Wahai Facebookers & Bloggers, awak perlu tahu ini.....

- 09.22
advertise here
Salam semua

Moga happy dan bahagialah hendaknya! Aku sekarang ada kat rumah, dengan segala kemudahan yang sangat TIP TOP la... so keadaan aku MEMANG LEBIH BAHAGIA! senyum sampai telinga. BTW, aku antara student UM yang awal habis exam dan sekarang ni, masih ramai lagi student2 UM yang sedang berperang. Dan aku nak doakan mereka semua dapat FLYING COLOURS RESULT. Terutama buat roomates aku, Piqa dan Anne. Moga dorang dapat jawab exam dengan baik. Amin.....

Musim-musim exam ni kan, banyak buku dan bahan bacaan yang perlu dibaca. Rasa 24 jam tu macam tak cukup je untuk sehari. Masa cepat sangat berlalu. Tak kita sedar, tau-tau kita tinggal 1 jam je lagi nak exam. Pada pemerhatian aku lah kan, aku rasa kebanyakan student berdepan dengan SATU gangguan  yang kronik dalam fokus untuk baca buku. GANGGUAN DARIPADA INTERNET. 

Korang penah rasa tak, waktu korang baca buku...tengah study...konon-konon khusyuk giler lah... tapi dalam kepala korang, macam-macam yang ligat pusing-pusing.


 "Berapa orang follower blog aku dah sekarang ni ek?"

"Sapa yang bagi comment kat blog & FB aku sekarang ni? 

"Keputusan Give Away / contest hari tu dah kuar ke belum ek? Aku menang ke kalah?"

"Sekarang ni berapa Buffered Earning aku kat Nuffnang ek?"

"Apa status baru kawan-kawan aku ni? Kot-kot dorang tau pasal soalan yang kuar esok ke?"


Alaaa tak kan tak biasa dapat soalan cam ni dari kepala otak masing-masing? Haaaishhh..... time tengah study tu lah, banyak bisikan syaitan yang direjam kat sebelah telinga kita ni kan. Hati tu rasa melonjak-lonjak nak tau perkembangan terbaru blog/Fb dan media sosial lain yang kita ada. Jari pulak dah menggelitik nak tekan keypad sana-sini. Nak comment dan update apa yang patut. Memang banyak dugaanlah time exam macam ni. Masa tu, pantang rasa ngantuk sikit.... zooooom cepat je terus on laptop dan surf internet. Dengan alasan, NAK HILANGKAN NGANTUK. Sekejap lagi, aku sambung lah baca.... tapi.... dok sedap je kita klik sana, klik sini.... masa terus berjalan. Tinggalkan kita dan tak toleh belakang. Tup...Tup....esok periksa. 

Tapi bukan ni sebenarnya yang aku nak share dengan kau orang semua. Ada fakta yang menarik yang boleh korang tau mengenai segala macam media sosial hari ni. Sorilah kalau korang rasa boring dengan budak law sebab selalu bagi fakta, tapi sesungguhnya aku sangat suka pada fakta. Fakta buatkan diri aku nampak cool beb. Nampak smart dan gojes! hahahaaaahahah! Boleh gitew????

Ok, let me tell you the fact about FACEBOOK/BLOG. The 'most' common thing nowadays. (sebab ada yang kata, sapa takde FB means = LOOSER! eh bapak aku tak ada FB okeh, but he's still the winner. The champion of my heart!)

1. Sekiranya FB adalah sebuah negara, maka ia akan jadi negara ketiga terbesar di dunia! Di belakang China dengan 1.4 billion dan India 1.2 billion. 

* rasa-rasa majoriti orang ape? 



2. Aku adalah Generasi Y sebab aku lahir 1989.  (generasi X : lahir antara 1965 - 1976, generasi Y : lahir antara 1977 - 1997 dan generasi Z: 1998 dan seterusnya.

* generasi Y adalah generasi yang paling banyak nak tahu itu dan ini... WHY like that not like this? Semua benda nak di 'TRY'. Sebab tu baby sepah-sepah. Hasil eksperimen lah tu.....



3. Technoratti telah mengindekskan 133 juta blog dan purata sebanyak 900 000 tulisan blog dimasukkan dalam tempoh 24 jam.

* fuhyooooo......... blog sapa agak2nya yang no.1 tu ek? berapa follower dia sekarang agaknya?





4. Radio mengambil masa 38 tahun untuk capai 50 juta pendengar. Televisyen ambil masa 13 tahun untuk capai jumlah yang sama. Internet hanya ambil 4 tahun untuk 50 juta pengguna dan hanya 9 bulan diperlukan untuk FB tambah 100 juta pengguna. 

* kita lebih suka berada di alam maya dari alam sebenar.....




dan yang ini aku bangga dengan MALAYSIA









5. Menurut Alexa.com, sehingga Januari 2010, FB berada pada tangga pertama manakala laman web lucah hanyalah berada di tangga ke-39!!!!

* GILE KENTANG! GILE GEMPAK dan FUUUUUHHHYOOOOOHHHH!!! hebatlah orang Malaysia. Dah tak main dah laman web porno ni... terus buat video sendiri lah. Kan practice make PURRRR-FECT! Sorilah Maria Ozawa, Veronica Zemanova & Penny Mathias ----> Malaysian does not need you! hahahah! (alamak,cemana aku tau nama dorang ni?)





Jadi, apa yang anda rasa? Inilah fakta dan kebenarannya. Pada aku, it's simple. Pro and Cons. Pandai-pandailah jaga diri dan maruah. Bukan semua benda kita perlu dedahkan kat dunia siber. Rambut je sama hitam tau, tapi hati lain-lain. 

Alaaaa chill-lah babes! It's just a fact! Happy Blogging & Facebook-ing !














* sumber: media sosial.Dari setitik jadi selautan. by Norizan Sharif
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search