Mengenal Perangai melalui Kedudukan Korang dalam Adik Beradik. Aku Anak Nombor Dua.

- 13.37
advertise here
Salam semua

Dalam sesebuah family, setiap adik beradik kita ada perangai tersendiri. Macam-macam. Lain kepala, lain hal. Hari ni aku dapat satu note yang dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Farid Castro. Dalam note tersebut menceritakan perihal perangai anak nombor dua. Heheheheh.... yes, i am!! Aku anak nombor dua. Dalam famili aku, aku selalu je buat ayat-ayat sentap sebab biasanya anak nombor dua selalu jadi "yang terpinggir" kononnya. Maklumlah, bila sekolah mesti kena pakai bekas kakak/abang. Than bila nak turun lagi pada adik yang seterusnya, dah rosak jadi kena beli baru. So, anak yang nombor tiga akan dapat benda baru. Sangat jeles di situ ye. Bila aku baca balik note yang diberikan pada aku kat facebook ni, aku senyum kerang busuk sorang-sorang. Bukan sebab kelakar tapi sebab ada kebenarannya. Mari, anak nombor dua, kita buat group facebook. Heheheh...





NAK MANJA IBU

sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!


AKU KOMEN: aku rasa aku lebih rapat pada ayah. aku tak tau lah korang yang anak nombor dua yang lain macam mana. Bukan tak rapat dengan mak, tapi kalau dengan mak, susah sikit nak dapat apa-apa. 

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

AKU KOMEN: Ini aku setuju 200%. Malahan, aku rasa beberapa orang kawan aku yang sama-sama anak nombor dua pun cakap benda yang sama. Memang dalam family, aku sangat-sangat degil. Degil bukan bermaksud jahat atau perangai macam Syaitonirajim ye. Degil means, susah sikit nak dengar nasihat orang tua. Kalau anak sulung ni biasanya menurut je apa yang disuruh, tapi anak nombor dua ni dia lebih kurang 'bekeng' jugak lah!

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..


AKU KOMEN: Yang ni, aku tak berapa pasti. Tapi daripada pengalaman aku, aku memang kurang skil memujuk orang ni Merajuk ye lah! Memang nombor satu. Pantang tak dapat sikit, memang akulah yang paling kuat merajuk. Mungkin sebab aku ni kan anak nombor dua, jadi the best way to get attention from mum and dad is 'merajuk'. So, kalau dah kuat merajuk, adalah mustahil aku ada skill pujuk orang ni, Sebab aku akan berharap orang lain pujuk aku masa aku merajuk.



BERCINTA

Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

AKU KOMEN: Fuh.... berasap baca statement ni. Kompem lepas ni, saham anak-anak nombor dua akan naik. Sekali lagi, aku menggunakan pengalaman sendiri. Bahawasanya, memang benarlah  penyataan ini. Anak nombor dua merupakan pasangan yang setia. Dia mungkin cepat boring dalam hal-hal lain contoh cam makan makanan yang sama, beg yang sama, tapi bila masuk part pasangan, dia akan setia. Kesetiaan dia tu, memang kalah lah orang lain. Dia tak kan sia-siakan orang yang dah mencintai dia. Sepatah kata Kirin, my bff yang juga merupakan anak nombor dua (maybe sebab tu kot kiteorang ada chemistry) "Aku bukan senang nak jatuh cinta pada orang. Sekali aku dah suka, aku memang akan stay je dengan dia!" Peh.. jambu tak bff aku cakap camtu. Cair aku kalau jadi gf dia. Hehehe. 


HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih, putihlah. Degil tak boleh toleransi

AKU KOMEN: Anak nombor dua ni sebenarnya mempunyai pegangan prinsip yang lebih kuat berbanding adik-beradi lain. Bukan nak kata diktaktor, tapi dia percaya kalau sesuatu tanggungjawab tu diserah pada dia, dia akan cuba buat yang terbaik. Bab tak boleh toleransi tu, memang diakui kadang-kala tak bagus kan? Yer, aku akui. Kalau aku gaduh dengan adik atau akak aku, aku je nak menang. Biar dorang kalah! Muahahahah! 

HATI

No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka


AKU KOMEN: Betul tu. Dalam ganas dan kasar anak nombor dua ni, masih ada lembutnya. Anak nombor dua ni kalau korang nak tau, sangat mudah tersentuh hatinya. Pantang tengok benda sedih sikit, dia mesti akan bersedih juga. Kira sifat empati dan simpati dalam dirinya kuat lah. Cuma kadang-kadang, daripada pengalaman aku lah kan, anak nombor dua ni agak hipokrit jugak. Sebabnya, bila dia nak menangis atau nak tunjukkan kesedihan, dia akan tahan dan kalau boleh tak nak orang lain nampak. Kira macam jaga air muka lah. Kata jiwa kental, hati batu tak kan nak nangis depan orang. Malu beb! heheheh.. Contohnya, cam tengah tengok cerita melayu atau hindustan kan, part sedih-sedih, aku cuba tahan n cover air mata tu. Tak mau orang tau aku nangis gak. Kaber baeeeeek punyerr!!!


BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

AKU KOMEN: Part ni jugak aku setuju. Bukan nak bodek atau saja bikin saham naik. Tapi, pengalaman mengajar aku bahawasanya aku sangat mudah bergaul dengan orang. Tak kira umur,bangsa dan warna kulit. Even mak aku sendiri yang cakap. Salah satu sebab kenapa dia lepaskan aku untuk bekerja lepas STPM dulu sebab dia percaya aku boleh bawak diri kat tempat orang. Bukan tu je, masa aku jaga ayah aku kat hospital, aku boleh berbual dengan sorang pesakit HIV/AIDS yang sama-sama kena rawat kat situ jugak. Korang boleh bayangkan tak macam mana peramahnya dan friendlynya anak nombor dua. heheheh

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

AKU KOMEN: bagi bahagian ni pulak, pada pandangan aku, bukannya anak nombor dua ni tak boleh kerja dengan orang, boleh. Tapi biarlah bagi arahan kena dengan gayanya. Anak nombor dua kan sebenarnya lembut, jadi bagilah arahan dalam keadaan yang lembut jugak bukannya macam Belanda Mintak Tanah. Kalau guna prinsip tu pada anak nombor dua untuk bagi arahan, you're wrong man!!! Memang tak layanlah arahan kau tu!

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

AKU KOMEN: Mungkin ada yang tahu jugak bahawasanya anak nombor dua merupakan seorang yang cepat marah. Tapi, dia juga merupakan seorang yang cepat kool. Kalau dia marah, hanyalah setakat tu sahaja. Takde maknanya nak diperam dan dipendam. Takdenya nak dibalas-balas. Kalau dia marah, memang dia marah. Tapi for sure tak sampai 5 minit, mesti dia akan okeh balik. Bagi aku, kalau aku marah, aku hanya mara pada orang tu je tak melibatkan orang lain. Jadi, kalau nampak anak nombor dua tengah marah, korang biarkan je. Kejap lagi baiklah tu!


Kesimpulannya, setiap anak ada keistimewaan tersendiri. Dia kurang ini, lebih itu. Begitulah sebaliknya. Tapi aku percaya, takde satu pun dalam dunia ni, mak bapak yang lebihkan sorang-sorang anak. Semua dibagi sama rata dan sama adil. Kan? Jadi, padamkanlah sifat cemburu korang tu ye!!! Renung dan selamat beramal!.



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search