la, nak jadi tukang masak sangat.
 

2. Kereta pulak terlanggar tiang..tak perasan masa reverse. Bodykit kereta dekat belakang tercalar sikit. Orang kata kalau jiwa tengah kacau jangan bawak kereta.

3. Disebabkan jiwa kacau, berat badan dah naik sikit..nak pergi gym pun dah rasa malas. Kursus tiap-tiap minggu. Lapar sikit masuk dapur masak, terlebih rajin sebab tu la terkena pisau.


4. Sibuk dengan persiapan konvo kat UPSI. Konvo tu 11hb ni..hari rabu. Kalau yang nak bagi hadiah tu, jangan malu, jangan segan eh..hehe

5. Mana-mana yang ada WhatsApp dan WeChat, jangan lupa eh add aku. Sekarang ni dah kembali aktif. ID WeChat : nicknashram...ID WhatsApp : my phone number (ask me through facebook).

Tu je la update untuk minggu ni..tangan sakit. Nak menaip tu tak boleh. Macam mana la nak salam dengan permaisuri nanti :)


Top