Senin, 27 September 2010

Bila Hidup Tiada Internet dan Beebop


Salam! muah..muah.... 





huhuuuu sangat lega di pagi 27 September ni... Alhamdulillah akhirnya terlepas seksaan batin aku duk kat UM selama 2 hari tanpa internet! Rasa life USELESS giler sebab takde hubungan ngan dunia luar. hahahah.... (alasan lebeh!) 
sepanjang 2 hari tu, aku bertapa je kat bilik.
 belek-belek buku jap. cewah!
baca sehelai dua, maklumlah dah nak exam kan!
than delete-delete file yang tak perlu lagi dalam lappy ni,
pastu, lipat-lipat baju. lap-lap meja. 
than last-last amek bantal n 
ZZZzzzzzzzzzzzZzzZZZZZ
HUH!
SUMPAH!
BORING GILER!!!!!

korang mesti penah rasa time black-out kat umah kan?
haaaa cam tu laaa yang aku rasa! 
tahap keboringan yang cipan punye!

Memula tu, memang laa rasa marah giler sebab apehal plak WIFI UM ni, time-time hari minggu buat hal... ye laa... time hari minggu ni laa student-student nak mentelaah ilmu yang diajar (hakhakhak! ye laatu!) than, dapat taw yang UM buat cam tu sebab nak upgrade connection! Owh... begitu ye! senang hati sikit dengar. ye laa... kiranya cam kebajikan student di ambil kira la.... tak pe laa sabar sikit je... untuk kebaikan student gak kan! 
dan sekarang, 
woooohoooo.... internet laju.... selaju buai laju-laju!
hekhek!

Korang-korang...

aku nak bagitaw satu berita sedih! teramat-amat sedih!!!!

ingat tak pada Abg.BEEBOP?
tak kenal?
aiyaaak!! kompem tak follow blog i ni kan?
eheheh! takpe2. jangan majuk plak!

sapa-sapa yang belum kenal Mr.Beebop,
halakan tetikus anda n klik sini ye


berbalik pada berita sedih kan, tanggal 25 September 2010.
lebeh kurang pukul 9 pagi 
aku n piqa teperanjat dan terkejut 
bila badan kecik molek Beebop dah tak gerak!
kepala dah terkulai, mata tertutup rapat.........



cam ni laa keadaan BEEBOP masa disahkan mati!

piqa a.k.a PAKAR FORENSIK membuat pengesahan kematian


Innalillah!
Beebop dah dijemput Illahi
sedeh-sedeh!
Beebop laa penceria keadaan.
Raku-Raku pun sedeh,sebab masa lepas kiteorang sahkan yang Beebop dah mati kan, kiteorang masukkan balik mayat Beebop dalam bekas dia, 
than Raku-raku datang, tolak-tolak shell Beebop
seolah-olah kejutkan Beebop!
huuuu... lagilah sedih tengok Raku-Raku camtu.

Beebop mati disebabkan penyakit misteri!

WHAT?

korang tak percaya? betul u'olls! 
penyakit tu misteri sebab kitorang semua bukan pakar kura-kura!
so memang tak dapat define la apa dia sakit.
tapi apa yang aku bleh katakan, sebelum Beebop mati tu, 
badan dia tumbuh cam bisul.
2-3 gak la... memang nampak Beebop cam merana kesakitan la.
dia tak makan, lemah. dan dia cam tercungap-cungap bila masuk dalam air.

tapi tak pe la...
mungkin memang jodoh kiteorang ngan BEEBOP 
hanya setakat tu je.
memang happy bela BEEBOP sebab dia menyerikan hidup kiteorang.
dia jadi bahan gurauan! 

BEEBOP, moga engkau tenang di sana
disisi Maha Pencipta.
.Amin.



pssst: 
1. mula terpikir nak bela binatang apa lg pas ni?
2. kalau binatang mati, nak kena buat kenduri arwah gak tak?



Kamis, 23 September 2010

Buat Saya Terbang ke Bulan

anda kenal orang ini???





sapa yang belum kenal, atau tak pasti, atau mungkin... tak taw langsung....
inilah dia penyanyi kelahiran singapore dan fofiler di jepun!

Namenya:


OLIVIA ONG

~dia memang soopaaa doopaa gojes cute~ 












bukan sekadar cantik je taw, 
yang lebih penting
suara dia sangat merdu!
very-very husky voice..........

a simple person with a sexy voice
yerp 
SHE IS!

tak caya dia ada suara yang merdu?
meh.meh.
i show u this.....



and because of this song....
the whole day i'm singing!


Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On a-Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, baby, kiss me

Fill my heart with song
And let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
"In other words, please be true
In other words, I love you "



Selasa, 21 September 2010

Cuba Tahan!

Saya cabar awak semua.... supaya tahan dari....................


MENGUAP










hahahah... boleh??? 
kompem tak boleh. sapa boleh memang tak normal.


iyerlah. sebab kajian dah menunjukkan bahawa MENGUAP 
memang boleh berjangkit.
even, kalau kita tiba-tiba terpikir pasal menguap pun, automatik mulut kita nganga beso-beso! sedangkan kita tak mengantuk!


menurut kajian saintifik, proses ni dinamakan
"mirror-neuron system" yang mana otak akan menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain.




maaf lah... tiba-tiba nak buat entry jahat cam ni. walau apa pun, menguap tu tak semestinya kita mengantuk. tapi biarlah kita jaga adab menguap okeh... sebagaimana yang disarankan Rasulullah....




Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

pssst: even nak buat entry ni pun saya dah bnyak kali menguap!!! hahaha




Peliknya mimpi aku?

Salam semua!


Aduh, susah sangat nak menterjemah apa yang aku rasa ni Sesuatu kepelikan telah berlaku kepada aku!
Malam tadi, sekali lagi aku mimpi sesuatu yang sangat pelik dan menyebabkan banyak persoalan dalam kepala aku. kadang-kadang mimpi ni boleh buat aku takut. rasa cemas dan macam-macam lagi perasaan tak sedap hati.
memang ada yang kata mimpi ni sekadar mainan tidur, tapi dari pengalaman aku mimpi boleh jadi satu kenyataan. mimpi menjadi realiti. sebab tu aku jarang pandang ringan pada mimpi-mimpi aku. aku gak pernah terbaca satu artikel seorang doktor dari Rush University Medical Centre, Chicago USA yang mana beliau cakap mimpi ni merupakan satu RESET BUTTON pada manusia dalam pengaturcaraan semula mood manusia. huisshhh apa ni? aku pun tak paham sebenarnya!


tak kesalah apa definisi mimpi yang sebenarnya, cuma sekarang ni aku nak share ngan korang semua apa yang aku mimpikan malam tadi. secara overall aku leh conclude kan yang aku kerap sangat bermimpi tentang ikan! malam tadi pun aku mimpi ada kaitan dengan ikan.....cuma malam tadi ada kelainan sikit.
Malam tadi, aku bermimpi aku nampak ada banyak kapal layar dekat sebuah lautan yang luas. kapal layar tu semuanya menghala ke kanan dan nampak ombak yang sedang bergelora.....






lepas tu bila laut dah bergelora.... aku nampak ada banyak ikan yang ada kat pasir pantai tu... terlalu banyak dan besar-besar. ada sekor dua yang aku ambil dan aku belek-belek. waktu dalam mimpi tu pun muka aku kehairanan dengan apa yang berlaku. dan seolah-olah ketakutan. 







tapi dalam banyak-banyak ikan tu, ada seekor ikan yang cukup pelik yang mana ikan tu dah mati. ikan tu cukup besar. ikan tu mati dalam keadaan mulutnya terbuka. dan yang peliknya, dalam mulut ikan tu ada ikan lain, dan dalam mulut ikan lagi satu tu, ada ikan lain yang bersaiz kecil. so kira cam ikan besar makan ikan sederhana , ikan sederhana mkan ikan kecil.






than bila aku tersedar dari tidur, aku pun dengan gigihnya mencari apa maksud mimpi berkaitan ikan ni kan. bukanlah kata percaya atau tidak tapi aku terpikir kenapa mesti mimpi yang serupa berulang banyak kali kan? mesti ada sesuatu. than, google punya google.... aku jumpa satu artikel yang ditulis oleh orang indonesia mengenai perihal bermimpi tentang ikan:


Berikut ini adalah tafsir mimpi / arti mimpi / makna mimpi mengenai "Ikan":
Bermimpi mendapatkan ikan mas hitam. Artinya, akan mendapatkan rejeki dalam waktu dekat.
Bermimpi mendapatkan ikan mas merah. Artinya, akan ditimpa kesialan.
Bermimpi menangkap ikan. Artinya, akan memperoleh uang, tetapi cepat habis.
Bermimpi menangkap ikan dari air jernih. Artinya, usaha akan berhasil.
Bermimpi menangkap ikan mas. Artinya, nasib mujur menyertai kita.
Bermimpi melihat ikan mas. Artinya, akan muncul pengantin yang kaya.
Bermimpi makan ikan. Artinya, akan memperoleh uang yang halal.
Bermimpi makan pepes ikan mas. Artinya, akan memperoleh uang yang banyak.
Bermimpi memancing ikan. Artinya, akan mendapatkan rejeki.
Bermimpi melihat seekor ikan, terlebih lagi ikan duyung, sedang terapung di lautan. Artinya, akan sukses dalam perkawinan atau percintaan.
Bermimpi melihat orang menangkap ikan. Artinya, akan memperoleh keseimbangan batin.
Bermimpi melihat ikan paus. Artinya, kita mengkhawatirkan suatu masalah. Bisa juga sahabat dekat kita akan pergi.
Bermimpi melihat ikan besar. Artinya, ada peningkatan keuangan.
Bermimpi melihat ikan kecil. Artinya, hati akan kecewa.
Bermimpi melihat sumur ada ikannya. Artinya, akan mendapatkan kebaikan.
Bermimpi melihat ikan sedang berenang. Artinya, akan mendapatkan rejeki.
Bermimpi melihat ikan bisa terbang. Artinya, pekerjaan mengalami sedikit kemunduran.
Bermimpi melihat ikan yang sudah kering hidup kembali. Artinya, pekerjaan atau usaha yang sebelumnya kurang menghasilkan, kelak akan maju pesat.




terus terang aku katakan yang aku sendiri tak taw nak kategorikan mimpi aku ni termasuk dalam mana. bila aku tengok ramalan mimpi yang ditulis kat atas tu, aku tengok kebanyakannya membawa makna yang baik-baik. dan aku juga berharap seperti tu. janganlah ada benda-benda yang tak baik berlaku kan..... so sapa-sapa yang idea atau yang pernah mengalami mimpi yang seakan-akan sama kongsi sket cite dan maksud mimpi aku tu! hehee... thanks~

Minggu, 19 September 2010

Back To Basic





Salam semua....
19/9: all the  IPT students....   mengeluh sebab tak puas lagi cuti raya! huhuuuu....
even though, this year punya raya aku rasa tak seceria yang lepas-lepas, but i still need more holiday!
sbb rasa terlalu singkat duduk kat umah. tak puas jalan-jalan ngan family n kawan-kawan.....

kena balik seperti semula laaa.....
buat tutorial, baca kes, pg kuliah dan mcm-macam lagi STUDENT'S DUTY~

memang laa rasa malas sebab kata orang dah best dok umah kan... tapi nak buat macam mana? 
lumrah hidup pelajar. selagi belum tutup mata.... STUDY! STUDY! STUDY!

hope, semangat study bertambah dan strive to be a lawyer! dah tak maw dah malas2 cam dulu!
DOAKAN AKU!


^__erk__^ : Gosh ada 2 benda aku lom setelkan! mampus!

Sabtu, 18 September 2010

Kalau Kawan...Kau Tidak Sebegitu

salam semua!
entry ni aku rasa lebih pada luahan rasa




kalaulah aku diberi peluang..... aku nak mulakan satu hidup baru. 
hidup yang penuh dengan kebahagiaan. dengan hanya satu tujuan je....
aku nak kembali fokus pada benda-benda yang aku impikan.


AKU NAK JADI SEORANG PEGUAM YANG BERJAYA!




malas ah nak layan ngan mereka-mereka yang rasa diri mereka betul.
cukup laa dengan kepura-puraan yang ditunjukkan. 






aku bukannya budak yang lemah , yang mana tanpa mereka aku akan mati.
mereka tu semua hanya tahu belagak hebat sebab nak tutup kelemahan diri masing-masing.
bukan aku mahu mengungkit atau apa, tapi...............
aku rasa kamu-kamu semua hanya menggunakan aku untuk kepentingan diri memasing!
sudahlah!
tak pe... aku halalkan apa yang aku berikan. 
ILMU kan?

bila aku pikir balik. aku tak nak jadi insan yang kejam.
sempena raya ni... aku just mohon maaf je laaa pada korang semua 
mungkin aku pun ada salah jugak kan....
dan aku jugak sedia memaafkan korang!
kalau korang nampak ada yang tak betul dalam diri aku, 
apalah salahnya kalau tegur aku secara berhemah 
INSYA-ALLAH aku terima.....
bukan biarkan aku berfikir sendiri mencari kesalahan diri!





Kamis, 09 September 2010

Roomate Baru C207


salam semua. korang penah rasa tak membela binatang? hehehe.... cam ayat budak darjah 6 plak. maksud aku kat sini.... merasa ada BINATANG PELIHARAAN. aku rasa kat dunia ni, ramai orang sebenarnya penyayang. kasih sayang sesama makhluk tuhan.

dari kecik lagi, memang aku minat sangat untuk membela haiwan ni... sebab utama, binatang2 ni comel dan boleh dibuat bermain tatkala boring. lepas tu, biasanya binatang2 peliharaan ni cam paham je kalau tuan dia ada masalah ke, tengah sedeh ke, tengah happy ke..... tu laaa namanya chemistry antara manusia dan haiwan. susah nak diterangkan tapi dapat dirasa. 

last week, before balek kampung cuti raya.... residents of C207 bersepakat nak bela beberapa binatang dalam bilik tu. sebenarnya ni semua gara-gara plan aku yang nak bagi makan ikan kat DTC. tapi sampai la ni tak juga jadik! alasan? takde masa n malas nak jalan kaki g DTC padahal makanan ikan dah beli dari awal puasa lagi.

bila plan2 nak bagi makan ikan kat DTC tu.... tiba2 pika... my roomate yang comel ni pun rupanya sayang binatang gak. jadi bila dah masing-masing suka n sayang binatang, pe lagi. kitaorang pun pilih2 laaa nak bela apa yang sesuai ngan keadaan bilik dan jadual study yang pack ni.

senang cite, kami nak bela binatang yang mudah untuk dibela dan tak makan cost yang tinggi. memula tu kiteorang nak bela hamster ataupun anak kucing. tapi bila pikir2, hamster atau pape je yang sejenis ngan tikus2 ni agak merbahaya sebab leh attract pemangsa dia untuk ke bilik. siapa lagi kalau bukan CIK SNAKE. haissh! cam takut plak. ye laa.. sebab makanan dia ada di bilik kami kan. maw tak dia rasa cam dijemput je.... cancel.....

anak kucing plak tak sesuai sebab cost tinggi kalau nak beli makanan n cage dia. lagi stu, masalah toilet akan berlaku kalau bela anak kucing. lagi banyak masalah kalau nak balek kampung, sapa nak bagi makan?

finally, saya n piqa decide nak bela tortoise... memula tu geli gak sebab ni laa first time aku nak bela binatang bercegkerang ni. punyalah excited nak bela kura-kura kan...sampai termimpi-mimpi~ aku mimpi yang aku kena gigit ngan kura-kura besar. kira cam mak kura-kura kecik yang bakal kiteorang bela tu laa... aku ada dengar orang tua kata kalau kura-kura gigit nak bagi dia lepaskan gigitan kena tunggu guruh berbunyi atau pun    
kita kena ketuk periuk... mak oiiii seram giler + cemas aku dalam mimpi tu....

tapi still meneruskan niat untuk bela binatang kecik lagi comel tu.....(nasib baik budak comel nama piqa ni ada pengalaman bela kura-kura)


nak tengok tak kura-kura kami?




















comel tak? comel tak??? aku n roomates slalu jee buat lumba2 dua menatang ni. laju woooo dia lari....




















kat bilik aku gak ada sekor ikan laga... cun giler taww! we call it MR.DEMON. nape dipanggil Mr.Demon pun aku tak taw... si Anne minat sangat nama tu.... comel kan colour dia. Insya-Allah lepas raya nak beli lagi sekor.... so bleh laa lagakan, myb nak letak nama MR.ANGEL....bru kena kan?




kat bawah ni... rumah our pets.....


pada aku, bela haiwan peliharaan ni memang boleh bantu release tension sebab leh main2 ngan dia n binatang ni pun suka buat aksi-aksi cute n pelik2. contohnya si Raku-Raku ni.... kalau tidur suka panjat pokok n tidur atas pokok. memang GIGIH laaa Raku2 nak bawak shell kan???





lagipun kalau bela haiwan ni....dengan ikhlas... Insya-Allah dapat pahala.....sebagaimana yang disarankan dalam Islam. Untuk bacaan lagi.... bleh baca ni......Pahala Bela Haiwan



so, sekarang ni, bilik C207 memang seronok laaa sebab ada haiwan-haiwan yang comel lagi aktif yang boleh dibuat kawan.... 



* tiba-tiba cam nak bela anak harimau plak,sebab comel~rasa-rasa KUAZ izinkan tak?

SALAM SYAWAL







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sekotak mancis Secawan madu

Selaut kasih Seluas rindu

Salam Manis Penuh Syahdu

Salam Aidilfitri JUST FOR YOU!

Minggu, 05 September 2010

Aku Bukan Saya



salam semua... ni entry waktu subuh ni. sebenarnya dah lama dah terpikir benda ni. tapi tak taw nak publish bile. maklumlah kadang-kadang kita memang ada pilihan. tak semestinya pilihan pertama tu tepat. mungkin yang kedua yang sesuai.... apa yang saya merepek ni? 


hehehe... actually its not a big problem laaa.....
just want to change my call name in this blog.


selama ni, saya asyik gunakan Kata Ganti Diri " saya " kan untuk setiap entry... tapi recently, saya rasa cam nak gunakan "AKU".... sebab? entahlah... takde sebab yang betul-betul konkrit. cuma saya rasa, saya dah mula dekat dengan blog ni. dan rasanya penggunaan AKU tu lebih mesra dan bukan menunjukkan kebiadapan. 


so, rasanya.... better start here... Aku rasa lebih mudah untuk bermonolog dengan 'AKU'.


thanks..... 

Top