Remaja Malaysia Murtad dan Peluk Islam Semula. Jangan Main-main!

- 23.00
advertise here
Salam semua

Dalam kekecohan satu dunia bercerita tentang "kematian" Osama bin Laden, (maaf aku terpaksa letak tanda "" pada word kematian tu, sebab aku percaya Osama belum mati!) ada satu  berita yang sangat menggemparkan bagi aku. Sebabnya, berita ni melibatjan remaja kita. Kes Mohd Fariz Ilham , remaja yang juga pelajar Uitm Dungun dikatakan telah murtad dan memeluk semula agama Islam.



Mengucap panjang aku bila dengar berita ni. Jangan dibuat main isu agama ni. Sekejap Islam, sekejap murtad. Suka hati dia je tau. Geram aku sebab dia boleh dikategorikan memain-mainkan agama Islam. Seingat aku masa aku sekolah agama dulu, murtad boleh berlaku melalui beberapa cara iaitu perkataan, perbuatan dan kepercayaan. Jadi, kalau mengikut kes Fariz ni, dia telah mempunyai niat sebab bagitau keluarga dia yang dia nak covert agama dan dia juga dah ada perbuatan sebab selalu menghadiri upacara keagamaan Kristian sejak 3 Disember tahun lepas. Nauzubillah.....

Rasulullah bersabda, ertinya :
Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.
(Hadis riwayat al-Bukhari)


Memang saja aku letak sabda tu sebagai peringatan kepada semua pihak termasuk diri aku sendiri bahawa Islam bukan agama yang boleh dipermainkan. Aku harap kes ni tak berulang lagi. Cukuplah setakat isu Lina Joy yang sampai sekarang masih tak bertaubat tu. Alhamdulillah, Mohd Fariz ni dapat hidayah cepat. Itu tandanya Allah masih sayangkan dia kan? Semoga dia sentiasa dalam lindungan rahmat Allah dan diberi kekuatan iman yang tinggi. Amin. 


Untuk BERITA PENUH KES MOHD FARIZ ILHAM. 


p/s: pesanan untuk diri sendiri jugak.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search