Rabu, 31 Juli 2013

Tak Rela Isteri Kena Sentuh Dengan Doktor Lelaki

Keratan daripada Majalah Solusi...
Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran. Walaupun ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce itu berlaku. Malah, ketika di dalam bilik bersalin pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!

Dan ini pulak luahan seorang suami...
.....dengan ini memaklumkan kepada pihak puan bahawasanya saya tidak membenarkan sebarang penglibatan  doktor lelaki dalam proses bersalin isteri saya.


Pandangan aku...
Bersalin dengan mendapatkan rawatan daripada doktor wanita di hospital swasta cajnya agak mahal. Tapi, jika bersalin di hospital kerajaan bayaran tu berpatutan la, cuma kita tak boleh nak pilih doktor. Sebagai suami, konpem tak nak isteri korang masa bersalin tu dirawat oleh doktor lelaki kan. Apa kata korang?

Kamis, 25 Juli 2013

5 Bonus Khas Sempena Ramadhan & 1 Bonus Hari Raya


1 BONUS HARI RAYA

Sekarang dah heboh kakitangan awam dan pesara kerajaan akan terima bonus hari raya pada 31 Julai 2013. Kakitangan awam dapat RM 500 dan pesara kerajaan akan dapat RM 250. Mana-mana yang dapat jangan lupa belanja baju raya satu..hahaha

5 BONUS RAMADHAN

1. Bau mulut orang berpuasa lebih wangi dari kasturi.
2. Malaikat beristiqfar untuk mereka sehingga berbuka.
3. Allah mencantikkan syurgaNya setiap hari.
4. Syaitan kena ikat.
5. Mendapat keampunan pada akhir malam. 

P/S : Agak-agaknya berapa pasang baju raya korang tahun ni? By the way, zakat jangan lupa bayar pulak :) 

Sabtu, 20 Juli 2013

Bro, Macam Mana Nak Tahu Gadis Tu Dah Bertunang?


Macam biasalah bila jadi blogger cinta yang tak bertauliah ni..macam-macam orang akan tanya. Sorang kawan aku ni tanya, macam mana nak tahu kalau seorang perempuan tu dah dilamar atau dah bertunang? Jenis cincin mana yang biasa diorang akan pakai kat jari.

Aku ada 3 teori kat sini.

1. Perempuan yang pakai cincin sebab suka-suka je.

2. Perempuan yang pakai cincin sebab tak nak kena kacau.

3. Perempuan yang pakai cincin sebab memang dah bertunang.

Biasanya yang pakai cincin belah kiri dah bertunang kan? Cuma jenis cincin tu aku tak berapa tahu..mana-mana blogger yang ada tahu pasal ni sila share. Aku pun nak tahu jugak :)


Senin, 15 Juli 2013

Dah Kerja Kena Bagi Duit Raya?


Teringat masa kecik-kecik dulu, orang tak habis solat hari raya dah bersiap sedia nak pergi beraya rumah orang. Yang tak boleh blahnya, dah tau rumah mana yang kalau pergi konpem dapat duit raya banyak..kuih tolak ke tepi. Siap tanya kawan lagi “ Kau pergi rumah tu dapat berapa ringgit?” Selagi tuan rumah tak bagi duit raya, selagi tu tak berganjak..tak malu betul..hahaha

Sekarang dah kerja, tiba giliran kena bagi duit raya kat anak-anak buah pulak. Anak-anak jiran bagi yang kaler biru, anak-anak sedara kena la bagi yang kaler hijau dan merah. Habis duit untuk kahwin ni..hahaha. Tapi tak kisah la kan..setahun sekali je. Mana-mana yang nak duit raya tu, datang la beraya kat rumah :)

P/S : Agak-agak kita yang dah berumur ni ada orang nak bagi duit raya lagi tak? 


Sabtu, 06 Juli 2013

Blogger, Dah Sedia Nak Sambut Ramadhan 2013?

Tarikh tengok anak bulan Ramadhan di Malaysia telah ditetapkan pada 8 Julai 2013. Alhamdulillah, dapat jumpa lagi dengan tetamu istimewa ini. So, rakan blogger sekalian, persiapan korang nak sambut Ramadhan Al Mubarak tahun ni macam mana? 


Kalau korang baca kat atas tu, banyaknya ganjaran yang Allah bagi kat kita..ramai-ramai la berebut buat ibadah sempena bulan puasa ni. Actually, aku ada plan jugak nak buat majlis berbuka puasa antara blogger terutamanya blogger yang tinggal di sekitar Melaka dan Johor. Apapun, nanti aku update.

 
Bila muncul bulan Ramadhan ni, mesti tekak nak mengidam makan macam-macam la..kalah perempuan mengandung..hahaha. Feveret aku masa bulan puasa nasi kerabu la. Selamat berpuasa kepada semua..terawih jangan ponteng :)

Jumat, 05 Juli 2013

Kena Reject Untuk Kali Kedua

Kepada yang selalu singgah kat blog aku, hampir dua minggu jugak takde update dengan entri baru. Kalau korang baca entri sebelum ni dan tajuk entri kat atas pun, tentu korang dah faham kan sebabnya..hahaha..takde jodoh dengan dia nak buat macam mana.

Biasanya kita cari seseorang, nak yang ikut kehendak kita. Cuba korang tanya lelaki..konpem nak yang cantik, putih gebu, comel, kelakar, pandai masak pandai itu dan ini. Kalau perempuan pulak, dah tentu nak yang hensem, kaya, body tough, tinggi, smart dan macam-macam lagi la. Tapi hakikatnya, nak cari teman hidup ni cukup la mereka yang boleh melengkapi antara satu sama lain. Apa yang dia kurang, ditanggung dengan kelebihan kita..macam tu la sebaliknya. 


So, nak ubatkan hati terluka..hahaha, macam ni la rutin hidup aku. 

Workout di gym setiap hari

Keluar lepak sorang-sorang..ni la awek baru aku :)


P/S : Sila bagi tips macam mana nak lupakan seseorang.



Top