Selasa, 31 Mei 2011

Mid -Year Give Away by Nisa Menaip. Kerugian Besar kalau korang tak join!!!

Salam semua

Give Away Nisa Kay datang lagi! Fuh kali ni memang meletop tau dengan hadiah-hadiah yang disponsor secara beramai-ramai. Memang meriah dan memang syok kalau dapat rembat tu. Bukan senang tau nak dapat penaja yang cerlasssssssss semuanya! Harap-harap ada rezeki aku kat give away ni. Dah, buang air liur yang meleleh tu, jom kita SERBUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!  Tamat 6 Jun 2011.

Click HERE TO JOIN THIS GIVE AWAY

Blog bukan sekadar berkongsi pendapat dan pandangan kan, blog juga adalah tempat berkongsi kegembiraan dan keenjoyan, maka dengan itu....mari sama-sama kita serbu, follow dan komen di blog sponsor-sponsor kacak dan cantik-cantik ni.... supaya kita dapat kebaikan bersama!!!

Sponsor pertama: SANDRA AZWAN


Sponsor Kedua: DARKBATMAN


Sponsor Ketiga: PINK HEART CRAFT


Sponsor Keempat: AYUNAR
Sponsor Kelima: MAS AHMAD SAFWAN

Sponsor Keenam: YUYU MUSA


Sponsor Ketujuh: MYRA AMIRA

Sponsor Kelapan: CIMINNIY


Tu diaa!!! Berderet sponsor partner. Ni baru Mid Year Give Away. Kalau End of Year macam mana? Double triple list mungkin. Selain tu, ada lagi satu syarat pilihan untuk sertai Give Away ni. Pe dia??? SPREAD THE WORD bebeh!!!!! Tag  beberapa orang blogger (min: 2) untuk sertai & memeriahkan lagi give away ni. Jadi, aku telah memilih dua orang blogger untuk turut serta!

1. Follower ke- 800 saya : Miss Farhana Azwa



2. Germany's Girl : Chybeelila 



Baiklah, semua syarat dah aku buat. Semoga ada lagi rezeki aku sebagaimana give away dan contest-contest yang sebelum ini. Moga usaha aku berhasil dan dapatlah barang satu, dua hadiah-hadiah lumayan tu yer Cik Nisa!


p/s: moga Cik Nisa & En.D.B ada jodoh! Ehhh.... tershasul pulak!

Senin, 30 Mei 2011

Korang Fikir Gambar Lelaki Tiada Siapa Yang Berkenan?

Salam semua

Kita selalu bercakap tentang pengeksploitasian gambar terhadap kaum wanita kan? Tapi tahukah korang bahawa lelaki juga sekarang dieksploitasi dan diancam melalui dunia siber. Jangan korang ingat wahai lelaki-lelaki, gambar anda tiada siapa yang berkenan. Dunia memang sangat kejam. Malam tadi, aku tengah blogwalk, tiba-tiba jumpa beberapa blog kepunyaan LELAKI-LELAKI GAY dan yang sewaktu dengannya. Dia bukan sekadar menulis blog, malahan lebih dasyat dia merupakan pengumpul tegar gambar-gambar lelaki hot, jambu, maskulin, metrosexual, gay dan macam-macam lagi. 

Perlu ke ambil gambar macam ni dan publish di internet? 24-7 punya style! hahaha


Kompemlah kena ratah gambar kau ni bang!
Bila aku perhatikan satu per satu gambar lelaki-lelaki yang dia kumpul tu, aku percaya si empunya gambar tak mengetahuinya. Mungkin diambil daripada Facebook kot. Malahan, ada jugak gambar yang dicuri-curi ambil ketika dalam LRT, shopping complex, dan tempat parking kereta. So, memang terbuktilah tuan punya badan tak tau. Mungkin juga ada sesetengah yang tahu gambar mereka jadi tatapan mata kaum-kaum itu. Wallahualam.  Malahan ada sesuatu yang lebih mengejutkan aku, ada gambar-gambar beberapa artis dan  blogger lelaki HOT dan FAMOUS AMOUS kat dalam blog tu dan jugak yang lebih aku tak percaya ada gambar seorang kawan lelaki aku masih kat High School dulu. Terjojol mata aku tengok! Geleng-geleng kepala aku,  punyalah tak percaya! 

Dalam LRT pun dia sempat snap kan?



Kalaulah bini dia jumpa gambar laki dia dalam blog gay. Apa perasaan?

Antara yang aku rasa gambarnya dieksploitasi. 

Secara jujur, aku tak tau orientasi sebenar lelaki-lelaki yang tersenarai dalam tu. Adakah mereka benar-benar  BENGKOK atau pun dia LURUS tapi si tuan blogger tu yang mengandaikan mereka BENGKOK! Maklumlah, kalau gay ni.... pada mata dia semua lelaki dianggap gay jugak seperti mereka. Sedangkan hakikatnya, orang tu bukan seperti yang mereka pikir. (*aku bercakap atas pengalaman ok! So, aku tau macam mana kehidupan dan pandangan gay! )

Kadang-kadang aku pun pelik dengan lelaki-lelaki straight ni. Kalau korang dah tau korang tu bukan bisexual, gay mahupun adik-adik, tak perlulah korang ambil gambar yang boleh membuatkan orang lain atau kaum-kaum itu melabel korang sama orientasi macam mereka. Ambil gambar yang biasa-biasa sudah. Toksahlah nak tayang, brand apa boxer korang, berapa pack yang korang ada kat abdomen, berapa b**ar korang punyer, tak payah!!! Gambar baring-baring, kangkang-kangkang nampak segala bulu. Nak buat apa? Nak tunjuk sapa? Gambar-gambar sebegitu hanya menarik minat kaum-kaum itu untuk mengeksploitasi gambar korang wahai lelaki-lelaki budiman sekalian.

Awat pose cam ni kalau korang lurus?

Malahan, ada satu blog ni... tanpa segan silu ambil gambar dia buat oral sex dengan pasangan-pasangan dia. Pasangan-pasangan ye readers! Bukan seorang, tapi ramai! Dari pelbagai peringkat umur dan pekerjaan. Sehinggakan ada yang baru usia 14 tahun dah "ditry" oleh tuan blog itu. Sungguh jijik kelakuan mereka! Tak pernah ke terfikir laknat Allah? Hanya tahu, ingin puaskan nafsu sendiri. 

Aku sedar dan aku tau bahawa aku bukanlah baik seperti malaikat. Banyak jugak dosa yang aku lakukan. Tapi, tolonglah janganlah buat benda-benda yang dilaknat tu. Buruk padahnya. Janganlah ikutkan nafsu songsang korang tu. Cubalah lawan godaan syaitan. Dan bagi mereka yang memberikan alasan "KECEWA DENGAN PEREMPUAN", please be more rational, adakah korang fikir lelaki-lelaki yang korang kenal tu cintakan korang setulus hati? Atau semata-mata sebab SEKS? Fikirkanlah. Cinta terlarang tak bawak ke mana.  Ingat mak bapak kat kampung dan yang terakhir ingatlah maut datang pada bila-bila masa je! Entah esok, lusa ataupun sekejap lagi.

Last but not least, as usual... hati-hati dalam publish gambar di internet. Seba kita tak kenal siapa yang disebalik skrin komputer kita tu. 


p/s: perasaan takut semakin menjadi-jadi. Sebabnya, semakin sukar untuk mencari calon suami yang straight  sekarang ni. Dan sekali lagi, ini adalah pandangan peribadi aku. Jangan cepat melenting. Fikirkan secara rasional sebab dan akibatnya. 

p/s: Maaf, aku tak kan bagi LINK BLOG ITU sebab benda tak elok tak perlu disebar-sebarkan.
 *ingat pesanan di Oh! Media tempoh hari. =) 


Minggu, 29 Mei 2011

Salma Juara Mentor 5! AF 9 boleh challenge???

Salam semua



Tahniah Salma kerana menjuarai Mentor 5. Memang superb sangat suara dia. Masa dia nyanyi lagu yang first tu... fulamak... terpegun sangat. Lagu Listen kot tajuknya. Lantang! Memang dipujilah suara dia. Dia bermula dari zero dan sekarang she is the champion! Semoga dengan duit kemenangan tu, dia boleh ubah nasib keluarga dia. Terutama dalam membesarkan anaknya.  Dia tak perlu risau lagi dengan persepsi orang mengenai status diri dia. Semua sudah terbukti, bahawa dia memang berbakat! Tahniah Salma. 

Tak tertinggal jugak, Erra Fazira. Fulaaaaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaak!!! Memang cantek giler lah itu kakak! Baju-baju dia... lagi-lagi masa final tadi. Yang warna kuning tu, mengancam uolls!!! Kalah Tok Pah. Hehehehe. Masa aku pergi Konsert Mentor minggu ke berapa ntah hari tu, Erra memang stunning. Macam Barbie Dolls sangat! Tahniah jugak pada Erra sebab berjaya menjadi Mentor yang baik buat Salma. 




Last but not least, terbukti... MENTOR 5 lebih, lebih, lebih, lebih SUPERB daripada Akademi Fantasia 9! Entah apa-apa jer budak-budak AF menyanyi. Takde feel dan vokal kurang mantap.  Mungkin sebab diorang dah terlalu banyak diberikan populariti daripada pihak Astro! Tapi AF 9 memang menghampakan lah! Dah takde taring lagi AF. Memang patut lah STOP IT!!!


p/s: memang politics is every where.... realiti TV pun tak tertinggal juga. OOOPSSSS!! =)

Sabtu, 28 Mei 2011

Menang Hadiah Dari London! Thank You Cik Chybeelila

Salam semua

What a happy day today! Senyum lebar aku pagi ni. Mana taknya, aku menang contest korang! Tempat pertama pulak tu. Sedangkan aku adalah orang yang terakhir join contest ni. Nasib baik penyertaan diterima!


Alhamdulillah rezeki anak-anak. Eh? bila masa pulak aku beranak? Hehehehe... Back to our topic, contest yang aku menang ni memang bukan calang-calang! Unique and special. Alhamdulillah, entry AKU YANG INI telah berjaya memikat hati Cik Chybee. Dia HAPPY sangat-sangat dengan entry tu.



Untuk contest tu, aku akan mendapat hadiah dari London!!! Tak sia-sia spekong London dalam entry tu. Walaupun tak boleh kalahkan Cik Chybee punya english. Tak mampu i tau! Dan sebagai champion, aku diberi keutamaan untuk pilih hadiah mana aku nak. Lagi bergembira aku!

amek yang Double Decker Bus
dan juga T-shirt cantik ni!!! 
Terima kasih banyak-banyak Cik Chybee sebab pilih aku sebagai pemenang. Persaingan memang sangat sengit. Aku tengok semua peserta hebat-hebat. Komen diorang pun bagus belaka. Sekali lagi, aku harap Cik Chybee dapat gunakan sepenuhnya segala komen membina yang diberikan peserta dan tak memutuskan semangat Cik Chybee untuk terus berkarya dan menghasilkan gambar-gambar terbaik. Boleh buat Koleksi Around The World tau Cik Chybee sebab peluang belajar kat negara orang tu, sangatlah BEST!!! Tahniah pada semua pemenang! Korang boleh usha pemenang lain KAT BELOG CIK CHYBEE. Last but not least, aku terharu dengan email Cik Chybee...

"TOTALLY GET WHAT I MEAN"




p/s: doakan aku MENANG LAGI untuk CONTEST DR.TOTIN pulak! =)

Bloggers Help Me!!!!

Salam semua

Aku dalam proses UPGRADE blog hari ni. Banyak jugak benda yang aku explore. Buat masa ni, aku baru tambah Facebook LIKE box. Tu kat atas sebelah kanan tu. Jemput...jemput...silalah KLIK LIKE ye untuk SHOW YOUR LOVE to me and my blog! =) Thank you berimuch! 

Selain tu, aku jugak baru join HEARTBEAT, seronok usha dekat HEARTBEAT. Macam-macam hadiah ada untuk yang tersayang dan yang paling penting, kita boleh abadikan gambar kita dan yang tersayang pada hadiah tu. Sentimental Value sangat! Cute giler. 

Tapi kan, ada satu masalah melanda diriku lah! Aku tak reti cemana nak allignmentkan widget kat sidebar tu. Contohnya macam ni.



Kalau boleh aku nak advertisement HEARTBEAT tu   sekata in center row macam iklan NUFFNANG. Baru nampak kemas dan barulah orang senang hati baca blog kita. Aku try jugak search pada beberapa blog yang buat tutorial class kan, tapi tak jumpa pulak yang ada tutorial mengenai allignment widget ni. Jadi, boleh tak sapa-sapa yang tau mengenai hal ni bantu aku? Tolong bagi tutorial atau bagi link mana-mana blog yang menyediakan tutorial mengenainya. Please.......... Jasa baik anda, saya dahulukan dengan ucapan terima kasehhhhhhhhhh!!!! (gaya Alleycats)



p/s: Untuk sesiapa yang berminat nak part time job dari rumah, korang boleh KLIK KAT SINI @ WIDGET ATAS SEKALI TU!!!! 

Kamis, 26 Mei 2011

Cerita Hindustan Sekarang Dah Macam Cerita Lucah!!!

Salam semua

Aku bukanlah kaki tv. Aku hanya tengok rancangan-rancangan yang best dan berinformasi je. Cewah! Hehehe, serius wei... susah kalau nak tengok aku melekat dekat depan tv berjam-jam. Macam sekarang ni pun, aku online depan tv. Sebab boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Buat proposal, blogwalk, Fesbuking sambil mata jeling-jeling tv sat! Multi-tasking!

Berbalik pada tajuk, aku dapat idea nak tulis benda ni sebabnya aku tertengok iklan pasal cerita hindustan kat TV2. Setahu aku, industri filem Bollywood sangat mendapat sambutan satu ketika dulu. Masa zaman cerita macam  Kuch-Kuch Hota Hai, Mohabbatein, Dil To Pagal Hai , Kabhi Kushi Kabhi Gham dulu, aku bukan main suka lagi layan cerita hindustan. Lagu best, jalan cerita menarik, pemandangan cantik, scene warna-warni, hero hensem, heroin cun gila babas! Kira complete lah! Aku sanggup je tengok berjam-jam, cerita hindustan punya pasal. Mak aku siap nangis-nangis lagi. Touching giler. 

Tapi la ni, "SEDEH" aku tengok cerita hindustan! Bukan main lagi tayang body. Dah tak pakai dah sari-sari ni. Kalau part lagu tu, heroin dia menari dengan pakaian seksi mak oooooooooooi!!! dah macam penari separuh bogel aku tengok! Padahal jalan cerita tak laa best mana, menayang jer lebih! Dah tu, semua muka heroin mesti ada nilai-nilai seksual yang tinggi. Aku pun tak tau kenapa industri Bollywood berubah sebegitu. Adakah sebab mereka dah kehabisan idea jadi terpaksalah guna "idea kotor" untuk dapatkan sambutan semula? 

Jangan tenung lama-lama! buta sat gi~
Pada pandangan aku, negara kita perlu lebih ketatkan lagi hal penapisan filem dari luar negara ni. Sepatutnya, cerita hindustan perlulah sesuai dengan semua peringkat umur sebab pada kebiasaannya cerita hindustan ditayangkan pada hujung minggu. Kalau dah hujung minggu mestilah satu family ada kan. Mak bapak mungkin tak pelah, tapi macam mana dengan anak-anak kita? Tak sesuai budaya sebegini untuk perkembangan anak-anak.

Aku percaya, industri Bollywood boleh berjaya dengan jalan cerita menarik dan berbentuk kekeluargaan. Budaya India banyak yang menarik, lagi-lagi hal ikatan kekeluargaan, keseniaan dan macam-macam lagi.  Tak perlulah tonjolkan benda macam tu kan? Aku percaya, peminat lagi suka kalau budaya positif yang ditunjukkan. 


Cerita ni pasal kawan-kawan

Family bonding! Box office jugak cerita ni

Love & education story

p/s: Last cerita hindustan aku tengok, tahun lepas. Rab Ne Bana De Jodi. Jalan cerita dan Lagu yang menarik! Try la korang  usha cerita ni. Shah Rukh Khan kot!!! =) 

SRK belajar menari dalam cerita ni. Dia jadi NERDY!!! best! 

Rabu, 25 Mei 2011

Contest : Do You Care Enough? by Chybeelila

Salam semua


Want to join a contest organized by Chybeelila. It just a unique contest because what she want from us is our creative view and opinion to improve her skill in photography! Seriously nice contest! Amboi, spekong pulak aku! Heheheh sebab aku suka tgk Chybeelila tulis blog dalam Bahasa Inggeris. Mantap dan simple! Dah...dah.. tak nak buang masa. Ok, let's begin.

Here is the Requirement to join this contest:

pick one of your favourite and tell me why you choose that specific photo. I need to see your perspective, ideas or even opinion about the photo and maybe how I could make it more interesting in your eyes.


Secara jujurnya, memang susah untuk aku pilih the MOST FOVOURITE photo sebab kebanyakan gambar yang dicapture masing-masing ada kekuatan tersendiri. Kalau boleh aku nak pilih semua gambar tapi kenalah ikut syarat, baru lah valid penyertaan aku ni kan. 


MOST FAVOURITE & INSPIRED PHOTO by Chybeelila
Kenapa aku pilih gambar ini? Ceciter sikit....


Chybeelila manis dan cantik menawan,
Bijak belajar dan juga berkarya,
Negara Turki dari kecil aku idamkan,
Gemilang Islam seantero dunia

Turki hebat lahirkan ilmuwan,
Gagah perkasa si Masjid Biru,
Islam dan iman jadi pegangan,
Walaupun jauh beribu batu.

Bukan mudah di luar negeri,
Banyak dugaan serta cabaran,
Foto ini memang berinspirasi,
Membakar semangatku terbang ke awan. 

Di bumi Turki Khulafa bersatu,
Menegakkan syiar Islam nan satu, 
Foto ini penambah cinta dan rinduku,
Cerminan zaman gemilang Islam dahulu.

Foto cantik bukan kepalang,
Foto ada "SOUL" sangatlah aku suka, 
Dari gambar ini ku lihat Islam gemilang,
Memberi kekuatan, inspirasi berharga. 

Foto ini penuh rahsia,
Jelas terpancar suka dan duka,
Masjid Biru gah kau disana,
Simbol perpaduan, kekuatan Islam tercinta!

Foto ini buat aku jatuh cinta, 
Dengan harapan impian terlaksana,
Semoga Chybeelila terus berjaya,
Memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. 


Kalau boleh, aku nak gambar tu....

Diambil dari sisi yang memperlihatkan keenam-enam menara. Ada kisah dan sejarah tersendiri menara-menara tersebut. Malahan, akan nampak keseimbangan dan kegagahan Masjid Biru yang popular satu dunia ni. Dan kalau boleh, Cik Chybeelila cuba ambil dan fokus objek yang hendak dicapture tu tanpa ada apa-apa halangan. Sebab pokok tu melindungkan hampir separuh objek utama yang terkenal dengan kesenian dan kehalusan seni bina agungnya. Walau apa pun, aku tetap nampak kehebatan Cik Chybeelila berkarya melalui foto! Tahniah dan teruskan usaha!  


Alhamdulillah dah selesai memerah idea. Itulah pandangan dan transisi aku bila aku tengok hasil karya Cik Chybeelila tu. Harap dia boleh terima pandangan dan view yang aku berikan walaupun aku juga bukan profesional. Aku tau prinsip Cik Chybeelila yang akan menghargai setiap opinion yang diberikan kepadanya! Barulah kita boleh berjaya kan!   

Susah sebenarnya nak digambarkan dengan kata-kata mengenai keunikan gambar tu,  sebab aku memang minat dengan sejarah Tamadun Islam. Memang tepatlah, A PICTURE CAN TELL A THOUSAND WORD! Memang ada SOUL sangat dalam gambar tu dari kaca mata aku ni.  Semoga aku ada rezeki dalam contest ni. BTW,  London pun salah satu tempat yang menjadi inspirasi aku jugak...heheheheh... paham-paham sudah! =)


Senin, 23 Mei 2011

Sham Kamikaze Dapat Hidayah! Alhamdulillah

Salam semua

Alhamdulillah.... tu je yang mampu aku ucapkan bila aku tengok video ni. Bagus dengan perubahan positif Sham Kamikaze ni. Bukan mudah untuk seseorang artis yang hebat dan berpengaruh seperti dia untuk ubah cara hidup. Betul dan tepat apa yang dia katakan bahawa "Kalau menegur seseorang dengan penuh hemah, insya-Allah akan berhasil!"  Dia sangat terbuka dan berani mengakui kesalahannya! Itu zaman jahilnya. Sekarang ni dia dah berubah. Dia dapat hidayah melalui Imam Sudais. Sungguh bertuah! Semoga dia istiqamah dan taubatnya diterima Allah. Harapnya lebih ramai artis yang sebegini. Barulah boleh dijadikan contoh. 








Moga kita semua dapat petunjuk dari Allah sebagaimana petunjuk-Mu kepada Rasulullah!

Minggu, 22 Mei 2011

Kerja Part Time Musim Cuti Semester. Sambil Update Blog, Sambil Kerja!

Salam semua



Blogger-blogger hari ni, kebanyakkannya adalah student universiti kan? Korang semua cuti 4 bulan kan? Mesti boring kan? Bila cuti 4 bulan ni, mestilah poket korang kosong kan. Nak tambahkan pendapatan tak? Mudah sangat. Korang hanya perlukan internet dan duduk lah depan laptop. Kerja pemprosesan data pengiklanan ni mudah! Bayaran pulak, memang korang 100% yang akan dapat. Bukan komisyen!  Buat masa ni, memang ni kerja aku. Sambil-sambil update blog, layan FB, aku proses data-data pengiklanan yang ditempah ni. Mudah! Sebabnya aku boleh buat dua kerja dalam satu masa. Jaga ayah aku kat rumah, sambil proses data pengkiklanan. Rasanya, cuti panjang macam ni lah kita berpeluang  nak bantu keluarga ringankan bebanan diorangBoleh bantu tambah pendapatan jugak. Korang jangan risau. Memang mudah, segala latihan dan tutorial akan diberikan. Jom...kita sama-sama tebalkan poket dari rumah sempena cuti 4 bulan ni! 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke SITE AKU NI. Selamat Bekerja!

Sabtu, 21 Mei 2011

Kenapa Saya Suka Baca Blog Totin Jamain?

Salam semua

Memang lama tak masuk sebarang contest yang dianjurkan para blogger. Hari ni hati meronta-ronta suruh join satu contest yang sangat best ni. Salah satu sebab, tuan blog orang kampung aku. Kedua, penganjurnya juga bukan calang-calang... Guess who?



Hadiahnya juga menarik hati...



Jadi, untuk menyertai give away ni, aku kena menjawab beberapa soalan dari tuan blog HOT ni yer.

KENAPA SAYA SUKA BACA BLOG TOTIN JAMAIN


Setia pungguk memuja bulan,
Awan mendung berarak lalu,
Blog Cik Totin dah lama jadi pilihan,
Aku follow dia semenjak dahulu.

Lembut bayu menyentuh pipi,
Pipinya halus umpama ratu,
Mari aku cerita apa BESTnya blog ni,
Meh aku bagitau satu per satu.

T - Talented dalam penggunaan ayat yang simple dan menarik.
O- Organised Well. Bijak membahagi masa untuk blog, study, kerjaya, rakan-rakan dan keluarga
T - Thoughtful. Cik Totin bijak merencana apa yang berlaku di sekelilingnya dengan menarik
I - Inspiring.Bukan senang nak jadi doktor. Membakar semangat untuk jadi orang berjaya!
N- New eyes. Maksudnya, dia melihat sesebuah perkara itu dengan perspektif berbeza.


DARI MANA TAHU TENTANG BLOG TOTIN JEMAIN?


Berbaju renda si dara sunti,
Corak cempaka si bunga cengkih,
Dari blogwalk aku jumpa blog ini,
Bila baca rasa ketagih!

Ke Kota Lama membeli kain,
Sambil membawa sebiji labu,
Blog ini memang lain dari yang lain,
Tak percaya bacalah dulu.

TOTIN JAMAIN ADALAH SEORANG....


Bulan bintang hendak dipanjat,
Tali sudah siap dipintalkan,
Cik Totin cantik dan dia hebat,
Sumber inspirasi dalam kehidupan.

Air penawar di dalam kendi,
Minum bergilir sebiji cawan,
Inilah contoh wanita bestari,
Otaknya bijak dan cantik menawan.


SARANAN?

Kalau dari segi blog, rasanya tak perlu lagi nak disarankan apa-apa. Cukup lengkap dan best. Keep it up Cik Totin. Blog Cik Totin dah cukup asam, garam dan gulanya. Buat saya seronok baca setiap entry. Tak pernah jemu dari dulu lagi. Saranan saya juga merangkap doa, semoga Cik Totin terus maju dan dapat kongsi seberapa banyak ilmu mengenai kesihatan melalui blog. Bakti dan jasa Cik Totin sangat membantu. Good job doc!


Kalau nak join, mudah je : SILA KLIK SINI



Kamis, 19 Mei 2011

Nombor Plate Si Penyimbah Asid: Honda EX 5 WPV 4963 dan MAC 1841. Hati-hati perempuan semua!

Salam semua

Sekarang ni memang kecoh satu Malaysia tentang kes penyimbah asid yang biadap tu kan? Semua perempuan area Lembah Klang dan Selangor jadi takut. Masa aku kat KL sebelum balik cuti semester tu pun aku cuak. Mintak simpang lah segala benda buruk ni. Aku pun tak paham dengan penyimbah asid ni. Apa motif ntah dia nak menyimbah orang sangat. Kalau ye pun kau buruk, janganlah buruk kan orang lain jugak. Geram aku dibuatnya. Orang yang tak bersalah menjadi mangsa. Kalau motif dia adalah untuk balas dendam, pegilah balas dendam kat orang yang sakitkan hati kau tu, bukan orang awam! Takde sivik betul kau ni. Aku rasa, orang tu memang kompem sakit jiwa! Kalau aku dapat kau, aku siat kulit kau lepas tu tuang asid kaw-kaw punya kat isi daging kau tu. Tak cukup dengan tu, aku tabur garam pada kau. Baru kau tau sakit dan pedihnya cemana kan!

Berita terkini yang aku dapat melalui status FB kawan-kawan aku yang mana kesahihannya aku tak berapa pasti, tapi kata orang mana tau maklumat ni dapat membantu. Boleh kita semua hati-hati dan berwaspada. Jadi, maklumat ni mungkin boleh membantu korang untuk berhati-hati.

Ini maklumat beberapa hari lepas dari my BFF, Yaya:

1. Acid splasher ialah 2 org gila bawak motor WPV 4963, be careful, target dia pompuan melayu bertudong . skrg diaorg tgh round seri kembangan & cyberjaya MMU. be very careful.

Ini maklumat pagi tadi dari batch mate, Zong Yan :

2. The acid splasher is aroun Shah Alam. 1 person get splashed around PKNS complex. Plate number MAC 1841 & WPV 4963

Look girls!!! Yang nombor plate WPV 4963 tu, dua kali telah dilihat sebagai penyimbah asid. Maknanya, berkemungkinan itulah orangnya, si penyimbah asid tu kan. Kalau boleh, tolong remind dua-dua nombor plate di atas dan fotofit yang disebarkan pihak polis ni.

ni bukan bias. aku rasa perempuan-perempuan india pun marah dengan perlakuan kau, binatang!

Sebab, buat masa ni polis melaporkan modus operandi si penyimbah asid ni ialah dia suka bertukar-tukar motorsikal. Itu yang menyebabkan pihak polis sukar menangkapnya. Jadi, sekarang ni kita sendiri yang kena protect diri kita dan kawan-kawan kita. Harap maklumat ni dapat membantu. Jika maklumat ni salah atau palsu, aku akan update yer. Aku sangat-sangat mendoakan semua perempuan di Malaysia ni tak kira bangsa apa sekalipun dalam keadaan selamat. Amin!


p/s: Kaum Lelaki pun kalau boleh tolong sama-sama protect perempuan. Kami kaum yang lemah!

Kenapa Aku "Berbulu" Baca Blog Budak Bawah Umur?

Salam semua

Hari ni masih lagi meneruskan kegiatan berjalan-jalan dari blog ke blog. Seperti biasa, macam-macam ragam. Macam-macam gaya manusia. Dunia blog kat Malaysia semakin lama memang semakin best. Tak dinafikan. Blogger ni tak kira usia. Masa aku blogwalk tu, ada yang paling muda usia 12 tahun. Kreatif gile budak-budak zaman sekarang ni. Hebat IT lah senang citer. Kiranya, matlamat pendidikan untuk lahirkan generasi celik IT tercapai. Bagus!

Tapi, as usual lah kan, bila budak zaman sekarang ni dah terlalu advanced, terlalu banyak pendedahan diberikan, lain pulak ceritanya. Blog budak-budak sekolah yang belasan tahun ni aku perhatikan tak sah kalau tak cerita pasal boipren atau girlfren masing-masing! Hikhikhikhik. Kelakar pun ada aku tengok dorang ni. Maklumlah cinta monyet katanya. First time kan, mesti excited. Kalau boleh semua benda nak dibagitau kat orang. Si dia suka makan apa, warna apa, buat apa selalu, mesej panggil apa, sebelum tidur buat apa. Semualah. Pendek kata, dari A sampai Z complete dicerita dalam blog. 

Pada hemat akulah, tak berapa elok sangatlah kalau umur masa muda remaja di alam sekolah ni bercinta serupa itu. Bukan aku jeles ke hape, tak kuasa mak nak.... nak jeles-jeles bagai ni. Cuma kadang-kala bila kita obses pada seseorang ni secara berlebihan kita akan alpa pada matlamat sebenar kita. Takut-takut kita akan lalai dalam belajar. Jauh lagi perjalanan hidup. Banyak lagi yang perlu dilalui. Macam-macam lagi rupa orang yang bakal kita jumpa kat luar sana. 

sumber: google
* kapit baeeeeeek punyerrrrr! 
Lepas tu, yang bagi aku berbulu lagi mata ni... dorang ni kalau bergambar dengan boipren. Hammmmmmbooi! Dah rupa laki bini aku tengok kan. Melekat sini, melekat sana. Pegang sini, pegang sana. Adoi dik...buruklah begitu. Rugi je, awal-awal dah bagi pegang sini sana. Belum tentu awak dapat dia tu dik. Kalau dari umur 14 tahun dah pegang-pegang, nanti dah sah nikah nak pegang apa? Dah jemu dik!!!  

Kat sini, bukanlah bermaksud aku membenarkan budak-budak universiti yang dah lepas umur tu boleh buat sesuka hati mereka.  Sebagai kakak dan abang, kitalah yang sepatutnya jadi contoh pada mereka. Kalau yer pun sedang dilamun cinta, janganlah keterlaluan. Jagalah batas dan adab. Janganlah landaskan cinta dengan nafsu semata-mata. 


Jadi, rasanya sebagai seorang kakak yang pernah melalui zaman yang sedang adik-adik lalui sekarang ni, usahlah asyik sangat bercinta. Cinta monyet ni jangan sangat dipercaya. Biarlah kita siapkan diri kita dengan sesuatu yang boleh dibanggakan dan boleh menjamin masa depan kita dulu. Siapkan diri dengan ilmu secukupnya sebab hanya dengan ilmu sahaja dapat mengubah nasib diri seseorang. Jangan asyik syok bercinta je, buku entah kemana. Rugilah dik kalau kawan-kawan adik semua seronok melalui campus life tapi adik NO LIFE! 

p/s: bukan semua blogger bawah umur begitu. ada juga yang becerita perihal alam persekolahan! =)



Selasa, 17 Mei 2011

Premiere Screening Pirates of The Carribean 4:The Stranger Tides 3D Memang Osem & Ada Surprise Dari Nuffnang Untuk Aku

Salam semua

Maaf...Maaf...Sorry...Sorry... aku tak update untuk 2 hari. Sebab aku tak berapa sihat. Demam selesema. Mana taknya, masa nak pegi dating dengan Abang Jack kena hujan. Tu yang balik Johor terus demam selesema.  Wo...wo...wo... esok 19 Mei kan, esok dah release lah Pirates of The Carribean 4 : The Stranger Tides tu kan?? Korang jangan jeles yer, aku adalah antara orang terawal yang tengok! Eh, apsal plak nak jeles? Tak mau gitu lah, kan aku dah cerita semuanya dalam ENTRY DATING DENGAN ABG JACK ni. Kan tak elok dating berdua, sebab nanti orang ketiga syaitonirajim kan? So, pada hari tu, aku pegi dengan akak aku. Jadi dialah orang ketiga tu. hahahahah.... sebelum tu, pi posing jap kat Centre Court yang juga sedang meraikan POTC!



Abg Jack dating dengan i bawak kapal uolls!

Burok benor ghupernya!

Anak kapal Abg Jack je ni... hahaha

Masa aku dating dengan Abg Jack ni, tak sangka pulak aku, Abg Nuffy buat kejutan! Sumpah terkejut korang! Mana taknya,  ENTRY INI terpilih sebagai 5 entry terbaik untuk contest Dating dengan Abg Jack! Bangga...bangga..... hahaha... sungguh tak sangka. Masa nak redeem ticket kat kaunter tu, dia tanya email pada aku, dan aku perasan email aku di'highlight'kan. Sekali, dorang shout "Congratulation!!!"  laaaaaa dapat BEST ENTRY rupanya! Alhamdulillah. Tapi kan korang, hadiah menang Best Entry ni, aku tak boleh guna lah. Sedih.... sebab....hadiahnya ialah.... tadaaaaaaaaaaaa

3 Botol O.P.I  Nail Laquer yang superb gojes colournya! Cun!!! 
Mahal pulak tu, setiap botol RM 59.00. Dan ini merupakan special edition sempena POTC!

Kalau bagi cash money sedap gak kan?
 Walau apapun sangat bersyukur. Sebab bukan senang nak dapat Best Entry. Maklumlah contestan semua superb-superb! Memang kreatif.

Kalau buat liptips bleh tak? ahahahah =)
Bercerita pasal kisah Abg Jack dalam POTC pulak, dengan senang dan rela hati aku bagi 5 bintang!!! Superb story! Pengembaraan Abg Jack kali ni  adalah untuk mencari Fountain of Youth yang turut dicari oleh kumpulan diraja Britain yang diketuai Kapten Barbosa dan kumpulan diraja Sepanyol. Macam-macam halangan terpaksa dilalui. Kelakar. Lagi-lagi part Kapten Jack Sparrow berbaik dengan Kapten Barbosa, yang satu masa dulu musuh ketatnya. Kelakar giler! Lepas tu, ada scene dengan mermaid yang sangat best. Cun giler kot mermaid tu. Lebih cun dari Maya Karin wa cakap lu.

sekoq mermaid kena tangkap
Untuk POTC ni, merupakan filem 3D pertama yang aku tengok. Kesian tak? Kesian tak? Hahahah. Mula-mula takut, sebab yerlah aku kan Budak Kaca Mata. Cam mana nak letak dua spectacles pada satu batang hidung kan? Tapi, sekali aku cuba, dia punya efek....mak oiiiiiii....IMPRESSSSSSS!!! I LIKE!

Blackbird eh salah Black Beard
Barbosa, musuh turun temurun Jack 
Senorita Angelica! 

So, penutupnya...korang yang cuti 4 bulan tu kan, pegilah tengok Abg Jack aku . Memang terbaeeeeek wa cakap lu! Jangan malu-malu kalau jumpa Abg Jack, dia peramah. hehehehe.... Tak lama lagi Transformer pulak kan? Lagi impresssssssss ni.... 


Top