Jumat, 30 November 2012

Koleksi Gambar Sayur Yang LUar Biasa Besarnya

 Berikut adalah koleksi sayur-sayuran yang luar biasa besar















Kinkaku (kuil jepun di perbuat dari emas tulen) .wow

 Bangunan ini sebahagiannya disalut dengan emas tulen sebenar.

Dibina pada tahun 1397 sebagai sebuah vila bersara bagi Shogun Ashikaga Yoshimitsu, Kinkaku adalah sebuah bangunan tiga tingkat, disalut sepenuhnya dengan daun emas tulen. Kuil ini dibakar oleh sami pada tahun 1950, tetapi ia telah dibaik pulihkan dan lapisan emas baru sejak dari tahun 1987 adalah lebih tebal daripada yang asal.

Kinkaku adalah salah satu tarikan yang paling indah di Jepun dan ia berfungsi sebagai "shariden", tempat di mana peninggalan Buddha disimpan.



Vokalis Kumpulan Exists Putus Tunang

Vokalis Kumpulan Exists Putus Tunang

 
SUDAH lama tidak mendengar khabar bekas vokalis kumpulan Exists, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim, 33.
Kali terakhir, pelantun lagu Jesnita itu dikhabar sudah bertunang dengan pembantu peribadinya, Asliza Abdullah pada 1 Jun 2012.
Begitupun, terbaharu, Ezad yang sudah keluar daripada kumpulan tersebut sejak tahun 2007 itu dikhabarkan oleh sebuah laman blog hiburan sudah putus tunang.
Punca pertunangan mereka putus didakwa kerana pihak sebelah perempuan tidak bersungguh dalam proses perkahwinan sehinggakan segala urusan dokumen yang berkaitan tidak diuruskan.
Atas sebab itu, Ezad dikhabarkan telah mengambil keputusan membatalkan hasrat berkahwin dengan tunangnya itu.

Seni Kreatif Ukiran Pasir..part2


















Wanita Yang Mampu Sepak Punggung Lelaki.

 apa kata anda,sanggupkah anda sebagai lelaki untuk berlawan dengan mereka ini,tentu anda akan berfikir dua kali sebelum anda bertentang mata dengan mereka...





What Makes Me Confident : Pt. 2 [Behind The Pose]

As Salam semua

Kita sambung lagi satu entry pasal photoshoot hari tu boleh? Tapi kali ni nak cerita pasal disebalik tabir nya pulak. Ecewah, gaya macam buat photoshoot besar-besaran pulak. Takpe, takpe. Kan prinsip aku orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jadi dah termakan budi tu, janganlah tergadai bodi, just make them happy :)

Bercerita pasal photoshoot, masalah orang macam aku *ehem plussize ni ye, yang kecik molek takde masalah rasanya* adalah penampilan dan gaya. Outfit juga biasanya menjadi masalah. Yelah, kadang beli baju ada yang terkecik kat punggug, sekejap kat dada, sekejap kat lengan. Ada je. Memang payah nak dapat yang betul-betul sesuai dengan badan kita. Kalau nak buat pulak, kadang tak berbaloi. Tailor sekarang mahal woi. But I'm very lucky, my outfit for the photoshoot ditaja oleh KZNABIHAH. A well-known boutique for a plussize ladies. Syukur sangat-sangat sebabnya, bukan sekadar dia sponsor baju, dia bagi terus baju tu kat I. Lagilah I syukur terharu sayang ooooiiiii.... Thanks Biha for this Qasriena Dress. Memang flowy, memang cantik.  



Susah jugak aku nak confident untuk pakai this half-peplum style yang sekarang memang tengah trending habis kan. But I used to put some confidence there. Actually, this dress kosong je. Tapi konon-konon nak menyerlahkan gaya pilihan aku dan Akim, Vintage Kontemporari katanya...so aku decide untuk letak  a little finishing. Guna lace as border partition. Aku google sikit, katanya this is a fashion-trick. This border-partition will help you to look more slim. Kononnyalah. Malahan boleh menyorokkan sikit-sikit lemak kebahagian di bahagian perut. Haaa... baru nampak vogue sikit kan. Untuk pemilihan lace, I would like to thanks a lot to my dear Kakak Cantik as well as Cikgu Blogger Hot Daerah Yong Peng, Cik Puan Bunga and her bff, Kak Inn. Sebab mereka bersungguh-sungguh teman aku pergi beli lace, pilihkan warna, bagi idea sampaikan menghantar ke tailor bagai. Thank you thank you! 

                                             
ha. kenal tak? kenal tak? Aku sendiri tak kenal. hahaha!

Next, make-up. Untung sangat dapat MUA yang sorang ni, namanya Kak Bainun dari Maharani Kouture. Seorang yang sangat friendly and tak lokek ilmu. Mukanya nampak garang and serius, lepas kau kenal. Hamek, kau tanya je selok belok dunia make-up, pasti jawapannya tak menghampakan. Lagi best, seorang yang boleh menerima pendapat orang lain. Dia akan cuba selaraskan apa yang customer nak dengan kebolehan dia. Memang superb. Make-up aku on that day, memang tampak cantik. Mula-mula aku tengok cermin, eh ni siapa? Sharifah Aini ke? Eh bukan. Eh, Adibah Noor ke pun bukan. Laaaaa... sekali Erra Fazira. *kehkehkeh.sila lempang sedarkan diri aku. Aku suka bila Kak Bainun kata prinsip dia mudah je. Satu. Dia nak luar dan dalam gambar memang nampak cantik. 




Next, studio. Studio yang kami gunakan ni memang superb. Dak Teropong Studio. Full-facilitate. Segala kemudahan ada. Malahan kalau kau nak tau, KZ Nabihah sendiri dan Minaz Boutique, yang famous tu pun buat photoshoot produk dia kat sini. Yang lagi aku bangga studio ni dimiliki anak Melayu muda. Bagus sungguh. Muda-muda dah ada big bisnes macam ni. Kalau korang berminat, eh jangan malu jangan segan tanya je big boss dia yang baru-baru ni keluar Utusan Malaysia. Tahniah! 

Last but not least, let me introduce you with my super-duper cute beautiful blogger-mates. Insan-insan inilah yang tak jemu-jemu buat aku gelak tak ingat kat studio tu. 


start from my side : Oniey-Kak Ieza-Kak Nadia-Kak Nory-Kak Eida-Kak Mila 

 1. Oniey @  http://letopkeypad.blogspot.com/ --- dia ni tak banyak cakap. Lembut je orangnya. Sekampung dengan Kak Nadia. Cakap slow-slow je ala-ala macam Fasha Sandha cakap tu. Blog dia memang sesuai dengan nama url-nya, memang LETOP! 

2. Kak Ieza @  http://senyumangadisgerimis.blogspot.com/ --- kakak ni ada ala-ala model muslimah. Ecewah! Mula jumpa ingatkan senyap je orangnya, sekali dia naik syeih! Hamek kau. Non-stop talking. Paling banyak ketawa. Dan femes dengan panggilan "Mak". Ada aura ibu mungkin. Amin! 

3. Kak Nadia Farahida @  http://www.nadiafarahida.com/ --- inilah organizer program. Kakak kawasan kiteorang panggil. Alahai, kak Nadia ni pun sama. Cantik dan sangat lemah lembut orangnya. Nampak kegigihan dia dalam kepuasan hati pelanggan. Nak deal dengan dia pun senang. Sama macam yang lain, kepala hu-ha-hu-ha. 

4. Kak Nory @ http://noryzoulkefle.blogspot.com/ --- Comel je kakak ni. Kaki posing jugak ni. Semua gambar dia paling letop. Tak banyak sangat cakap, lebih suka mendengar. Tapi sekali dia borak tudiaaaa, sampai pukul 4 pagi laki dia diajak becerita. Heheheh. 

5. Kak Eida @ http://msieda.blogspot.com/ --- masa datang studio awal-awal, memang dah rasa dah akak ni ringan mulut. Dia tegur aku dulu. Baru kenal sehari, dia punya mesra rasa macam dah doploh tahun kenal. Paling havoc. Ada je idea dia nak menyakat aku dengan Akim. heheheh 

6. Kak Mila @ http://milaahmad.blogspot.com/ --- Orang kampung aku. Yes, Johor. Kalau dah nama orang Johor, haruslah mulut pun kecoh kan. Sama jugak, boleh menggila bercakap tanpa henti. Happy go lucky. Dan yang pasti, selalu bagi confident pada aku! 


So, apa lagi. Jom terjah blog kakak cantik semua ni! Mesti lagi meriah. Sayang mereka sangat-sangat lah! Mereka inilah yang menjerit suruh pose gaya itulah, inilah.  Mereka inilah yang aku pinjam bahu bila rasa letih kat studio tu. *satu hari kot!*. Mereka inilah yang masing-masing mulut tak berenti cakap. Ada je yang nak diborak. Nampak je pemalu masing-masing, tapi kau suruh dorang cakap, sampai 4-5 pagi belum habis cerita. Kehkehkeh. ;) Dan paling penting, semangat mereka inilah buat aku confident untuk beraksi depan camera! 


p/s: Syukur for this friendship! 




Cara Mudah Bercukur Dan Menjimatkan Wang...kreatif




 cara mudah bercukur untuk kelihatan kemas.tapi sanggupkah anda melakukannya sepeti di dalam gambar ini..cara ini amat menjimatkan ,dengan hanya membakar bulu yang tumbuh di bahagian dagu anda(janggut)
dengan cara ini helaiyan janggut anda akan bertahan lebih lama untuk ia tumbuh semula.

tak nak keluarkan duit ,buat cara macam ini,kalau harga lighter mahal guna je dapur gas kat rumah tu....hahhaha
mari kita lihat gambar2 dia bawah ini..







  
 

Top