Rabu, 25 Agustus 2010

Thanks Datuk Seri.....



salam!
ni kisah di bulan Ramadhan
Alhamdulillah dapat rezeki untuk berbuka puasa di hotel The Pan Pacific, KLIA.
saya pegi untuk 2 hari berturut-turut~kat tempat yang sama.
dashat tak?dashat tak?

hahahaha.
for the 1st event, saya pergi sebagai "MAHASISWA PASIR GUDANG" celup... heheheh
yang mana Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merupakan Wakil Rakyat untuk kawasan tersebut.
untuk event ni, saya pegi ngan room mate saya CIK N HANANI.
event ni under PEMASHOR UM. dan kami sebagai officially members....sama2 laa join. saja nak memeriahkan keadaan dan nak tengok majlis orang!
seronok! sangat seronok!
(finally i realized that JOHOREAN are super-duper HOT~)

ni boleh dikatakan gathering/reunion pelajar-pelajar JOHOR yang belajar di IPTA sekitar Lembah Klang.
antaranya UPM.UKM.UiTM.UTM Campus KL.UPSI. UIA.USIM. dll


dont want to talk more la...lets my photo tell u da story morry


look-look.... saya pg untuk kedua-dua hari okeh



ni laa budak PG yang real. ms.N Hanani.
i'm Fake!


.:Sumpah:.
da choc cake is reeeeaaaallllyyyy funTASTEic~

the gift from Him

PEMASHOR UM




"weewweeeet~"



for the next day.... saya g majlis tu sama-sama dengan MPP UM.
thanks a lot to HASLIENDA (exco publisiti UM) coz invite us to join this program.

walaupun tempat yang sama, tapi for sure laa kan pengalaman yang berbeza.
walaupun penat sebab malam sebelumnya sibuk dengan FIRE DRILL sampai 4am tp ttp pg sebab sian kat LIN takde kawan.

bila dah THE GIRLS pg...ape lagi?
sure la kan that event havoc! kecoh ngan kiteorang jer....
sana-sini cam whore.


THE GIRLS
Sopan je kan masa nak amik gmbr



the cam whore girls

delegates from UM
with en.shuhaimi. ex-kurshia.....aka PTPTN GodFather
mana-mana pun snap pic
with UKM delegates


majlis berbuka ni memang sangat happening.
DS Khaled Nordin, memang humble dan caring.
thanks a lot Datuk.
len kali buat lagi cam ni yer...
lagi seronok kalau kami dapat duit raya!
kompem kitorang blaja sunggoh2
hehehehe
sajer gurau2 manja ngan DS!

Minggu, 22 Agustus 2010

Tutorial Ezhan VS Tutorial Law?



Salam semua....
hari ni, bangun pagi bila bukak blog than tgk chat box ada komen dari En.Ezhan.
thank you so much En.Ezhan sebb sudi jugak melawat blog sy yang tak seberapa ni.
hehehehe.

tiba-tiba rasa cam dah lama tak melawat blog Mr.Photoshop ni... so saya pun jengah2 laaa...
ada gak perasan yang En.Ezhan ni banyak wat tutorial photoshop
tapi maklumlah saya blm berkesempatan nak mencuba.
dok bukak satu satu older post.
tiber jumpa plak tutorial ni




wooohoooO!!! memang dah lama nak buat... tapi tak taw camne.
so sy pun try laa buat.
laaa rupanya tak laa susah mana.

heheheh... nak tengok hasil cubaan sy?
tapi tak laa sehebat En.Ezhan okeh!


sekadar mencuba!




wah! tiber jer kan buat pesanan khidmat masyarakat.
fikir-fikirkanlah apa mesej yang saya nak sampaikan tu yer....

*siries saya suka buat tutorial yang diberi En.Ezhan dari tutorial law~ hahahah~





Sabtu, 21 Agustus 2010

Kita Patut Berubah



Sekarang ni kecoh hari-hari masalah pembuangan bayi kat Malaysia.
Tiap2 pagi, bila saya buka paper... for sure muka depan kes orang buang bayi.
semakin baca, semakin rasa manusia bukan manusia. bukan juga binatang kerana binatang juga sayangkan anaknya.... jadi golongan apa mereka ni? susah untuk diklasifikasi.

Kita sering menuduh, perempuan-perempuan yang membuang bayi di luar sana sebagai perempuan jahat, manusia tidak berhati perut, takde kemanusiaan dan macam-macam lagi. tapi pernah tak kita terpikir, apa sebab utama mereka-mereka ni buang bayi?

perasan atau tidak, salah satu sebab utama pembuangan bayi adalah disebabkan sikap masyarakat sendiri. ya... sikap kita sendiri. bagaimana?

kalau dalam sesebuah kampung, misalnya anak PAK A mengandung hasil luar nikah, saya pasti bukan setakat satu kampung yang tahu berita tersebut, malahan satu Malaysia juga boleh tahu bahawa anak Pak A mengandung luar nikah. bila berita dah tersebar dari mulut ke mulut, mustahil berita sebenar yang disampaikan, pasti ada tokok tambahnya. maklumlah... untuk penyedap cerita. akhirnya, berita yang disampaikan bukan berita tetapi FITNAH semata-mata.

sedar atau tidak, sikap masyarakat yang suka menyebar FITNAH dan menokok tambah menyebabkan anak Pak A tertekan dan malu untuk berdepan dengan masyarakat. cuba kita letakkan diri kita di tempat beliau. Dalam keadaan tiada suami di sisi, keluarga yang mula menyalahkan diri sendiri ditambah pandangan dan kata-kata sinis masyarakat..... apa yang agaknya anak Pak A lakukan untuk menutup malu? sudah tentulah dengan cara mudah, menggugurkan kandungan atau membuangnya sahaja.

lihat tak kesannya? bukan tu sahaja.... jika anak Pak A berhasrat untuk tak mengugurkan kandungannya, atau membuang bayi tu kelak...... atau lebih senang anak Pak A berniat untuk membesarkan bayi tersebut.... anda rasa adakah bayi tu akan hidup tanpa cemuhan?

TIDAK...memang TIDAK. masyarakat akan tetap mengutuk dan menolak bayi tu dalam hidup mereka. kalau besar pun, anak tu akan dicaci dan dipandang sinis oleh kita semua (masyarakat).

kasihan anak Pak A..... dalam dilema......

saya memang menyokong hasrat kerajaan untuk menjalankan hukuman bunuh kepada mereka yang membuang bayi, tapi bila saya fikir semula.... kadang-kadang, pemikiran masyarakat Malaysia perlu diubah. ini bukanlah bermakna kita membiarkan zina bermaharajalela, tapi bukankah setiap orang wajar diberi peluang kedua?

disebabkan itu, saya fikir, kita perlu menerima bayi luar nikah ni, kerana mereka tidak bersalah dalam hal ni. Setiap bayi yang dilahirkan kedunia itu kan suci dan pembawa rezeki... janganlah memandang sinis pada mereka apabila dewasa. terimalah mereka seadanya dan janganlah palitkan dosa ibu bapa mereka pada diri mereka. kita bentuk mereka menjadi insan yang sempurna akhlaknya supaya peristiwa lama tidak berulang lagi.....


*hanya sekadar buah fikiran....

Rabu, 18 Agustus 2010

Kembar SeIras Aku?



hyep! seriously... cam nak gelak pun ada bila dapat brita ni. tadi lepas hbis kelas, chat kat fb ngan Ayun Nysa @ Bunga Kobes punya blog's Owner...mula2 dia tanya pasal balek kampung raya nati naik pe...dah borak2 tu, tiba2 dia cakap kat member dia ada muka sama cam saya....

Mak Aihhh... terkejut laaa dibuatnya. than sy pun mntak laaa fb budak tu....

FUUUUUUUUUYOOOOOOOOHHHHH!!!!

Sama WOOOOO!!!

cam nak terkeluar bijik mata ni tengok!

nak tengok gak ke????


*******


TAAAAARAAAAAA!
wooooho!








ni dia orangnya.... Aqilah Zambri from KK9



nak compare pic saya?


jom!








ha.sama tak.sama tak? heheheh

tang mana yang sama? ni pic masa 2008.



lagi pic?









Komen anda apa?

sama?

Seiras?

Sama tapi tak serupa?

Photostate?
(ayat ayun guna)

tapi yang penting, memang takde pertalian saudara dengan budak Aqilah ni. Saudara seislam yelah.
saya bgtaw kat rumate pun, dorang jerit sama2 bgtaw muka kiteorang sama.
hahahahaha. suka aku!

than, mlm td borak2 ngan Aqilah kat fb,
rupanya, 2-2 peramah. sbb budak Qilah ni pun suka tnya n cakap2....
sama macam saya.

Kiteorang plan untuk jumpa n berbuka sama2.
wah.... cam jumpa adek kembar yang lama terpisah rasanya....


kita tunggu ye masa tu~
tak sabar rasanya!





Senin, 16 Agustus 2010

Ramadhan Lalu......



Alhamdulillah, Allah beri kesempatan pada kita semua untuk masih bernafas di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ni.....Semoga Ramadhan kali ni membawa kita menjadi Muslim yang berkualiti~

Bila menjelang musim bulan puasa ni, saya masih tak boleh lupa peristiwa Ramadhan yang lalu. Kisah yang telah setahun berlaku tapi saya pasti seluruh ahli keluarga saya tak akan lupakan sampai mati.

Ramadhan Lalu.... mak menaggung dugaan dari Pencipta. Kesakitan yang tak tergambar dengan kata-kata. Bayangkanlah, waktu tu, first time saya dan adik berpuasa jauh dari family. kami bertiga tiada di rumah sepanjang Ramadhan. Ayah pula baru bertukar kerja ke Johor Bharu. Jadi tak de sapa2 di rumah melainkan mak dan mama(makcik yang menjaga saya sejak kecil). Penyakit mak susah untuk dideskripsi oleh doktor. Bukan darah tinggi mahupun penyakit jantung. Tapi mak mudah sesak nafas. Bayangkanlah, mak sedang duduk je.... denyut jantungnya menyamai orang yang sedang berlari. Jadi kalau mak berjalan, denyut jantungnya selaju mana??? tak terbayang kan....

Ramadhan Lalu.... hati kami tiga beradik yang di "perantauan" ni langsung tak tenang. Setiap kali skrin handphone paparkan nombor telefon ahli keluarga terdekat, jantung mula kencang macam nak pecah dibuatnya. Menggigil bila nak jawab panggilan atau baca mesej. Fikiran terus melayang kepada benda yang bukan-bukan. Ya Allah.... sumpah! jika di saat itu kematian datang menjemput mak, saya belum bersedia..... sebab masih lagi belum puas bermanja dan memanjakan mak......

Ramadhan Lalu..... saya mengambil alih tugas mak untuk membuat persiapan raya. Dengan baki duit PTPTN yang ada, saya belikan mak tudung, sarung kusyen, set gelas dan beberapa lagi kelengkapan raya. kami buat persiapan ala kadar saje. malahan untuk kuih raya, saya dan ayah beli lebih kurang lagi 3 hari nak raya.

Ramadhan Lalu.... pernah satu malam tu, mak call dan bagitau yang mak dah tak tahan dengan sakitnya.... saya serta merta call akak saya dan merancang untuk balik ke Kluang malam tu jugak.... sedangkan jam dah 11.30 mlam..... tapi akak suruh saya sabar... sebab kalau balek tengah malam agak bahaya bagi perempuan untuk ke Puduraya.

Ramadhan Lalu.... pada Subuh Aidilfitri... sekali lagi mak sesak nafas ketika sedang masak juadah Hari raya. mak terbaring di dapur menahan sakit dan saya mengurut dada mak berulang kali. waktu tu, suara ayah sedang bertakbir di masjid.... air mata dah bergenang.... hati berdoa dan minta pada Allah supaya panjangkanlah umur mak dan kami nak sambut lebaran dengan mak......


Ramadhan Lalu....Alhamdulillah.... doa kami dimakbulkan Allah, pada 4 Syawal, kesihatan mak beransur pulih dan semakin sihat. Mak dan kembali seperti biasa dan boleh bersama dengan ahli keluarga yang lain. waktu tu, barulah semangat sikit nak beraya rumah sanak saudara.....

Mak, moga dugaan Ramadhan Lalu.... membersihkan kita semua dari dosa-dosa lama dan semoga mak panjang umur dan sihat selalu.... dan dapat bersama kami bertiga selamanya....

16 Ogos 2010

Ramadhan Kini.....

Minggu, 15 Agustus 2010

My Sayang2 Tinggalkan Saya~




Tanggal 7 Ogos 2010.

Kesedihan menyelubungi diri saya. Sedeh sangat-sangat rasanya.

Dan tak mampu dibendung lagi.

Tarikh tu, salah sorang My Sayang2 pergi meninggalkan saya.

Selepas tarikh tu, tiada lagi derai tawanya, gurau sendanya, usik manjanya. Aduh. Luluh hati ni bila mengenangkan saat-saat manis dengan dia. Tinggallah saya dan Shakirin Saad sahaja kini. Bercerita berdua dan terus bercerita berkongsi apa sahaja. Terasa kehilangannya.

=,(

Ehtapi, tapi kan.. bukan dia pergi selamanya. Dia belum mati wei. HE’S STILL ALIVE.

Sebenarnya tarikh tersebut adalah tarikh konvokesyen ARIEF HALIM. Heheheh

Sepatutnya saya gembira kan iyer memang saya gembira sangat bila Arief dah tamat pengajian kejuruteraannya kat UM ni, tapi jauh di sudut hati ni. Tiba-tiba rasa kehilangan. Kehilangan seorang teman. Memanglah rumah dia dgn UM ni tak jauh mana (drive 2 jam je kot.) tapi kami dah tak boleh laa berkepit je lagi kemana-mana 24-7.

Kalau tak dulu, mana ada saya, disitu laa ada Arief dan Kirin. Ke Hulu ke Hilir bersama. Manjadi penunggu setia pondok depan KUAZ tu. Bercerita dan bergurau senda sehingga ke subuh hari. Ketawa dan sekali sekala menangis.

Hari ini, saya dan Shakirin seperti biasa. Kembali sebagaimana asalnya sebelum kami mengenali lelaki bernama Arief Halim. Seperti kata Shahkirin pada sem lepas, “Kita kena biasakan diri tanpa Arief.”

Dan sekarang ianya menjadi reality

"Tahniah Arief sebab cita-cita kau dah tercapai , tapi ada dua insan yang merindui kau kat KUAZ ni..

shakirin|kal|me|him

this is the best moment of us
MY SAYANG2

~nati kalau aku grad, aku harap ko ada kat sebelah aku jugak~

Hari GrAduasi UM




You are educated. Your certification is in your degree. You may think of it as the ticket to the good life. Let me ask you to think of an alternative. Think of it as your ticket to change the world. ~Tom Brokaw



Alhamdulillah. selepas 3.5 tahun, akhirnya akak saya

si NUR FATEHAH RAUDHAH tuuu diiktiraf sebagai

GRADUAN UNIVERSITI MALAYA

BRAVO! BRAVO! BRAVIA! eh....





bukan senang untuk bergelar Graduan. byk dugaannya! siang malam pagi petang tak tido malam.

tapi semuanya dah terbalas dengan segulung ijazah.

Bila tengok orang convo. Hati ni kalau boleh nak cepat2 jer habis belajar.

Nak jadi YANG DIRAIKAN. Seronok. Jumpa kawan2. Family datang support. Dan yang best, bebanan belajar dan hilang.

No more Assignment

No more Lectures

No more Tutorial @ Lab report

But

Something that I’m really sure

Mesti korang2 yang dah grads ni rindu Campus Life kan.

The time when you laugh and cries together with your friends beside!

Minggu, 08 Agustus 2010

Hero Yang Ku Sayang......

Alhamdulillah, sejak keluar dari klinik, Hero berada dalam keadaan sihat. Cuma, dia ada terkena selesema dan berak cair ( tapi bukan cirit birit ). Mungkin disebabkan oleh perubahan dietnya ketika berada di dalam wad dan dietnya di rumah.

Setiap waktu tengah hari dan malam, Hero selalu naik ke tingkat atas. Tak tahulah sebab apa pula. Mungkin sebab angin di tingkat atas lebih nyaman dan sunyi. Hero memang tak suka tempat-tempat yang bising sebab dia akan berasa terancam.




Hero Yang Tengah Bersenang Hati


Wajah Hero berseri semula...matanya bersinar. Dari pengamatan saya, selepas dikasi perangainya berubah sikit. Hero menjadi lebih manja dari dulu. kalau dia kencing, baunya tak sehancing dulu. Kata Dr Intan, air kencing Hero berbau tengik sebelum dikasi adalah disebabkan air kencingnya yang bercampur dengan sperma / air berahi jantan ( sila betulkan yer kalau ada kesilapan di sini ). maklumlah, saya ni membela kucing ikut cara kampung.




Perangai Hero menjadi agak pasif. Suara manjanya bertambah kuat apabila badannya diusap.




Kalau dia nak turun ke tingkat bawah, dia akan tunggu sesiapa di tangga ( samada saya atau isteri ) untuk mengangkatnya turun. Kalau dia nak turun ke bawah, biasanya hanya dua perkara yang dia akan buat iaitu ke ruang tamu untuk bersantai dan ke dapur untuk makan atau buang air di bilik air yang terletak di dapur.




Beginilah keadaan Hero bila bersantai....




Hero sebenarnya tak suka lalat...geli agaknya...


Ketika ini, Hero sedang bersantai di balkoni Bilik tidur utama.



**********************************************************************
 Ini video terbaru anak-anak bulus saya.....




p/s :

1 ) Alhamdulillah Hero sihat semula. Setakat ni Pak Tam masih buat-buat tak kenal Hero. Makan jer tau dia tu. 

2 ) Kepada sahabat-sahabat KMFC ( Kakimotong Fan Club ), saya tumpang gembira melihat anda semua berjaya di dalam XPDC mendaki Bukit Tabur. Terserlah wajah-wajah keikhlasan anda semua.

3 ) Masih menunggu update blog dari Papa Meow.


Enhanced by Zemanta

Jumat, 06 Agustus 2010

Mak Tam Si Janda Kesepian

Setelah 2 bulan berlalu, barulah hari ini saya nak update kisah Si Mak Tam Janda ni...Pada satu malam ( tak ingat pula tarikhnya ), ada seekor kucing tumpang tidur di atas tembok rumah saya...warnanya hitam berkilat, bulunya separa panjang...kat pipinya ada "fluffy' sikit...manja betul kucing ni.....dia tak habis-habis menggeselkan mukanya kat tembok tu...


Kesian..lapar sangat kucing ni..oleh kerana Pak Tam pun berwarna hitam, saya memberikan nama kucing ini Mak Tam a.k.a Janda Kesepian...suaminya entah hilang ke mana...Mak Tam adalah isteri yang digantung tak bertali...takpun ibarat layang-layang yang terputus talinya...takpun teratai layu di tasik madu...

Saya memang biarkan dia di luar rumah..tak galakkan dia masuk...dia pun tak kisah...saya ada sediakan tempat tidurnya di depan pintu...kalau hari Ahad, rumah tu terbuka seluas-luasnya untuk dia sbb saya berada di rumah...jadi, kalau ada apa2 hal saya boleh pantau dia...

Setakat ni, hubungan dia dengan Hero agak mesra, tapi Pak tam agak takut dengan Mak Tam ni...mungkin sebab lawa sangat agaknya...


Perangai Mak Tam ni mudah dibaca...kalau tak dipanggil, dia datang...kalau dipanggil dia nak panjat peha...tak tahula pulak kucing siapa ni..,perangai dia memang perangai kucing rumah.

Kalau ada rezeki, saya nak kasikan Mak Tam ni takut dia bawak balik "budak" pulang ke rumah...memang ada banyak perselisihan faham tentang mengkasi kucing..ada yang kata berdosa, kesian kat kucing tu katanya....tapi bagi saya, mengkasi kucing adalah sebaik-baik cara untuk mengawal koloni kucing dari menjadi terbiar. Kucing yang dikasi umurnya lebih panjang dan badannya lebih sihat.

Setakat ni, Mak Tam tak memberikan masalah kepada kami sekeluarga. Hari ketiga Mak Tam di rumah kami, dia berak di rumah jiran sebelah...nasib baik tuan rumah tiada ketika itu. Semenjak kes itu, saya terpaksa menyediakan tray pasir kumbahan di depan rumah dan terlindung oleh motorsikal saya..jadi, orang sebelah tak perasan...apa lagi yang saya boleh lakukan terhadap kucing terbiar ini? Takkan nak buang dia plak...jadi, saya ambil keputusan untuk jadikannya sebahagian dari keluarga saya...apa yang keluarga kami dapat, dia akan dapat juga...Insyaallah..

p/s :
1 ) anak-anak bulus main kejar-kejar dengan Pak Tam malam tadi.....geli hati melihat gelagat diorang....

2 ) Semenjak kes saya dengan Burn dulu, tak berani nak tolak kucing yang datang ke rumah...mungkin ada malaikat rahmat ingin memberi rezeki...

Top